Saturday, August 20, 2011

surah al-asr

kali ini kita mentadabbur surah al-asr dengan cara luar biasa
tatkala mereka mntafsir sahaja
kita mntafsir,mentadabbur dan beramal dgannya
Allah permudahkanlah
pastikan bersama anda hati yang fokus dan mushaf ditgn

bismillahirrahmanirrahim
kita pergi satu persatu
1)demi masa
kalau kita perasan Allah bersumpah dgan makhluk2 ciptaanNya yg sangat besar .yang sangat hebat.
contohnya,Allah bersumpah dgan langit,fajar,malam dan sebagainya.
begitu jugalah besarnya sumpah Allah dgan masa.apa maksudnya?MASA itu adalah sesuatu benda yang sgt
besar besar besar dalam hidup kita.

tahu tak kamu apa maksud عصير ?
maksudnya adalah jus.apa yang saya boleh sharing disini.macammana nak hasilkan jus?
contoh saya nak buat jus oren.saya perlu perah buah oren sekuat-kuatnya untuk menghasilkan jus
yang paling sedap untuk akhawat.
jadi apa yg boleh kita relatekan jus oren dgan masa?
macam itulah masa.dalam sehari kita ada 24 jam.semua orang ad masa yang sama.tapi apa yang mmbezakn
antara kita dan mereka?itulah jus!kita kena perah masa kita ,perah sekuat-kuatnya utk mnghasilkan
masa yang sangat-sangat muntij.

ada akhawat sharing
'saya berat nak pergi daurah,kononnya saya nak exam.tapi bila saya dah dirumah,bukannya saya baca buku.dan masa itu berlalu macam tuh sja.padahal kalau datg daurah itu sedikit pun tidak menganggu masa saya'

dan saya paling tersentuh bila ad akhawat yg besuara.dan kata-kata ini mmberi kesan di hati kami
'kita tidak memerlukan masa yang banyak,tapi apa yg kita perlukan keberkatan setiap masa itu'


2)sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian
mari kita lihat lafaz yang difirmankan Allah
Allah guna kalimah الأنسن dan bukan kalimah الناس
sebab apa ya akhawat yang dirahmati Allah?
mengapa Allah menggunakan lafaz INSAN bukan ANNAS
kerana manusia sering menyia-nyiakan waktu bila dianya keseorangan .
apa buktinya?benarkah bila kita bersama akhawat-akhawat lain kita akan mmbuat kebajikan bersama?
benarkah bila ada ramai akahwat kita boleh berjamaah dan saling mmberi pringatan bersama?
benarkah bila kita keseorangan kita boleh berbual bersama kekasih kita? benrakah bila kita bersendirian kita akan stalk laki-laki yang tidak ada hubungan dgan kita?benarkah bila kita
bersendirian kita akan selongkar kembali film korea yang dulu kita buang?
semuanya punya jawapan sendiri.timbanga jawapan itu ada pada hati yang bisa menimbang hak dan batil
Allah akan tanya kita kesemuanya.kemana tenaga kita?kemana wang kita?kemana pancaindera kita
salurkan khidmat untukNya??
astagfirullahal a'zhim..benar yang menulis lebih besar tggungjawabnya.benar yang sudah tahu lebih
berat amanhnya?
Allah jaga masaku.jaga masaku.jangan benarkan aku penat kerana perkara dunia.



3)kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling nasihat-menasihati untuk
kebenaran dan saling nasihat-menasihati untuk kesabaran.
mari kita perhatikan kecuali org yang melakukan 4 perkra ini
beriman
beramal soleh
saling wasiat -mewasiati pada kebenaran
saling wasiat-mewasiati untuk kesabaran

Allah menggunakan lafaz ' و ' utk keempat-empat kerja ini dan bukan lafaz ' او 'bermakna antara keempat-empat tugas ini bukan pilihan.kita akan menjadi untung bila kita laksanakan 4 tugas ini.
kalau kita perasan semua yg Allah perintah berkaitan dgan 2 matlamat hidup kita
melakukan ibadah (51;56)
-beriman dan beramal sholeh

menjadi kahalifah (2;30)
-saling wasiat-mewasiati untuk kebanran dan kesabaran

mari kita lihat seerah Fateh si pembuka Costantin0ple
secara logiknya,Fateh akan sibuk memperkuatkan ketenteraannya dari sudut fizikal
tapi Al-Fateh melihat dari sudut yang berbeza,dia mahu merebut pndgn Allah .
untuk menjadi sebaik-baik raja dan sebaik -baik tentera.
Allah Maha Besar

kita lihat analogi wasiat.bila kita nak mati,kita akan berwasiat.kita akan berwasiat bersungguh-sungguh sebab kita dah tak punya masa lagi lepas ini.jadi berwasiatlah dgan sebenar-benar wasiat.
begitulah kita saling berwasiat untuk kebenaran dan kesabaran.sebab kita tak tahu bila kita kita mati.jadi tugas wasiat ini sampai bila-bila.dengan sepenuh hati kita.
JOM BERWASIAT



akhir sekali untuk penulisan kali ni
kenapa agaknya Nabi ajak kita tutup liqa' dgan surah Al-Asr
Nabi Muhammad sallahua'laihiwasallam
mahu mengingatkan kita akhawat bahawa kita duduk berjam-jam utk buat usrah,untuk berdaurah atau tazkirah kita bukan dalam kerugian.
indah bukan?

sharing

habis sahaja circle
soalan yang biasa dtanya oleh mak naqibah
"ada sesiapa mahu share apa-apa?"
semua anak-anak mak tunduk
lama melihat buku.
rujuk isi balik.
soalan tertuju kepadaku
apabila semua anak-anak mak yang lain sudah bersuara.
saya tunduk.saya tak tahu nak cakap apa.saya tak tahu akak.

situasi ini berlaku kepada saya.
ad seorg ukhti mengingatkan saya
'kita share sahaja walaupun ianya simplest thing,bukan perlu susun ayat2 bombastik,bukan perlu lawan2 isi , bukan perlu bangga bila idea kita diterima,dan rasa kecil hati bila pndgn kita nmpak tak mmbantu,

tapi

sebnarnya kita sampaikan apa yang kita rasa , supaya kita dapat beramal dgan ayat-ayat Tuhan.
'bersuaralah untuk kebajikan orang lain mungkin orang lain akan lebih terkesan'

Monday, August 8, 2011

pesan

alhamdulillah.selamat sampai dari jordan ke tanah air tercinta Malaysia.menatap indah pohon2 hijau dari jauh lagi ketika Kuwait Airlines nak mendarat.alhamdulillah.alhamdulillah.alhamdulillah.
segala urusan dpermudahkan cuma rasa bosan yang amat-amat sgt waktu fly.rase nak marathon bape pusingan.duduk diam sahaja beberapa jam.sgt tak suka!

sementara mnuggu flight ke k.lumpur,nak ambil wudu'.mlangkah kaki ke toilet.cantik tapi busuk.busuk sebab apa?sebab ad gadis arab MEROKOK.sungguh tak wangi.pemandangan ini sudah biasa buat saya.tidak pelik lagi.mula-mula sangat terkejut.terbit di hati
'masih wujud wanita merokok'

saya aneh.tiba-tiba ada wanita warga indon menyapa saya menanyakan tempat wudhu'.saya kata tiada. mungkin ambil wudhu' dekat sink.dia pusing.dia terkejut.dah habis ambil wudu',dia tanya pada saya.

"itu orang arab ke?masih ada juga ya org seperti itu.sayangkan,wajah mereka seperti keturunan rasulullah tetapi bersikap sedemikian.itulah ummat"

"ehh lupa nak berkenalan.nama saya ulfiya".wanita berniqab itu bersuara.saya mmperkenalkan diri.

saya berkata kepadanya
"akak,mula-mula saya sampai jordan.saya sangat terkejut melihat sikap bangsa arab.bgsa rasulullah.apakah yg mereka lakukan.jika rasulullah melihat mereka..mereka sudah jauh daripada kebenaran.mereka kalah dgan dunia.lepas itu,saya rasa lebih yakin.sebab apa?sebab memg taqwa yg mmbezakan kita.jgn kecewa jika kita rasa kita org melayu,mereka org arab,lebih dekat dgn rasulullah.itu tidak menjamin apa-apa"

kakak itu balas
"sekarang ramai orang sudah leka.terbuai dgan dunia.awak pergi jordan jgn study sahaja,pergi keluar berdakwah.itu tugas kita menyedarkan ummat"

"mmg betul akak.doakan saya kuat akak."

"akak dari kuwait mahu pulang ke indonesia ini juga atas rgka kelgsungan dakwah.kami bergerak sebagai satu jemaah utk mnyedarkan ummat.masih igt lagi tak kisah hud-hud"

aku mgnangguk

"burung hud-hud berulang-alik berusaha mmbawa air utk mmdamkan api yg mmbakar nabi ibrahim.
bila difikirkan.mmapukah sedikir air yg dibwa dalam paruh kecil hud-hud itu myelamatkan nabi.tapi apa hud-hud bilang?..'bila aku dtanya dihadapan Allah apa usahaku.ini usahaku demi Islam."masyaallah

"sungguh hebat kisah hud-hud .sungguh besar jiwa si burung kecil itu.jasadnya kecil.juhudnya besar"

akak tuh mahu keluar dari toilet dan aku juga mahu meneruskan kerjaku.
sebelum kami berpisah akak itu pesan
"terima kasih kerana meluangkan masa mndgar cakap saya.saya doakan awak mmapu mejadi org hebat yg mmbawa manusia kepada Tuhan.saya doakan awak mnjadi muslimah.bila berkahwin nanti,saya doakan awak mendapat suami yang dai'e.dai'e buat ummat"

saya benar-benar terharu.ini kali pertama saya mngaminkan doa jodoh utk saya.
kepda sahabat iaitu dhabitah,saya benar-benar minta maaf.
lain kali saya tak cakap lagi.
pagi tadi saya dgar ceramah u.zahazan
"ada org tak mahu ikut sunnah nabi,iaitu berkahwin.dia mganggap perkahwinan itu merencatkan matlamat hidupnya"

awak rasa apa perasaan saya mndegrnya.Allahuakbar.




saya sgt kagum dgn indonesia.benar kelangsungan da'wah mereka sgt laju dan muntij.rasa nak dapatkan hammasah2 mereka.kita akan bersatu tak lama lagi akak!

Thursday, July 28, 2011

SENTUH

SEMALAM
saya dapat satu ayat
yang mampu meneguhkan keyakinan
kekuatan hati
apakah dia ayatnya?jom kita tadabbur ayat nih
ambil quran sekarang
buka mukasurat 179
surah al-anfal
ayat 24
baca..
dan selami maknanya


24. Wahai orang-orang Yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara Yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah Bahawa Sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu Dengan (pekerjaan) hatinya, dan Sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.


ada dua perkara saya dapat
pertama
penuhilah seruan Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w
dalam tafsir ad penjelasan.
'menyerumu berperang utk meninggikan kalimat Allah dan menghidupkan islam dan muslimin.juga bererti menyerumu kepada iman,petunjuk,jihad dan segala yang ada hubungannya degn kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat'
Allah perintah kita sahut seruannya dan pesuruhnya,bilamana seruan itu membawa makna kehidupan kepada kamu.
perasan atau tidak?
bila kita dijalan tarbiyah
ad satu perasaan yang membri makna dan erti hidup
rasa ad amanah yg wajib dijalankan
rasa adanya hubungan hati dgn tuhan
rasa kemanisan dan alangkah indahnya sistem kehidupan yg islam susunkan
rasa sayang kat nabi sangat2..
benar memang benar
sebenarnya perasaan itu memang wujud sejak azali
rasa sayang pada Allah dan nabi
kenali Tuhan sebab dia pencipta kita dan tiada sekutu baginya
percaya pada Nabi,bagindalah rolemodel terbaik dan mjd idola umat islam
tapi sejauh mana ruhnya perasaan itu??
rasa tak punya jiwa utk mencintai sepenuhnya..
mgkin kerana terikut-ikut jawapan buku teks yg kita dok apal sejak ambil sub p.islam
dan dtruskan lagidgn subjek qs dan psi
tapi
sejak aku ikut tarbiyah
sejak aku join daurah
sejak aku ada usrah
aku bukan sekadar dapat ilmu
tapi daripada ilmu itu aku dapat fikrah
dgn fikrah itu aku rasa smangat utk berdakwah
disebabkan aku faham fikrah islam ini aku rasa amanh itu
disebabkan aku yakin dgan jalan ini jadi aku tak rasa penat
sebab aku yakin janji tuhan itu pasti
syurga Nya itu abadi
disebabkan aku bersatuhati dalam fikrah ini aku bersedia penuih masaku dgn dakwah dan tarbiyah ini
moga Allah bekalkan aku kefahaman dan pencerahan dalam memahami wahyu agungNya
sekaligus mengamalkan dan mentatbiqkannya
Allah..


yang kedua
apa yang mahu aku kongsikan
tentang hati



apa yg kita faham ayat Allah ini?
'dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah mmbatasi antara manusia dan hatinya'
kita bersungguh mahu orang paham islam dan fikrah islam sepertimana ynag kita faham
cthnya
sahabat-sahabat diluar sana yang masih tidak faham kenapa kenapa kena tutup aurat?
kenapa sanggup panas2?
kenapa pakai stokin
nanti tak nampak lah warna kaki yang putih
nanti lelaki tak suka..
kita terkelu
tapi kita ad Quran
kenapa Allah wajibkan kita tutup aurat?
kita nak fahamkan mereka,dgan menutup aurat dengan sempurna mereka selamat
mereka dikenali sebagai wanita yang baik-baik
mereka selesa tidak dipandang lelaki yng penuh syahwat
mereka yakin dgan janji Allah
mereka yakin apa yang mereka lakukan
bilamana mereka menundukkan pandangan,bilaman mereka menjaga kemaluan
bilamana mereka tak bertentang mata dgan lelaki
bilamana mereka menjaga adab dan etika pergaulan
indahnya hidup bersyariat
tapi sebanyak mana kita yakin yg dia faham apa yang kita cuba jelaskan?
tahu tak ini...
manusia ----- Allah ----- hati

saya jelaskan
manusia mahu menyentuh hati mad'u
tapi bagaimana?
cuba kita lihat siapakah yg dtgah-tgah antara kita dan hati seseorang?
ada al-Khaliq
ada Dia
apa yg mahu saya tekankan adalah
kita tak mampu nak sentuh hati manusia itu sendiri tanpa pertolongan dariNya
apa yg mahu dhighlightkan adalah
bila kita bagi nasihat kat seseorang ,kita pohon,kita minta pada Allah buka hatinya
izinkan dia dapat kefahaman yang sebenarnya
sebab hati kita benar2 mahu dia merasa kuasa Tuhan.
Allah


saya juga memohon siapa yang membaca post ini faham apa yang saya cuba sampaikan
doakan saya dapa khusnul khatimah di pengakhiran
wallahua'lam

Wednesday, July 27, 2011

tak sangka

hari ini aku tak punya hati
rasa sangat-sangat tak semangat
nak buat semua perkara
semua sendiri
sendiri dan selamanya menyendiri
hari aku akan bersatu dgan ahli baru
tapi tak tahu kenapa
rasa tak punya perasaan
tak seperti hari-hari sebelum ini
tertunggu saat-saat penantian liqa' bermula
kenapa Ya Allah
kenapa wujud rasa ini
wahai pemilik hati yang agung
peganglah sekeping hati yang mudah kecai ini
yang mudah berbolak-balik lebih cepat kadarnya daripada panasnya suhu air..
ya Allah bila aku tatap wajah2 sahabat
kenapa terbit dan wujud rasa rindu itu?
kenapa tiba-tiba aku rasa kehilangan
aku rasa aku dah tak rapat seperti dulu
aku nampak usaha mereka
keterujaan mereka mngenal ahli-ahli baru
aku tak mahu mereka nampak riak wajahku
mujur hati ini Allah yang pegang
andai mereka melihat hati ini
tentu kecewa sama aku,perasaanku tak seperti yang dijangka mereka
mengapa hati ini melayang memikirkan yang lama??
ya Allah jika ini untukku
Kau izinkan aku all out bersama-sama mereka
sesungguhnya pilihan Kau itu jauh lebih baik daripada mereka..
aku tidak mampu melihat hikmah yang selitkan dibalik itu
apa yang aku mampu katakan
aku rasa kehilangan mereka,aku harap perasaan ini cuma andaian sahaja
ya Allah aku mohon kekuatan
kekuatan
kekuatan
kesabaran
dalam menuntut dan meraih muttaqin
ya Allah..
aku sayang mereka
aku syang yang lama
dan tanamkan kecintaan aku pada yang baru..
bantu aku ya Rabb

