Saturday, September 25, 2010

jangan bersifat ananiyah!

Dengan asma Allah yang Maha pengasih lagi Maha penyayang.....
assalamualaikum w.b.t...



pagi itu dengan lengkap berpakaian riadhah, teruja utk memulakan rehlah mashiah y dianjurkan kakak senior, snanye pagi tu dhirar terlupa nak niat berjalan kerana Allah....cuma termakan iklan utk menuju ke satu tempat yang membahagiakan.Perjalanan pagi tu sangat menyenangkan sebab hari jumaat pagi orang arab tak keluar rumah,jadi jalan sangat lengang,cuma kami sahaja.Dipendekkan cerita tiba2 kawan Dhirar jatuh sakit.Kakinya kejang.Tapi Dhirar sudah jauh dihadapan sebab khusyuk bersembang dengan kawan yang lain.Dhirar pusing dan nampak ramai yang berkumpul kat situ.Tapi Dhirar tak terdetik pun nak pergi tengok keadaan kawannya itu,padahal Dhirar tahu.Cuma Dhirar rasa dah ramai yang boleh tolong kawannya itu.Dhirar bersama satu kelompok yang telah mendahului satu lagi kelompok yang lain(group kawan Dhirar) dengan seorang kakak senior.Kakak tu tanya "korang nak sambung jalan ke nak tunggu kawan kita yang sakit tuh?sebab kawan kita tuh dipapah oleh 2 orang kawan yang lain".Dhirar diam je sebab tak kesah pun nak tunggu ke tidak.lepas tu kakak tu cakap tempat yang membahagiakan tu ada kat depan sana tu, dah nak dekat dah. Ada segelintir yang nak stay nak tunggu kawan Dhirar yang sakit tu.Tapi disebabkan tempat tu dah nak dekat, sikap selfish menyelubungi hati Dhirar.'alah, ramai je yang boleh tolong dia.taman dah dekat dah pun.'.Setan dah mula menghasut. Kakak senior tu banyak kali tanya nak tunggu ke jalan.Dhirar tak kesah,ikut akak je lah.Tapi Dhirar cakap "Kita pergi jelah , dah nak sampai". Semua setuju.Tapi ada juga yang macam serba salah nak tunggu ke nak gerak,rasa macam tak sampai hati .Dhirar pula berlari2 dengan perasaan teruja bila dah tahu tempat yang akan dituju adalah sebuah taman permainan.Dhirar berlari mendapatkan buaian tanpa menghiraukan sesiapapun.Bila dah lama main,Dhirar nampak kawannya yang sakit tu tengok je orang lain main.Dari jauh Dhirar bersuara.."B,tengok jelah kitorang main dari jauh.hehehehe"tanpa ada sekelumit perasaan belas or apepun waktu tu.
Tiba2 semua diminta berkumpul,kakak senior tu minta pandangan apa y kita dapat dari sepanjang perjalanan rehlah masyiah tadi.Ada banyak opinion dari kawan2 Dhirar termasuk kawannya yang sakit.B kata "terima kasih kat kawan2 y prihatin dan y sanggup papah dia sampai kat taman.".Tiba2 kakak senior tu kata nak bagitahu satu rahsia besar.Dengan bangganya dia berkata..."B, bangun B"...Kawan Dhirar y kejang kakinya tadi berdiri dengan sihat.Dhirar tersentak.Terkejut dan amat terkejut.Rupanya lakonan semata."Sebenarnya akak y suruh dia berlakon utk tengok sape y benar2 prihatin kat dia.Siapa yang sanggup papah dia tadi sampai sini?".2 kawannya y papah tu pun tak sangka rupanya mereka ditipu.Tapi jelas dari air muka B, dia rasa terharu dengan kawan2nya y sanggup tolong dia.Baru dia tahu erti persahabatan sangat penting dan saat2 seperti tulah baru dia tahu perangai  sebenar kawannya2 itu.
"tadi akak tengok ada juga kawan2 yang buat tak endah je dengan kawannya y sakit.Dia nak cepat sampai, nak cepat main.fikir diri sendiri je.".Dhirar sangat terasa mesej tu ditujukan khas buat dirinya.
"cuba korang bayangkan , tu baru kawan .dah hilang rasa prihatin.Apatah lagi orang kita tak kenal. Perlu ke kawan je kita tolong, kalau kita tak kenal tak payah tolong?"satu persatu datang bertimpa2 menindih hati kecil Dhirar.Sangat2 tergamam. Jauh di sudut hati, Dhirar stuju dengan kakak senior tu.Kesimpulan yang boleh diambil kat kisah benar ni,kita hidup untuk memberi , bukan untuk menerima. Tak kisah siapa yang akan kita beri dan siapa yang akan menerimanya.Kita semua saudara di bumi Allah.Siapalah kita nak memilih kawan sedangkan apalah kelebihan kita nak dibandingkan dengan orang lain.Semua orang ada baik buruknya dan kita semua saling lengkap-melengkapi .Semua orang berhak mendapat layanan yang baik sebab kita kena sayang mereka macam kita sayang diri kita sendiri. Dhirar tahu ada hikmah di sebalik kejadian hari tu.Allah sebenarnya nak tegur Dhirar tapi disandarkan oleh lakonan mereka tu.Mulai hari ni,Dhirar nak buang sifat ananiyah yang hanya akan memakan diri. Dhirar tahu sebenarnya hidup nafsi-nafsi tak ada gunanya.wallahualam

No comments:

Post a Comment