Tuesday, January 11, 2011

karya tangan

aku kebuntuan , mencari lorong pilihan,
lorong pertama?
mengapa duri hiasan jalanan,
berliku-liku penuh halangan,
ah!pasti jalannya sukar,
walau dihujung sana kulihat sinar cahaya
namun tiada ku mampu menempuh ranjaunya,
ku cuba jalan yang kedua,
pes0nanya sungguh menggamit rasa,
indahnya!
kiri kanan hiasan bertakhta,
harta, pangkat, kemewahan dunia,
mematikan warasnya akal,
membiarkan nafsu beraja,
iman..tiada ruang untuk bersuara.
tiada daya mengawal segala.
TAQWA?usah bermimpi wujudnya dihati..
semuanya.
membuatku leka di pentas durjana.

lorong pilhanku
tiada masa kut0leh belakang
apa yang terbentang cukup melekakan
menambahkan kerasukan
Bani Adam mengutip debu-debu kehinaan
yang terhijab dek jahilnya akal
kerana vet0nya nafsu..
layunya iman..

namun,
tiada ku pernah kurasa
tenangnya dalam jiwa,gelisah sentiasa
apa yang kutakuti rupanya benar-benar terjadi
kusangka panas hnigga ke petang
rupanya hujan di tengahari
kusangka cerah hingga ke hujung jalan
rupanya gelita, kelam yang menanti..
tidak!!!
aku meraba-raba
bak si buta mencari tongkatnya
pekat sungguh hitam gelita
aku cuba gagahkan diri
adakah ad sinar yang menanti
dalam kelam kumencari
berjalan dalam gelitanya laluan..

letihnya perjalanan..
penuh penipuan..
aku benar-benar ingin pulang
Pulang kepada Yang Satu..
TUHAN KEMBALIKAN AKU KEJALANMU..

3 comments:

  1. await ade hujan sikit kat kiri page
    [ops..tercakap loghat utara pulak]
    hehe

    ReplyDelete
  2. oh sahabat,saya terharu membaca sajakmu..
    mari kita sama2 pulang ke jalanNya..

    ReplyDelete
  3. loghat utara saya ley trime lagi...'
    tp kalo loghat neg tuh...
    tape2 saye paham...~~(only hearts know..hehhe)

    ReplyDelete