Wednesday, September 29, 2010

alhamdulillah....

alhamdulillah sangat2 kad ku akan terbang ke jordan tak lama lagy....
alhamdulillah..Allah permudahkan urusan.....tak paya nk balek msia.....
ye larh baru dtg , nk balek...mahal gak kos nk pulg ke msia tuh....family pon x stat rindu lagi..nnty dorg bosan lak balek cpt sgt...lama2 sket baru wujud rase rindu...hehehe

Tuesday, September 28, 2010

rindu itu satu anugerah

assalamualaikum mak,abah
anakmu ini sangat rindu utk menyalami tgnmu....
sangat rindu utk mengucup pipimu
sangat rindu utk menikmati juadah dari air tgnmu...
semoga Allah merahmatimu berdua sentiasa...
,ezi,eka,bila,balqis n mumtaz
lani rindu sangat kat korang....
suka duka dikongsi bersama...
tapi mujur ada kawan2...
lani tak keseorangan...
merekalah sahabat,
merekalah teman..
lani harap korang semua sehat sejahtera....
di bawah sayap malaikat,
didoakan seisi alam,
dan di bawah rahmat Allah senantiasa...
moga2 Allah mengumpulkan kita semua di syurgaNya...amiiin

sabarlah..lianna sobrun jamil...

semakin jauh ku dariMu..
semakin dekat pula Kau menghampiri daku..
oh Tuhan yang Maha Pengasih..
Siapalah diriku dihadapanMu....
mmang kita mengakui ayat Allah.. "Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan mengikut kemampuannya."
tapi tak tahulah kenapa hati kecil ni masih sedih knapa akulah yang terpilih utk menanggung ujian ini.Padahal Allah turunkan ujian ini utk menilai sekuat mana imanku ini.
Ya Allah bantulah aku utk berdepan dgn segala ujianMu ini....tawakkaltu ala Allah,innaka ni'mal maula wan ni'man nasir...

Sunday, September 26, 2010

ble nk tasjil madah nieyh,......???!!!!

resah dan gelisah
kurasa ....
madah lum tasjil agy...
snanya tak saba nk stat kuliah
x saba nk plan jadual
x saba nk balek msia
x saba nk kaut ilmu sbyknya..
x saba nk jd seorang y tamak ilmu.....
harap2 ilmu y akn distudy akan diamal insyaallah

Rabiah berkata"..."

“SEGALA PANCAINDERA INI PERLU DIGUNAKAN HANYA BAGI MENGAGUNGKAN ALLAH DGN MELAKUKAN APA YANG DISURUHNYA DAN MENINGGALKAN APA YANG DILARANGNYA.SEMUA PENGGUNAAN ANGGOTA TUBUH BADAN KITA SEMESTINYA UTK ALLAH.SELAIN MGGUNAKN TULANG 4 KERAT Y DIKURNIAKAN BAGI BERUSAHA.YANG PALING UTAMA ADALAH SIFAT TAWAKAL DAN BERSERAH KPD ALLAH.USAHA ADALAH ASASNYA.KITA DIBERI PILIHAN BAGI MMBUAT PILIHAN YG TERBAIK UTK DIRI KITA.BUKANKAH ALLAH PRNAH JELASKAN YG DIA TAKKAN MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM ITU MELAINKAN MEREKA SENDIRI YG MENGUBAHNYA.
SELEPAS KITA BERUSAHA SEDAYA UPAYA,AKHIRNYA HASIL USAHA ITU KITA WAJAR SERAHKAN BULAT2 PD ALLAH.SEKIRANYA USAHA YG DILAKUKAN BERJAYA UCAPLAH ALHAMDULILLAH DAN SEKIRANYA GAGAL BERSABARLAH.JANGAN SESESKALI MENYALAHKAN ALLAH KRN ALLAH TAHU APA YG TERBAIK UTK SETIAP HMBA2NYA.DAN ALLAH BERSAMA ORG2 YG SABAR.”

soutul a'li u'yub

"suara ko ni kuat sangat naek pekak tlinga aku".
"ko ni tyme kat sini kuat,oo oo kalo present kat depan haaa baru terkial2... pelan je suaranya"

sdey rasanya bila orang cakap macam tu.Tapi memang suaranya agak2 ribut2 manja di kala senja.Tu baru kawan , mak pula cakap "tu tertelan mike waktu kecik2 dulu"......
mmg aku dilahirkan dengan suara serak basah yang agak kuat .
Perempuankan terkenal dengan nilai malunya dan suara yang kecil.Tapi aku tengah cuba nak berubah larh ni.Sebab suara kuat satu aib jika suka menengking,membentak ,menjerit2 tak tentu pasal n kalau tak pon terpekik mcm umah dia yang terbakar. Lagi satu masalah aku suka cakap banyak, tapi kalau air liur ni bisa dijadikan saham akhirat or mengajak orang kenal Tuhan takpe....ni cuma omong2 kosong.Adoyaiiiii....banyak cakap banyak dosa.So,khulasotul kaul, start hari ini aku nak jadi perempuan sejati yang mampu mngawal suaranya dan terkenal dengan nilai malunya.Dan aku pun nak kurangkan bercakap benda2 y lagho y hanya akan membebankan aku di esok hari.Moga2 Allah membantuku utk membuat perubahan kerana hanya Dia yang Maha Mengetahui hati kecil ini.