Tuesday, July 26, 2011

elyoum akhir muhadharah

"elyoum akhir muhadarah...."




itulah ucapan doktor2 musim soifi kali ni.






rasa sedih.
rasa macam tak percaya sesi sem soifi kali ini sudah tamat pembelajarannya.
mula-mula
memang seronok,rasa tak mampu tak teruskan pembelajaran waktu summer sem
nak mangharungi 15 minit ke kuliah
sepanjang terik matahari pukul 3 petang

hanya Allah sahaja yang tahu.

saya nak ucap jazakumallahhu khairan kathira kepada doktor dan doktorah
yang sangt berkobar-kobar mmberi hak ilmu kepada kami anak muridmu.
utk dr,Khalid Bani Dumi..
setiap hari bayt2 yang kau ungkapkan
tak pernah tinggal sekalipun
nasihat tentang kehidupan
agama
dan segala-galanya
nyanyian siapa lagi yang akan didendangkan selepas ini..
....................trelem.terelem...
dr sangat otai,dan cool..
mmg salute sprinGGGg
siapa lagi yang akan tulis 'ahsanti' kat buku saya?
doktor.

buat dr.Maryam Moumani
doktorah yang sangat santai penyampainnya
mbincgkan isu2 dan topik2 hangat
yang membuka minda mahasiswa
sangat menarik
sangat menarik
sangat menarik
moga Allah meredhai usaha2 kamu doktor
saya akan menjadi saksi kamu telah mjalankan amanahmu
bersama-sama sahabat arab yang sangat bertungkus-lumus speaking english
melihat usaha mereka
rasa tercabar
kadang-kadang kelakar.
tapi mereka tak malu bila bacaan mereka diperbetulkan

tapi saya minta maaf sebab musyarakah atau penglibatan saya didalam kuliah masih lagi slow.kalau tidak diminta ,saya takkan kedepan.kalau disuruh baru saya buat.saya belum brani utk volunteer apa-apa.

sepanjang sem soifi ini,saya belajar utk menuntut erti kesabaran lebih dari fasal besar.
bila perjalanan ke jamiah lebih jauh sedikit berbanding dahulu ketika menetap disakan jamiah.
semoga Allah permudahkan utk saya menghadapi exam nihaie
kemudian saya akan terus mlaksanakan tggungjwab saya bila saya tiba ke Malaysia.


selamat menyambut ramadhan karemm.ahlen.ahlen.ahlen.
kuatkan stamina
panaskan enjin
hangatkan minyak.
terus pecut sebanyak2 amalan.
tapi perlukan latihan
sebab nanti haus dtgah jalan
sudah cukup LATIHAN??

Saturday, July 23, 2011

perli

semalam ad kelas nahu sorf belajar matan jurumiyah .
tgah ustaz ajar
tiba-tiba
hissssyhh

jarum??
bahaya nih..
nih mesti kerja syabab..


aneh2 sahaja.
teringat pulak waktu kat sek.men. dulu
bila undg2 sek. mewajibkan pakai jarum peniti dkat tudung..
ramai yg agak protes..
hasilnya
berlambak2 jarum peniti terjumpa kat tangga sekolah,
kat beranda tuh..
tuh lah..