Sunday, January 30, 2011

isu rusuhan lagi..

Kedutaan di Amman, Riyadh dan Tripoli digesa bantu 11,000 warga Malaysia

KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia di Mesir akan dibawa keluar sementara ke tiga negara jiran jika keselamatan mereka terancam susulan keadaan yang semakin tegang di negara itu.

Persetujuan sudah dicapai bagi rakyat Malaysia dibawa ke Amman, Jordan; Riyadh, Arab Saudi dan Tripoli, Libya sebagai pelan kecemasan, manakala lokasi berhimpun sebelum pergerakan ditetapkan di bandar Panta, di selatan Kaherah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
Katanya, kakitangan kedutaan di tiga negara berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan bersedia membantu pergerakan keluar rakyat Malaysia kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di Mesir dengan sebahagian besarnya pelajar.

“Ini adalah keputusan terkini mesyuarat pelbagai jabatan yang memantau rapi perkembangan di Mesir dan akan dilaksanakan jika senario mencapai tahap kritikal. Kedutaan Malaysia di tiga negara terbabit akan menyelaras isu berkaitan tempat tinggal dan makanan jika keadaan memaksa,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.

Anifah menegaskan, kerajaan tidak mempunyai halangan jika ada rakyat Malaysia yang mahu meninggalkan Mesir secara sukarela dan atas perbelanjaan sendiri berikutan keadaan huru-hara susulan krisis kepemimpinan di negara itu yang bermula Selasa lalu.

“Bagaimanapun, kita harap semua rakyat Malaysia menghubungi pihak kedutaan di Kaherah supaya kita mengetahui bilangan sebenar mereka di sana. Perangkaan tepat akan memudahkan usaha membawa keluar jika perlu," katanya.
Anifah berkata, perkembangan di Mesir diklasifikasikan pada tahap ‘amaran jingga’ iaitu persediaan membawa keluar rakyat Malaysia dan akan digerakkan sebaik situasi tegang bertukar menjadi ‘amaran merah’ iaitu pemindahan bagi tujuan keselamatan.

Beliau menasihatkan semua pihak bertenang dan menghubungi talian yang disediakan Wisma Putra bagi mengetahui perkembangan ahli keluarga masing-masing dan kerajaan memandang serius tanggungjawab memelihara keselamatan warga Malaysia di luar negara dalam keadaan genting seperti sekarang.

Gelombang kebangkitan menggulingkan Presiden Hosni Mubarak yang mula tercetus pada 25 Januari lalu dilaporkan semakin tegang apabila perintah berkurung dilaksanakan di beberapa bandar utama di Mesir.

Bantahan besar-besaran di Kaherah, Iskandariah, Suez, Dumiyat, Tanta dan Mansoura menyebabkan puluhan menjadi korban manakala ribuan lagi ditangkap dan dilaporkan cedera susulan pertempuran dengan pihak berkuasa.




sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/TinggalkansementaraMesir/Article
Posted by medmesirmalaysia at 8:46 PM 0 comments
Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook Share to Google Buzz
update 12:05pm 31/1/2011 (Isnin) GMT +8
laporan dari Lapangan Tebang Kaherah:

1. semua fligh ke luar mesir telah dibatalkan
2. semua flight masuk ke mesir tidak dapat dipastikan
3. harga ticket melambung sehingga 7 kali ganda
4. huru hara kat airport, dibanjiri manusia
5. dalam masa 24 jam, sekirang tidak ada perubahan terhadap jadual penerbangan, pelajar malaysia yg berada di airport akan bergerak pulang ke negeri masing2..

sumber: Tg Afiq Silahudeen, dilaporkan oleh: Azizi Al Fahri

laporan tambahan:

kwn ana call dr mansurah td..die ckp nk call sesame sendiri pon xleh..td ade perbncngan katenye..hany separuh je yg dpt blik...katenye budak jpa dan budak mara je yg akan dpt balik..

weyh amek PERHATIAN!!

Ketepikan sekejap perbincangan mengenai IT di JomPHP, kerana ada isu penting dan serius yang ingin disampaikan. Kalau anda bukan duduk di bawah batu, pasti ada terdengar berita mengenai revolusi rakyat Mesir menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak.

Ketahuilah bahawa keadaan di sana adalah lebih teruk daripada jangkaan anda. Kalau anda baca akhbar harian dan tengok tv mainstream anda tak tahu apa yang berlaku secara terperinci. Asyik2 isu fasha sandha yang tak habis-habis lagi. PM kita pula sibuk dengan DUN Tenang dan spam email rakyat dengan ucapan CNY.

Kalau anda membaca post ini, harap boleh sebarkan di facebook, twitter, blog, tumblr masing2. Kalau boleh biar satu Malaysia tahu sebab ianya sangat penting. Ini melibatkan keselamatan, maruah, nyawa dan masa depan lebih 6000 pelajar Malaysia di sana. Kita harap dengan tersebarnya maklumat pihak kerajaan dapat melakukan tindakan yang sewajarnya.

edit: angka sebenar jumlah pelajar Malaysia di sana tidak diketahui, tapi ada sumber memaklumkan terdapat 11,000 rakyat Malaysia tinggal di seluruh Mesir.

