Thursday, September 23, 2010

hargailah apa yang ada disekeliling kita....

Assalamualaikumw.b.t

Marilah kita sama-sama merafa'kan setingi-tinggi kesyukuran kepada sang Khalik y masih membenarkan kita hidup dalam dua nikmat y terbesar yakni nikmat iman dan islam. Hari ini buat pertama kali saya mengenali dunia blog , Anggapan saya terhadap blog selama ini sama sekali meleset.Saya ingatkan blog hanya tempat untuk meluahkan hati dan perasaan dan mungkin juga tempat mengadu. Saya juga pernah menganggap blog tidak patut diwujudkan jika tujuannya hanya untuk membuka aib orang.Padahal, blog ni adalah salah satu jalan y sangat berkesan utk menyebarkan dakwah dan mengajak manusia rasa bertuhan. Blog ni jugalah y boleh menjadi saham di akhirat nanti utk memberatkan mizan amalan kebaikan dan bukanlah penyebab kita terjerumus ke dalam lembah hina neraka.Nauzubillah....

hargailah apa y ada dihadapan kita


sedar atau tidak sedar,kadang2 kita selalu mengabaikan sekeliling kita kerana kita selalu mendambakan sesuatu y lebih baik daripada y ada di hadapan kita sekarang . Saya ingin kongsikan satu kisah y mungkin benar dan mungkin juga tidak benar y pernah saya dengar daripada kenalan saya......tapi ditukarkan jantinanya...benar atau tidak,tak penting mesejnya itu y lebih penting.
Ada seorang perempuan dalam dilema untuk memilih pasangan hidupnya,lalu dia mengambil keputusan untuk berjumpa seseorang yang boleh dipercayai untuk berkongsi masalah hati. Perempuan ini dilanda kebimbangan
untuk menerima risikan seorang lelaki kerana dia takut dirinya akan dirisik oleh seorang pemuda yang lebih baik daripada pemuda y sudah melamarnya itu. Perempuan ini mengambil keputusan untuk menyatakan masalahnya kepada ummi. Ummi hanya tersenyum melihat anak gadisnya y semakin minginjak dewasa. Ummi mengajak anaknya itu ke sebuah taman yang indah.Kata ummi "Di sini terdapat empat perhentian yang mana setiap perhentian ada bunga yang indah. Tapi kamu mestlah memilih satu bunga yang paling indah antara bunga2 yang indah".Perempuan itu pun memulakan perjalanan untuk mencari bunga yang paling indah .Setibanya di perhentian pertama, dia ternampak sekuntum bunga yang indah.Dia ingin memetiknya,tapi hatinya terdetik, 'mungkin ada bunga yang lagi cantikdi depan'.Setibanya di prhentian kedua, kejadian yang sama berulang dan begitulah seterusnya sehingga ke perhentian yang ketiga. Akhirnya , sampai ke perhentian keempat dia mencari bunga yang indah tapi malangnya yang ada di situ cuma bunga layu yang hampir mati.Perempuan itu sangat menyesal kerana tidak memilih bunga2 yang indah di perhentian2 sebelum ini. Perasaan menyesal tidak berguna lagi.Akhirnya , perempuan itu memahami masud umminya yang tercinta.

Kadang2 kita tak sedar semua ini sehinggalah benda yang indah yang pernah menjadi milik kita pergi meninggalkan kita,sedangkan dialah yang terbaik untuk diri kita . Oleh itu , marilah kita sama-sama muhasabah diri kita sama ada kita mampu menghargai semua perkara yang ada di sekeliling kita. Tuhan Maha Mengetahui segala-galanya,sedangkan kita tidak mengetahuinya.

1 comment: