Thursday, July 28, 2011

SENTUH

SEMALAM
saya dapat satu ayat
yang mampu meneguhkan keyakinan
kekuatan hati
apakah dia ayatnya?jom kita tadabbur ayat nih
ambil quran sekarang
buka mukasurat 179
surah al-anfal
ayat 24
baca..
dan selami maknanya


24. Wahai orang-orang Yang beriman, sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila ia menyeru kamu kepada perkara-perkara Yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan ketahuilah Bahawa Sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di antara seseorang itu Dengan (pekerjaan) hatinya, dan Sesungguhnya kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.


ada dua perkara saya dapat
pertama
penuhilah seruan Tuhan dan Nabi Muhammad s.a.w
dalam tafsir ad penjelasan.
'menyerumu berperang utk meninggikan kalimat Allah dan menghidupkan islam dan muslimin.juga bererti menyerumu kepada iman,petunjuk,jihad dan segala yang ada hubungannya degn kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat'
Allah perintah kita sahut seruannya dan pesuruhnya,bilamana seruan itu membawa makna kehidupan kepada kamu.
perasan atau tidak?
bila kita dijalan tarbiyah
ad satu perasaan yang membri makna dan erti hidup
rasa ad amanah yg wajib dijalankan
rasa adanya hubungan hati dgn tuhan
rasa kemanisan dan alangkah indahnya sistem kehidupan yg islam susunkan
rasa sayang kat nabi sangat2..
benar memang benar
sebenarnya perasaan itu memang wujud sejak azali
rasa sayang pada Allah dan nabi
kenali Tuhan sebab dia pencipta kita dan tiada sekutu baginya
percaya pada Nabi,bagindalah rolemodel terbaik dan mjd idola umat islam
tapi sejauh mana ruhnya perasaan itu??
rasa tak punya jiwa utk mencintai sepenuhnya..
mgkin kerana terikut-ikut jawapan buku teks yg kita dok apal sejak ambil sub p.islam
dan dtruskan lagidgn subjek qs dan psi
tapi
sejak aku ikut tarbiyah
sejak aku join daurah
sejak aku ada usrah
aku bukan sekadar dapat ilmu
tapi daripada ilmu itu aku dapat fikrah
dgn fikrah itu aku rasa smangat utk berdakwah
disebabkan aku faham fikrah islam ini aku rasa amanh itu
disebabkan aku yakin dgan jalan ini jadi aku tak rasa penat
sebab aku yakin janji tuhan itu pasti
syurga Nya itu abadi
disebabkan aku bersatuhati dalam fikrah ini aku bersedia penuih masaku dgn dakwah dan tarbiyah ini
moga Allah bekalkan aku kefahaman dan pencerahan dalam memahami wahyu agungNya
sekaligus mengamalkan dan mentatbiqkannya
Allah..


yang kedua
apa yang mahu aku kongsikan
tentang hati



apa yg kita faham ayat Allah ini?
'dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah mmbatasi antara manusia dan hatinya'
kita bersungguh mahu orang paham islam dan fikrah islam sepertimana ynag kita faham
cthnya
sahabat-sahabat diluar sana yang masih tidak faham kenapa kenapa kena tutup aurat?
kenapa sanggup panas2?
kenapa pakai stokin
nanti tak nampak lah warna kaki yang putih
nanti lelaki tak suka..
kita terkelu
tapi kita ad Quran
kenapa Allah wajibkan kita tutup aurat?
kita nak fahamkan mereka,dgan menutup aurat dengan sempurna mereka selamat
mereka dikenali sebagai wanita yang baik-baik
mereka selesa tidak dipandang lelaki yng penuh syahwat
mereka yakin dgan janji Allah
mereka yakin apa yang mereka lakukan
bilamana mereka menundukkan pandangan,bilaman mereka menjaga kemaluan
bilamana mereka tak bertentang mata dgan lelaki
bilamana mereka menjaga adab dan etika pergaulan
indahnya hidup bersyariat
tapi sebanyak mana kita yakin yg dia faham apa yang kita cuba jelaskan?
tahu tak ini...
manusia ----- Allah ----- hati

saya jelaskan
manusia mahu menyentuh hati mad'u
tapi bagaimana?
cuba kita lihat siapakah yg dtgah-tgah antara kita dan hati seseorang?
ada al-Khaliq
ada Dia
apa yg mahu saya tekankan adalah
kita tak mampu nak sentuh hati manusia itu sendiri tanpa pertolongan dariNya
apa yg mahu dhighlightkan adalah
bila kita bagi nasihat kat seseorang ,kita pohon,kita minta pada Allah buka hatinya
izinkan dia dapat kefahaman yang sebenarnya
sebab hati kita benar2 mahu dia merasa kuasa Tuhan.
Allah


saya juga memohon siapa yang membaca post ini faham apa yang saya cuba sampaikan
doakan saya dapa khusnul khatimah di pengakhiran
wallahua'lam

2 comments:

  1. tahniah,anda berjaya mengongsikan apa yang anda dapat
    aku pun x berjaya lagi nak susun ayat untuk sharing.huhu

    erti hidup pada memberi =)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah aku dapat apa yang ukhti sampaikan pada aku. Terima kasih sangat2 share dgan pembaca blogger. Moga ini menjadi Qudwah Hasanah ya Ukhti :')

    Moga ukhti dan muslim-muslim lain sentiasa istiqamah dgn cara menyampaikan mesej2 agama kepada muslim lain

    saling ingat mengingati itu ibarat satu bangunan dan bangunan yang lain yang saling mengukuhkan :')

    ReplyDelete