Ringkasan : Rusuhan dan darurat di Mesir adalah berpunca daripada revolusi rakyat menentang kerajaan pimpinan Hosni Mubarak. Revolusi ini diinspirasikan daripada revolusi tunisia baru-baru ini dan dijangka banyak negara timur tengah akan turut menurut jejak langkah rakyat Tunisia dan Mesir untuk ber-demo.

Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun, dan mungkin anda tidak tahu Hosni Mubarak adalah pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu US dan juga menyokong Israel. Media Malaysia kurang melaporkan berita mengenai ini dan ramai yang tidak tahu, ingat Mesir…bunyi Arab tu semua aman…semua baik-baik ke? Dah jadi riot baru kecoh satu dunia.
1. Huru-hara dan rusuhan di hampir semua tempat di Mesir

huru hara di mesir

Rusuhan berlaku merata-rata tempat, orang awam bertempur dengan polis dan tentera…ramai terkorban, ramai cedera parah. Orang yang tak bersalah pun boleh jadi mangsa tanpa sedar.
2. Internet, Komunikasi Telefon Bimbit disekat

Dah beberapa hari sejak kerajaan Mesir menyekat Internet dan komunikasi telefon bimbit serta servis blackberry. Menyukarkan orang ramai untuk berhubung.

Ramai ibu bapa di Malaysia risau keadaan anak mereka di Mesir yang gagal dihubungi dan tidak tahu keadaan terkini isu di sana.
3. 5000 banduan terlepas dari penjara

Antara kes “prison break” terbesar setakat ini…5000 banduan telah terlepas dari penjara. 5000 tu jumlah yang sangat ramai, dan agak-agak apa banduan yang dah lama kena penjara akan buat bila dah terlepas? Dengar2 banduan pula spesies ganas2 yang terlepas.

Tak mungkin mereka insaf…yang pasti keganasan meningkat dan ramai menghadapi ancaman teruk.

sumber: http://goo.gl/KDkfI
4. Pelajar Malaysia dirogol, dirompak

Dengar berita ada pelajar Malaysia di Mesir yang telah menjadi mangsa rogol dan rompak. Rumah yang didiami mereka dicerobohi dan mereka tinggal dalam ketakutan.

Ini bukan perkara main-main kerana melibatkan maruah dan nyawa rakyat kita sendiri. Minta pihak kerajaan Malaysia memandang serius perkara ini, sebab kalau ikutkan coverage di akhbar dan tv sekarang memang langsung tak dipandang serius.
5. Darurat, krisis tempat tinggal dan makanan

Tahu tak apa masalah besar bila darurat berlaku? Ramai akan menghadapi masalah tempat tinggal sebab macam dinyatakan di atas, kena ceroboh, kena bakar dll. Nak makan pun susah, kedai mana yang berani buka time kecoh-kecoh macam nie.

Lagi parah bila ada kemalangan, luka-luka dan terkena penyakit. Silap-silap dari sakit ringan-ringan boleh maut sebab tak dapat rawatan sebetulnya.
6. Airport, Balai Polis, Kereta diserang, dibakar

airport di bakar

Lapangan terbang diceroboh dan di serang, dan segala urusan penerbangan banyak yang terpaksa di batalkan atas sebab keselamatan. Yang selamat hanya mereka yang ada pesawat peribadi.

Balai-balai polis dan kereta serta kenderaan di jalanraya banyak yang dibakar oleh perusuh. Terdapat juga insiden pihak tentera melanggar perusuh dengan kereta.
7. Bloggers seluruh Malaysia, take note!

Sebarkan maklumat berikut; dan minta kerajaan Malaysia memberi priority sebaik mungkin untuk isu ini.

Kita memohon supaya kerajaan Malaysia memandang serius hal ini. Bukan sahaja di Mansoura, malah di seluruh Mesir keselamatan rakyat kita terancam.

Segala update berkenaan keadaan di sana boleh dibaca melalui blog Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

Jika ada cadangan di luar sana untuk membantu kami mendapatkan perhatian kerajaan Malaysia, sila hubungi Nurul Nadia Binti Md Zin di 017-3193923

Atau melalui:
Facebook: Nuvul Nadiva Dizavch
Twitter: DyyaDizarch
Blog: Nadia-ism
YM: nadia_mdzin2001@yahoo.com

Please let all Malaysians know about this. I will do the same but I need your help too especially to all the bloggers out there. May Allah save our citizens there.

- Nadia


8. Sebar-sebarkan berita mengenai ini

Mintak tolong sebar berita ini di facebook, twitter, yahoo messenger, email dll. Nak copy paste tak bagi kredit pun tak kisah kali ini, yang penting kita nak maklumat ini tersebar.
9. Bacaan berguna

Bagi yang tak tahu menahu mengenai isu ini boleh baca beberapa link berikut:

1. Krisis Mesir, Nasib Pelajar Kita

2. What’s happening in Egypt

3. Ariffshah : Krisis Mesir Nasib Pelajar Kita

4. Obefiend – revolusi piramid bukan MLM Mesir

Sudah-sudah baca gosip artis Fasha Sandha dll, lupakan mereka seketika untuk memandang serius isu ini.

Friday, January 28, 2011

baladun tayyibatun wa rabbun ghafur..

FERRARI,PIERRE CARDIN DI DARUL TAQWA



“Digosok-gosok lagi matanya. Dia seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke zaman unta, ke zaman kolot dan purba? begitulah detik hatinya. Dikesat hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya dicampakkannya ke tepi jalan.”Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman.”



Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini. “pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam datang. Nanti didendanya pakcik,” kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya. Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia datang biar aku sogok dengan duit ini . Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter bersimpang -siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini. Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya. Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.



Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka…Ah, di mana aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar. “Hoi budak, Aku dimana sekarang ?” soalnya kepada budak yang menegurnya tadi. Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak. Apakah ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur biru.



“Assalamualaikum….Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman…. Pakcik didenda, 30 kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali. “Kata pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung tinggi. Apa ? Dia nak marahkan aku ? ” Ni duit lima ratus. Saya tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja.Berapa gaji yang kamu dapat sebulan ? ” tanyanya angkuh. “Pakcik, kita bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat,” kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang. “Oh, oh …. maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit, kenapa pakcik pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?” Tanya pegawai itu pula. Aku yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar.



Dia berjalan ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula – Pierre Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih unggul. Lelaki tampan, lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia yang ketinggalan zaman.

“Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. “



“Pakcik, itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat lihat gambar-gambarnya saja. Itupun dalam buku sejarah zaman peralihan Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti darul Taqwa.”

Datuk Dr. Johar termanggu-manggu kebingungan. “Di mana aku sebenarnya ni?” Dia bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi jalan. Dia masih kenal, Ini Jalan Chow Kit ditengah bandar Kuala lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada. “Pakcik di bandar Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din,Pegawai Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan lahir batin bandar ini.” Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan itu terus menyerang benak Datuk Dr. Johar.

“Pakcik, kami rayu pakcik membayar denda tadi. Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang nanti pakcik laksanakanlah. Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat…” Tiba-tiba terdengar suara orang memberi salam dari jauh.Nyaring dan jelas. Seorang lelaki pertengahan umur seorang kepada pegawai penguatkuasa. “Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya Allah ! seksa Neraka amat pedih..Tolonglah, tuan. Hukum saya di dunia sebelum saya di hukum di Akhirat!” rayu lelaki itu.



Pegawai tadi berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati.Peliknya mereka tidak mengejarnya. Ia terlepas …Lega.Dahaga , lapar mula menggigit tekak dan perutnya. Dia mesti makan.Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :

“Assalamualaikum, kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah. Syed Al Abrar, hartawan besar berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman. Sila datang!” Datuk Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri.

Dia pun masuk ke sebuah restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya berserban dan berjubah.Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi kerana lapar ia masuk juga.



“Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki.” “Ceh! Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan.”Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya. “Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!”. Lelaki itu tersenyum. “Empat puluh tahun yang lalu adalah.Sekarang ni kita sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women’s Libs.Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,”terangnya. Mukanya jernih.Serban dan jubahnya serba putih. “Ini bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis, sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni…” “Masya-Allah pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa ini. Tak ada orang lagi orang yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu… Subhanallah….” Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia manggeleng -gelengkan kepalanya.



Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk. “Nasi beriani sepinggan !”ujarnya kepada pelayan. “Dalam pinggan, tuan?” tanya pelayan itu kehairanan. “Ya ! Apa peliknya?”, “Baik,tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?” tanya pelayan berkulit hitam itu. Dia tambah geram.direnung ke hadapan, iaitu ketempat orang menikmati makanan.Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek! Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas. “Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki,” kata pelayan itu dengan sopan. Datuk Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai kera sumbang.



” Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, ” ujar seorang lelaki muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan saja “Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain ?”tanya sahabatnya di sebelah.Dia nampak simpati. Datuk Dr. Johar pasang telinga saja. “Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit …malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi,seorang pun tak mahu terima sedekah ana ” Keluhnya.”Susah kita sekarang. Orang miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah kita.Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak sudi pula terima sedekah kita.Oh…! keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda tadi.”Kalaulah kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk kemaskinikan kementerian -kementeriannya…. saya nak labur habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat,” kata pemuda itu menutup perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan. Datuk Dr.Johar makin pelik.

“Tambah nasi sepinggan lagi!” ujarnya kepada pelayan restoran. “Demi kesihatan tuan, saya nasihatkan … berhentilah sebelum kenyang.Maaf tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap pegawai perubatan ….,” kata pelayan itu lagi. “Apa? Awak pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital, bukan di restoran!” bentaknya. Marah campur geram. “Tuan, mana ada hospital sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan sihat, insya-Allah. Kita tak perlu hospital! “Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?” leternya perlahan-lahan. “Penyakit kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa menghidapnya…..” “Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat cakap, boring. saya perlu hiburan sekarang …Di mana boleh saya dapati ?” tanyanya. “Di sana, tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma. Datuk Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang ditunjukkan. Berbagai -bagai butang dengan bermacam warna berkelip-kelip.



Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu butang warna hitam ditekan . Dalam skrin timbul tajuk besar-KHAUF. Apa bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT,ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN, IZRAEL DATANG TIBA-TIBA Oh…Oh … seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini? Biarlah menaruh harapan sikit.



Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nak mati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar. Dia beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas skrin komputer: Raja’. kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu. Dibacanya dengan teliti… FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN RAHMAT-NYA, KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI .Kepala datuk Dr. Johar makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni? “Tak ada lagu yang hot sikit ke?” tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya. “Nanti ya pakcik . Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni.Top-hit anak-anak muda sekarang…” “Ya, ya saya setuju,” balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran muda-mudi daerah asing itu. Ayat suci Al-Quran a… “Eh …ni suara orang mengaji, “Nanti dulu pakcik,selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul lagunya,” kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup rapat-rapat. Asyik sekali dia. Kemudian getaran suara bergema …. Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu mendamba kasih yang tidak berhujung mengutip sayang di hamparan cinta suci. Inilah getaran hatiku memburu cinta…….stanza hati merindu Ilahi!”

Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran. “Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah …” Datuk Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata ” Saya bayar dengan kad kredit saja!” Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya. “Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami halalkan sajalah.” “Tak, pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-nungkal emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri.” ” Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim kerana takutkan seksa Neraka.” “Ah, aku tak nak dengar semuanya.makin gila aku dibuatnya,” pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.

Pemandu bullet train berserban merah Tersenyum kepadanya. Pilot helikopter dengan tulisan’MAKRUFAT AIR TRANSPORT’ sibuk dengan urusannya. Di seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :”KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH “. Di papan itu terpampang gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anak meraka. Semuanya berserban, berjubah dan berpurdah. isy,meluatnya!Di jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum.



Baginya,semua itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba meletus. “Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !” Datuk Dr.Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.”Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? “tanya Datuk Dr. Johar.”Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi.Mereka tak mahu pilihanraya…” “Habis, mereka mahu apa?” “Mereka mahu Islam, Datuk!” “Islam ? ” keluh Datuk Dr. Johar.

Digosok-gosok lagi matanya.



Tamat...



Mengimpikan baldatul thoyyibatun wa rabbul ghaffur adalah impian semua pendokong Islam..

Ayuh mengotakan impian, mengatur langkah bukan hanya bermimpi-mimpi atau bermain- main impian. Yakinlah bantuan Allah itu dekat! Mari mengisi kemenangan dan realitikan fantasi ini! Mahu sahut seruan ini?

Thursday, January 27, 2011

secebis sejarah الأردن

waktu pertama kali jejak kaki ke bumi Urdun niyh..soalan pertama yang menerjah benak fikiran warasku ini ialah....jengjengjeng..

KENAPA MATA WANG JORDAN SANGAT TINGGI ?
sedangkan negara dorang tak maju pun...nak dibandingkan ngan malaysia larh..
???????????????????????????

sebenarnya Jordan ada mengikat perjanjian dengan US..maksudnya ada ikat mata wang dinar dengan dolarUS..sebab kalau jordan tak wat macam tuh,negara mereka akan jadi negara termiskin, dan lbey miskin daripada Ind0nesia..
dan disebabkan itulah , US masok sket2 dan mula mempengaruhi ekonomi Jordan dan semua aspek..kalo perasan skrg dorang tgah bertungkus-lumus utk wat bangunan2 hebat ala-ala pencakar langit kononnya di Jordan niyh..

baiknya Jordan ni sebab mereka menerima warga Palestine dan jadikan mereka warganegara..tak macam negara2 lain,kalo warga palestin menetap di Syria, mereka akan digelar "..Palestin Syria.."..tapi kalau Palestin yang tinggal di bumi Jordan mereka secara rasminya menjadi warganegara Jordan.Kiranya orang Palestin ad 2 pasp0rt , satu palestin dan satu lagi Jordan..
tapi biasalarh bila wat baik, ad yg ambil kesempatan..ada satu masa,bila Jordan bagi petempatan kat org2 Palestine niyh, ad misundrstanding sebab org Palestine nk jadi ketua kat satu kwsan ke pe benda ntah..mushakid sabab musababnya..tapi ada pergaduhan sket larh..jadi Jordan mengambil lgkah berjaga2 utk menjamin keselamatn dan keamanan negara dia..tuh pasal kalu perasan org Jordan mane baik sgt ngan org2 Palestine kat mukhayyam irbid tuh..


dan satu lagi rahsia kerajaan Jordan niyh...
sebenarnya Jordan hidup untuk bantu ISRAEl..

memang kalu tye kat org2 besar n berpangkat besar niyh mereka takkan ngaku dan cakap.tapi itulah hakikat dan kebenarannya.Sebab itulah Jordan dan Israel sangat ngam dan perhubungan mereka sangat rapat.Jordan adalah satu-satunya negara yang memegang jalan darat utk ke Israel.

....sekadar share apa y U.Salihin cerita kat saya..

Wednesday, January 26, 2011

berkat di bumi Muktah..

kali ini nak share cerita ustaz...
dye kata waktu tahun 80an...kawan-kawannya dihantar untuk sambung syudy kat Muktah.Betapa sedihnya kawan2 dia tgok keadaan universiti Muktah.Sebab waktu tuh macam kat sana takde pape.lagipun Muktah tuh kawasan pendalaman ..waktu saya pergi pun macam sdeh pun ad.

tapi setiap kepahitan itu ad kemanisan di akhirnya..
nak sedapkan hati dan tenangkan hati mengenangkan nasib mereka dihantar ke Muktah..mereka belajar, menghapal n0te2..muzakarah semuanya di makam2 para sahabat kat sana..


Makam Zaid nih Harithah ngan Makam Jaa'far bin Abi Talib..
nak kongsinya..disebabkan keberkatan mereka belajar di tempat2 yang suci dan terpeihara + usaha dorang tak putus2 + doa n tawakal sepenuhnya kepada Al-Khaliq..
natijahnya apa..??waktu tuh Muktah melahirkan ramai best student..hebatkan kuasa Allah..!!


dan dipanjangkan lagi cerita..disebabkan mereka selalu study kat situ..maka rapatlah mereka2 itu dengan orang arab disitu sehinggakn kat masjid n makam2 tuh ad tulisan Bahasa Melayu...tak caye..??tg0k nihh


menarik bukan kisah2 mereka nih..

Monday, January 24, 2011

اتكلم مع عربي ....

mase nak turun daripda puncak Petra (the best view in Petra)...turun sensorang..dah turun terlupa plak jalan..jalan dye becabang dua,kalo sesat bermalam aku disitu bersama badwi-badwi dsitu..mahu hamis satu badan bau segala ternakan..bau..PERrggh memang baik dari ladang..mujur ada gifts shop kat situ..naik larh balek.."dughri?am yamin?...im lost.."orang tuh kata straight je..tapi bila dah turun macam salah jalan.."ohh,im see" kononnya confident.lastly, orang tuh kate "you not see!"hehe macammana dia tau.."let me show you"..wahh seronok larh ad guard..sepanjang perjalanan kami berbual..tentang petra,kehidupan dan islam..apa yang kamu buat kat sini?kamu kerja? kamu ad himar macam org lain ke?soklan dariku bertubi-tubi."saya kerja sebagai t0urist guide(sambil mnunjukkan kadnya), lbey kurg camtulah utk Petra,saya takde himar tapi abg saya ad 3 himar."
"adakh kamu muslim"dia tye saya.
"mestilah, kita seagama,kita ad satu tuhan,ALLAH" saya bersuara.
"betul,Allah tuhan kita.kamu percaya Muhammad?"
"yes, he is 0ur last pr0phet"
dia cakap lagi "kita adalah saudara sesama islam.saya abang kamu.dan kamu adik saya"tyme tuh terharu sangat.
"aaah, kita semua sama.Allah tuhan kita.Kita hamba Dia"
dye tye lagi"kamu dari mana?..." "malysia,you know?".."yes,im know"
"saya suka tgok kamu dan orang2 malaysia.kamu tutp aurat."
"mestilah.tutup aurat itu satu kewajipan.dan ianya bertepatan dgnn syariat islam"
alhamdulillah meniti di bibir mengenangkan nikmat dilahirkan dalam kalangan orang-orang yang baik.
"saya suka lihat pemuda2 malaysia.mereka lebih baik daripada pemuda disini"
statement nih saya pelik..bila masa pulak syabab kat malaysia baik..dah ramai sangat terjebak virus hedonisme Barat Laknat tuh..Nauzubillah..jauhkan dariku!
saya kata"tapi kat sini ada biah solehah "
"tapi.....blablabla..."
yang nih saya tak paham apa hujahnya..saya pun tak terror sgt cakap arab..hehe
saya hanya mengangguk tanda setuju.
"kamu tinggal mana?"aku musykil sebab ustaz kata org Badwi tinggal kat dalam gua2 kat Petra nih..
"dulu saya tinggal kat sini..(*sambil menunjukkan gua)tapi sekarang kami dah ad kampung.."
"kampung kamu jauh kan.habis tuh tiap2 hari kamu datang pagi2 kesini utk bekerja?"
"aah..saya dah kahwin dan ad anak.jadi saya kena kerja utk tanggung mereka"
"apa yang kamu makan kat sini?(sebab macam takda makanan lgsung kt sini)
"pagi2 mak saya wat makanan"
"makjanat?"ttiba rindu maknajat plak...
"semua ada.."
"isteri kamu tak kerja?"
"isteri saya duduk dirumah ,jaga anak.itulah tempat sebaik-baiknya utk perempuan"
mesej nih saya sgt suka..sebab mmg saya nak jd surirumah..
saya kata"ربة البيت؟"
"yes,its nice..."
ya Badwi..saya memang sangat setuju dengan kamu..
"macamne kamu belajar bahasa english sdgkan kamu disini?"
(sebab org2 Badwi sgt fasih berbahasa english..apatah lagi bahasa Arab)
"saya belajar dari tourist."
"waah its good"
ad org Badwi lain kata"kami belajar melalui kehidupan.bukan seperti seorang guru yang menulis di papan hitam dan mengajar blabla bla.."
"mmg sangat kagum dengan jwapn dan smgt dorang"
waktu dah nak sampai tuh baru dye tye..
"شو اسمك؟"
saya pun tye nme dye plak..tapi dah lpe plak..
"May God bless you n nice to meet u"
"assalamualaikum"

sepanjang perjalanan kami berbahasa Arab n English...melayu nmpaknya direject seketika..hehgehehe

Sunday, January 23, 2011

teringat kat ...

sambil tunggu turn nak masuk toilet...ada kuliah tak rasmi oleh k.ikin..
kak ikin tanya ad tak antara kita yang ingat Nabi Muhammad S.A.W setiap masa n waktu.semua agak ragu-ragu nak gelengkan kepala.saya tak teragak-agak untuk mengatakan tidak...memang betul sekarang nih semua pikir duit, dunia, anak-anak, harta...akak tye lagi..knape Rasulullah s.a.w diturunkan untuk seluruh umat akhir zaman..??knapa pula nabi2 lain untuk kaum tertentu sahaja...??knape..??persoalan yang tidak terjangkau dek mindaku yang sempit nih.semuanya terdiam.terpaku.tak tahu jawapannya..tenang seketika..sebab nabi Muhammad s.a.w sangat PENYAYANG.....
kita semua tahukan waktu Nabi merasai sakitnya mati..Nabi minta Allah timpakan kesakitan umatnya tuh kepadanya.tapi Allah tak benarkan...tapi Allah bagi kelebihan padanya...apa dia?? S.Y.A.F.A.A.T....aah syafaat..itulah satu2 jalan untuk selamatkan kita dari api neraka selain daripada redha Al-Khaliq..kita yakin sangat ke kita mampu dapat mardotillah..??jawapannya ...iman kita yang tahu..
kita ingat Nabi nak sangat ke kita selawat ke atas dia?takkkkkkkkk..dia cuma nak selamatkan kita kat akhirat nanti..tuh pasal baginda suruh kita selawat kepadanya..waktu Nabi pergi Taif,nak sebarkan dakwah islam..semua orang CACI.KEJI,BALING BATU,KATA NABI GILA....tapiii..Nabi buat apa,?Nabi buat apa? Abu Bakar menangis peluk Nabi..Abu Bakar tanya..knape kau tak membalasnya ya Rasulullah?? padahal kau mampu..Nabi diam sahaja...apa kata nabi kita??
"SABAR ITU LEBIH BAIK DARIPADA AKU MEMBALAS PERBUATAN MEREKA"

Sunday, January 16, 2011

jannah

Seorang ulamak pernah berkata,
" Jalan menuju ke syurga itu tidak akan dihampari permaidani merah yang lurus, kemudian ditabur dengan bunga-bunga, tetapi jalan menuju syurga itu adalah jalan yang bengkang-bengkok, rapuh, penuh dengan semak-samun serta ditaburi dengan duri yang terpacak."

aku berhias utk siapa..??

Semasa saya memberikan kuliah kepada satu kumpulan wanita yang terdiri dari golongan professional termasuk para Datin di satu daerah, ketika itu, sedang heboh isu wanita seksi ditangkap di sebuah kelab malam. Lalu timbul isu hak peribadi wanita untuk memakai apa jua pakaian yang diingininya, termasuk yang seksi. Lalu, semasa kuliah ini saya mengambil peluang bertanya kepada kumpulan wanita ini soalan mudah berikut :-

"Apakah agaknya sebab wanita ingin memakai seksi dikhalayak ramai? Dengan skirt pendek, atau baju sendat dan nipis?"

Ada di antara mereka mula memberikan pandangan, tetapi kerana terlampau ramai yang bercakap, saya tidak mendengar butirannya. Apabila saya meminta seorang wakil, seorang menjawab dengan yakin.

" Untuk nampak cantik ustaz..." katanya sambil tersenyum malu.

Saya bertanya pula : "Agaknya kepada siapa nak ditunjukkan kecantikan itu?"

"Tentulah kepada kaum lelaki ustaz, kaum wanita pun iye juga.." sambungnya.

"Baiklah, jika lelaki tersebut sudah tergoda dengan kecantikan tu, lalu ingin menyentuh bahagian indah yang dilihatnya boleh tak ?" Tanya saya menguji.

" Isyh, ustaz ni.. tentulah tak boleh ustaz, dah kira ‘sexual harassment' (gangguan seksual) tu ustaz" dengan yakin sekali hujjahnya kali ini.

"Jika demikian, tidakkah para wanita merasakan, tindakan mereka yang memaparkan bahagian yang menarik di tubuh mereka itu juga merupakan gangguan seksual kepada lelaki?" Tambah saya.

" Erm, macam mana tu ustaz?" Tanya mereka dengan nampak sedikit bingung sambil berkerut dahi.

"Ye la, bila orang lelaki yang dah naik syahwatnya tu, kerana kecantikan peha wanita tu contohnya, mestilah terganggu syahwatnya, lalu terdetik keinginan seksualnya secara tidak terkawal" .."Kerana itu saya katakan berpakaian seksi adalah suatu bentuk gangguan seksual kepada orang lelaki di sekelilingnya"

"Cuba bayangkan, kucing yang lapar diacah-acah dengan ikan ‘fresh' yang digoyang-goyankan di hadapannya tentu geram kucing tu, malah silap haribulan, tentu diterkamnya muka orang yang mengacah juga" Tambah saya lagi memberi keyakinan.

"Tapi perlu diingat, tak semua kucing akan terkam, hanya yang amat lapar dan liar je, demikian juga lelaki, tak semua lelaki gagal kawal nafsunya, tetapi tak dinafikan bahawa ramai juga yang gagal dan liar"

"Akhirnya, kerana suasana yang tak sesuai, mungkin kerana ramai orang dan di tempat awam pula, terselamatlah wanita seksi itu dari terkaman lelaki liar tadi. Masalahnya, anak-anak perempuan kecil berumur 7 hingga 12 tahun yang mungkin menjadi mangsa tempiasan nafsu lelaki begini. Dan di ketika itu, samada wanita itu bertudung, berjubah, kanak-kanak dan sebagainya tidak lagi mampu menahan nafsu si lelaki seperti ini, asalkan suasana cukup sesuai (sunyi dan jauh dari pandangan ramai), akan dilepaskan nafsunya secara kekerasan" Terang saya dengan panjang lebar, mereka mengganguk dengan wajah serius kali ini.

Lebih terangnya, sama-sama fikirkan adakah jika para wanita yakin bahawa jika anda berada di hadapan Baginda SAW hari ini, adakah Rasulullah akan tersenyum atau sebaliknya? . Jika sebaliknya, bagaimana pula peluang wanita seperti ini untuk mendapat Syafaat Nabi SAW di akhirat kelak?. Benar, mungkin sesoerang wanita itu berjaya meraih pandangan istimewa dari kaum lelaki hasil pendedahan kecantikannya yang memukau. Tapi keseronokan itu hanyalah palsu dan sementara sahaja, serta tidak menambah sebarang nilai buat kehidupan kekal di Barzakh dan Akhirat selain menambahkan tahap azab sahaja. Apa yang jelas, pakaian yang ditunjukkan oleh wanita Arab yang solehah dengan penutupan aurat yang sempurna di zaman ini sudah tentu boleh memberi sedikit info kepada kita bahawa inilah mugkin pakaian yang dipakai oleh wanita Islam di zaman Nabi serta mendapat redha dari mata dan hati baginda SAW. Tidakkah para wanita hari ini juga berminat meraih redha dari mata dan hati baginda SAW?.




p/s...c0py ust. zaharuddin

mumtaz ooo mumtaz

tadi chat ngan mak kt facebook (yg kononnya bakal melabuhkan tirai..fakta or auta..mush akid).mak cite larh.kat rumah ad byk jam..jd adek kesygnku mumtaz tuh dengan bijaknya mengambil keputusan utk tukar satu jam megikut jam jordan...katenye senang nak tau masa kat jordan..yang peliknya tak pernah pulak dye nak kol or skype ke...aiyyoyo adekku sorang nih...pastuh abahku yang penyayang yang nak p keje pagi-pagi punyalah bising semalam..hahhah...mumtaz oo mumtaz..awak nih pelik-pelik je....hehhe.

Tuesday, January 11, 2011

karya tangan

aku kebuntuan , mencari lorong pilihan,
lorong pertama?
mengapa duri hiasan jalanan,
berliku-liku penuh halangan,
ah!pasti jalannya sukar,
walau dihujung sana kulihat sinar cahaya
namun tiada ku mampu menempuh ranjaunya,
ku cuba jalan yang kedua,
pes0nanya sungguh menggamit rasa,
indahnya!
kiri kanan hiasan bertakhta,
harta, pangkat, kemewahan dunia,
mematikan warasnya akal,
membiarkan nafsu beraja,
iman..tiada ruang untuk bersuara.
tiada daya mengawal segala.
TAQWA?usah bermimpi wujudnya dihati..
semuanya.
membuatku leka di pentas durjana.

lorong pilhanku
tiada masa kut0leh belakang
apa yang terbentang cukup melekakan
menambahkan kerasukan
Bani Adam mengutip debu-debu kehinaan
yang terhijab dek jahilnya akal
kerana vet0nya nafsu..
layunya iman..

namun,
tiada ku pernah kurasa
tenangnya dalam jiwa,gelisah sentiasa
apa yang kutakuti rupanya benar-benar terjadi
kusangka panas hnigga ke petang
rupanya hujan di tengahari
kusangka cerah hingga ke hujung jalan
rupanya gelita, kelam yang menanti..
tidak!!!
aku meraba-raba
bak si buta mencari tongkatnya
pekat sungguh hitam gelita
aku cuba gagahkan diri
adakah ad sinar yang menanti
dalam kelam kumencari
berjalan dalam gelitanya laluan..

letihnya perjalanan..
penuh penipuan..
aku benar-benar ingin pulang
Pulang kepada Yang Satu..
TUHAN KEMBALIKAN AKU KEJALANMU..

Saturday, January 8, 2011

begitukah aku??

bisikan ketenangan menyelubungi nurani, kesyahduan ku rasakan amat bererti, acap kali ku terdengar alunan suara insan-insan kerdil membasahi lidah dengan kalamMu ya Ilahi, tiada putus-putus mendampingi kitabMu, membaca , mentadabbur , meneliti ayat-ayat suci.Segolongan insan yang dihormati, segolongan insan yang dipandang tinggi inilah insan yang begelar Hamlatul Quran, iaitu pendokong kitab suci. Hamlatul Quran , itukah aku?? terngiang-ngiang di telingaku ungkapan nkata yang penuh makna , yang hanya dapat dihayati oleh hati yang suci. wasiat Ibnu Mas'ud yang berbunyi "...seharusnya bagi seorang Hamlatul Quran itu mengetahui ...malammnya ketika manusia dibuai mimpi, siangya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa,diammnya ketika manusia berkata yang sia-sia, dan khusyu'nya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia..."
aku merenung sejenak, Hamlatul Quran,..

kata-kata itu mnegetuk fikiranku, menyentuh hatiku , menyedarkan aku dari lamunanku, betapa Hamlatul Quran yang hakiki adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan, mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dengan keperitan..baru ku sedar..Hamlatul Quran ...kau luar biasa! tatkala aku imbas kisah silamku yang penuh dengan kelalaian, kealpaan, keseronokan seperti orang-orang kebanyakan, sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang dhaif ini.. namun..Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini, menjadi salah seorang insan pilihanMu, di dalam dunia Hamlatul Quran yang penuh dengan janji-janji manis di akhirat nanti..ibu bapaku bakal Kau pakaikan dengan mahkota sebagai hadiah pengorbanan mereka mendidikku mengenali kehidupan insani .Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah berseri-seri? Hamlatul Quran , alangkah beruntungnya dikau...!

Sahabat-sahabat Al-Quran, sudahkah Al0-Quran menakluki jiwamu?menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi?ataukah manusia yang masih bertakhta di sanubari?ataukah kasih manusia yang masih kau dambai? pernahkah kau rasakn Al-Quran itu teman sejati?adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi..yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamlatul Quran? sahabatku...ingatlah kita dipertemukan kerana Al-Quran , ukhuwwah mahbbah yang terjalin ini atas nama Al-Quran, dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran .Ya Allah , jadikanlah aku seorang Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki, sebagai penyejuk mata,penawar hati setiap insan di muka bumi, agar kehadiranku di dunia nini dihargai..berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri.sesungguhnya kehidupan di dunia ini sungguh indah tidak terperi dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga, dan di hati.Lantas itu, ku pinta padaMu Ya Ilahi , agar disaat-saat akhir hayatku, alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergianku..sangat rindu sat-saat mujahadah itu....

One Minute With Prophet Muhammad

sebenarnya manusia zaman sekarang ramai yang baik dan ramai juga yang tidak baik..
bila jumpa rasa terharu sangat..sebab saya juga da rasa pengalaman nih..hanya orang yang takut Allah akan pulangkan wallet tuh..sebab dia dapat rasa Allah tengok dia..
dan akan tanya di akhirat nanti..sangat terharu dengan perempuan y last tuh...memang kalo Nabi Muhammad s.a.w ad didepan kita..terkesima..speechless..memang kita nak..tapi tak mungkin..tapi sebenarnya tak mustahil utk kita jumpanya...jadi marilah..marilah.marilah kita tanamkan azam nak jumpa Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya..

tegur

Pelik apabila dalam teguran ada aura 'kau lebih baik takde dalam dunia ni'.
Hairan apabila dalam teguran ada rasa 'kau memang ahli neraka' dan 'sumpahan2'.
Ajaib apabila dalam teguran ada bersamanya 'engkaulah yang buat kesalahan ini dan itu'

Bukankah teguran itu adalah untuk membaikkan?

Friday, January 7, 2011

Laskar Pelangi (Idola Cilik 1 & 2)

lagu lasykar pelangi sangat bermakna buat diriku...
buku karya andre hirata sumenya saya dah baca,...
lasykar pelangi,meniti mimpi,dan maryamah karpov...


Erti sahabat.wmv

bosan itu satu penyeksaan larh!!

ble da abes exam..
maka baes larh kuliah
berakhirlah juga markaz lughah
akhirnye...tuoptaoptouptaop abeslarh sem satu bergelar mahasiswi yarm0uk~~
macam tak percaye lk...
ble da abes sume bende..mulalah diri ni keruan mencari arah tuju..
weyh bosan gler tatau nak wat ap...
nak get ready ntok sub sem dpan??
tak semangat larh..lagpon mane ad buku ntuk dbaca...
tp ok larh ble sakan wat masak2..at least berkembang gak otak ak blaja recipe2 bawu niyh..
kalo tak dsebabkan da kne bhgikan tugas mask...takkan ak masak..hehehh~~
tak sgke pas gak ak wat keria..hehhee
pastuh ak nek kematu bende ap lagi yg perlu ak wat..
bosan,bosan,bosan...
naseb baek ad plan nk g jalan2..
wawwaaWaah ta sabar rasenye nak packing barang nak g rehlah jelajah jordan
sblum tuh ak nak wat research pasal tmpt2 tuh...sbb ad khabar angin yg mengatekan...
ustad tye kt dalm bas nty...hehhe
baek ak mengenali bumi joden lu..kalo tak terkiyal2 lak nty...malu kan!!