Saturday, September 25, 2010

jangan bersifat ananiyah!

Dengan asma Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.....
assalamualaikum w.b.t...



pagi itu dengan lengkap berpakaian riadhah, teruja utk memulakan rehlah mashiah y dianjurkan kakak senior, snanye pagi tu dhirar terlupa nak niat berjalan kerana Allah....cuma termakan iklan utk menuju ke satu tempat yang membahagiakan.Perjalanan pagi tu sangat menyenangkan sebab hari jumaat pagi orang arab tak keluar rumah,jadi jalan sangat lengang,cuma kami sahaja.Dipendekkan cerita tiba2 kawan Dhirar jatuh sakit.Kakinya kejang.Tapi Dhirar sudah jauh dihadapan sebab khusyuk bersembang dengan kawan yang lain.Dhirar pusing dan nampak ramai yang berkumpul kat situ.Tapi Dhirar tak terdetik pun nak pergi tengok keadaan kawannya itu,padahal Dhirar tahu.Cuma Dhirar rasa dah ramai yang boleh tolong kawannya itu.Dhirar bersama satu kelompok yang telah mendahului satu lagi kelompok yang lain(group kawan Dhirar) dengan seorang kakak senior.Kakak tu tanya "korang nak sambung jalan ke nak tunggu kawan kita yang sakit tuh?sebab kawan kita tuh dipapah oleh 2 orang kawan yang lain".Dhirar diam je sebab tak kesah pun nak tunggu ke tidak.lepas tu kakak tu cakap tempat yang membahagiakan tu ada kat depan sana tu, dah nak dekat dah. Ada segelintir yang nak stay nak tunggu kawan Dhirar yang sakit tu.Tapi disebabkan tempat tu dah nak dekat, sikap selfish menyelubungi hati Dhirar.'alah, ramai je yang boleh tolong dia.taman dah dekat dah pun.'.Setan dah mula menghasut. Kakak senior tu banyak kali tanya nak tunggu ke jalan.Dhirar tak kesah,ikut akak je lah.Tapi Dhirar cakap "Kita pergi jelah , dah nak sampai". Semua setuju.Tapi ada juga yang macam serba salah nak tunggu ke nak gerak,rasa macam tak sampai hati .Dhirar pula berlari2 dengan perasaan teruja bila dah tahu tempat yang akan dituju adalah sebuah taman permainan.Dhirar berlari mendapatkan buaian tanpa menghiraukan sesiapapun.Bila dah lama main,Dhirar nampak kawannya yang sakit tu tengok je orang lain main.Dari jauh Dhirar bersuara.."B,tengok jelah kitorang main dari jauh.hehehehe"tanpa ada sekelumit perasaan belas or apepun waktu tu.
Tiba2 semua diminta berkumpul,kakak senior tu minta pandangan apa y kita dapat dari sepanjang perjalanan rehlah masyiah tadi.Ada banyak opinion dari kawan2 Dhirar termasuk kawannya yang sakit.B kata "terima kasih kat kawan2 y prihatin dan y sanggup papah dia sampai kat taman.".Tiba2 kakak senior tu kata nak bagitahu satu rahsia besar.Dengan bangganya dia berkata..."B, bangun B"...Kawan Dhirar y kejang kakinya tadi berdiri dengan sihat.Dhirar tersentak.Terkejut dan amat terkejut.Rupanya lakonan semata."Sebenarnya akak y suruh dia berlakon utk tengok sape y benar2 prihatin kat dia.Siapa yang sanggup papah dia tadi sampai sini?".2 kawannya y papah tu pun tak sangka rupanya mereka ditipu.Tapi jelas dari air muka B, dia rasa terharu dengan kawan2nya y sanggup tolong dia.Baru dia tahu erti persahabatan sangat penting dan saat2 seperti tulah baru dia tahu perangai  sebenar kawannya2 itu.
"tadi akak tengok ada juga kawan2 yang buat tak endah je dengan kawannya y sakit.Dia nak cepat sampai, nak cepat main.fikir diri sendiri je.".Dhirar sangat terasa mesej tu ditujukan khas buat dirinya.
"cuba korang bayangkan , tu baru kawan .dah hilang rasa prihatin.Apatah lagi orang kita tak kenal. Perlu ke kawan je kita tolong, kalau kita tak kenal tak payah tolong?"satu persatu datang bertimpa2 menindih hati kecil Dhirar.Sangat2 tergamam. Jauh di sudut hati, Dhirar stuju dengan kakak senior tu.Kesimpulan yang boleh diambil kat kisah benar ni,kita hidup untuk memberi , bukan untuk menerima. Tak kisah siapa yang akan kita beri dan siapa yang akan menerimanya.Kita semua saudara di bumi Allah.Siapalah kita nak memilih kawan sedangkan apalah kelebihan kita nak dibandingkan dengan orang lain.Semua orang ada baik buruknya dan kita semua saling lengkap-melengkapi .Semua orang berhak mendapat layanan yang baik sebab kita kena sayang mereka macam kita sayang diri kita sendiri. Dhirar tahu ada hikmah di sebalik kejadian hari tu.Allah sebenarnya nak tegur Dhirar tapi disandarkan oleh lakonan mereka tu.Mulai hari ni,Dhirar nak buang sifat ananiyah yang hanya akan memakan diri. Dhirar tahu sebenarnya hidup nafsi-nafsi tak ada gunanya.wallahualam

Thursday, September 23, 2010

hargailah apa yang ada disekeliling kita....

Assalamualaikumw.b.t

Marilah kita sama-sama merafa'kan setingi-tinggi kesyukuran kepada sang Khalik y masih membenarkan kita hidup dalam dua nikmat y terbesar yakni nikmat iman dan islam. Hari ini buat pertama kali saya mengenali dunia blog , Anggapan saya terhadap blog selama ini sama sekali meleset.Saya ingatkan blog hanya tempat untuk meluahkan hati dan perasaan dan mungkin juga tempat mengadu. Saya juga pernah menganggap blog tidak patut diwujudkan jika tujuannya hanya untuk membuka aib orang.Padahal, blog ni adalah salah satu jalan y sangat berkesan utk menyebarkan dakwah dan mengajak manusia rasa bertuhan. Blog ni jugalah y boleh menjadi saham di akhirat nanti utk memberatkan mizan amalan kebaikan dan bukanlah penyebab kita terjerumus ke dalam lembah hina neraka.Nauzubillah....

hargailah apa y ada dihadapan kita


sedar atau tidak sedar,kadang2 kita selalu mengabaikan sekeliling kita kerana kita selalu mendambakan sesuatu y lebih baik daripada y ada di hadapan kita sekarang . Saya ingin kongsikan satu kisah y mungkin benar dan mungkin juga tidak benar y pernah saya dengar daripada kenalan saya......tapi ditukarkan jantinanya...benar atau tidak,tak penting mesejnya itu y lebih penting.
Ada seorang perempuan dalam dilema untuk memilih pasangan hidupnya,lalu dia mengambil keputusan untuk berjumpa seseorang yang boleh dipercayai untuk berkongsi masalah hati. Perempuan ini dilanda kebimbangan
untuk menerima risikan seorang lelaki kerana dia takut dirinya akan dirisik oleh seorang pemuda yang lebih baik daripada pemuda y sudah melamarnya itu. Perempuan ini mengambil keputusan untuk menyatakan masalahnya kepada ummi. Ummi hanya tersenyum melihat anak gadisnya y semakin minginjak dewasa. Ummi mengajak anaknya itu ke sebuah taman yang indah.Kata ummi "Di sini terdapat empat perhentian yang mana setiap perhentian ada bunga yang indah. Tapi kamu mestlah memilih satu bunga yang paling indah antara bunga2 yang indah".Perempuan itu pun memulakan perjalanan untuk mencari bunga yang paling indah .Setibanya di perhentian pertama, dia ternampak sekuntum bunga yang indah.Dia ingin memetiknya,tapi hatinya terdetik, 'mungkin ada bunga yang lagi cantikdi depan'.Setibanya di prhentian kedua, kejadian yang sama berulang dan begitulah seterusnya sehingga ke perhentian yang ketiga. Akhirnya , sampai ke perhentian keempat dia mencari bunga yang indah tapi malangnya yang ada di situ cuma bunga layu yang hampir mati.Perempuan itu sangat menyesal kerana tidak memilih bunga2 yang indah di perhentian2 sebelum ini. Perasaan menyesal tidak berguna lagi.Akhirnya , perempuan itu memahami masud umminya yang tercinta.

Kadang2 kita tak sedar semua ini sehinggalah benda yang indah yang pernah menjadi milik kita pergi meninggalkan kita,sedangkan dialah yang terbaik untuk diri kita . Oleh itu , marilah kita sama-sama muhasabah diri kita sama ada kita mampu menghargai semua perkara yang ada di sekeliling kita. Tuhan Maha Mengetahui segala-galanya,sedangkan kita tidak mengetahuinya.