Saturday, January 8, 2011

begitukah aku??

bisikan ketenangan menyelubungi nurani, kesyahduan ku rasakan amat bererti, acap kali ku terdengar alunan suara insan-insan kerdil membasahi lidah dengan kalamMu ya Ilahi, tiada putus-putus mendampingi kitabMu, membaca , mentadabbur , meneliti ayat-ayat suci.Segolongan insan yang dihormati, segolongan insan yang dipandang tinggi inilah insan yang begelar Hamlatul Quran, iaitu pendokong kitab suci. Hamlatul Quran , itukah aku?? terngiang-ngiang di telingaku ungkapan nkata yang penuh makna , yang hanya dapat dihayati oleh hati yang suci. wasiat Ibnu Mas'ud yang berbunyi "...seharusnya bagi seorang Hamlatul Quran itu mengetahui ...malammnya ketika manusia dibuai mimpi, siangya ketika manusia enak menikmati juadah, tangisannya ketika manusia bergelak ketawa,diammnya ketika manusia berkata yang sia-sia, dan khusyu'nya ketika manusia leka dengan kehidupan dunia..."
aku merenung sejenak, Hamlatul Quran,..

kata-kata itu mnegetuk fikiranku, menyentuh hatiku , menyedarkan aku dari lamunanku, betapa Hamlatul Quran yang hakiki adalah insan-insan yang sanggup bermujahadah dalam kepayahan, mampu berkorban dalam tangisan dan rela imannya diuji dengan keperitan..baru ku sedar..Hamlatul Quran ...kau luar biasa! tatkala aku imbas kisah silamku yang penuh dengan kelalaian, kealpaan, keseronokan seperti orang-orang kebanyakan, sememangnya tidak layak untuk diri ini dianugerahi dengan permata Ilahi yang nilainya terlalu tinggi jika dibanding dengan diri yang dhaif ini.. namun..Kau anugerahkan jua aku kemuliaan ini, menjadi salah seorang insan pilihanMu, di dalam dunia Hamlatul Quran yang penuh dengan janji-janji manis di akhirat nanti..ibu bapaku bakal Kau pakaikan dengan mahkota sebagai hadiah pengorbanan mereka mendidikku mengenali kehidupan insani .Tidak mahukah engkau dibangkitkan dengan sinaran cahaya jernih yang terpancar pada wajah berseri-seri? Hamlatul Quran , alangkah beruntungnya dikau...!

Sahabat-sahabat Al-Quran, sudahkah Al0-Quran menakluki jiwamu?menjadi kekasihmu, buah hatimu yang tiada bertepi?ataukah manusia yang masih bertakhta di sanubari?ataukah kasih manusia yang masih kau dambai? pernahkah kau rasakn Al-Quran itu teman sejati?adakah impianmu sekadar satu ilusi dalam fantasi..yang implikasinya tidak sama dengan realiti kehidupan Hamlatul Quran? sahabatku...ingatlah kita dipertemukan kerana Al-Quran , ukhuwwah mahbbah yang terjalin ini atas nama Al-Quran, dan semoga perpisahan kita adalah semata-mata untuk meneruskan perjuangan demi Al-Quran .Ya Allah , jadikanlah aku seorang Hamlatul Quran yang sejati dan hakiki, sebagai penyejuk mata,penawar hati setiap insan di muka bumi, agar kehadiranku di dunia nini dihargai..berkatilah aku dengan anugerah kemuliaan yang Kau beri.sesungguhnya kehidupan di dunia ini sungguh indah tidak terperi dengan alunan ayat-ayat suci yang sentiasa bermain di mulut, di telinga, dan di hati.Lantas itu, ku pinta padaMu Ya Ilahi , agar disaat-saat akhir hayatku, alunan kalamMu jua yang mengiringi pemergianku..sangat rindu sat-saat mujahadah itu....

3 comments: