Tuesday, July 12, 2011

miliki visi diri utk akhirat yg kekal abadi

tahun adalah pohon.bulan-bulan laksana cabangnya.hari-hari umpama rantingnya.jam-jam sebagai daunnya dan nafas diumpamakan sebagai buahnya.barangsiapa yang nafasnya selalu berada dalam ketaatan,maka orang itu telah menanam pohon yang baik.
ibn Qayyum.Al-Fawaid

note saya kali ini mahu menukilkan perkongsian hasil pembacaan buku Zero to H.E.R.O
terimalah....

Syaikhul Islam Ibn Taimiyah mengatakan
"apa yang dilakukan musuh-musuhku tehadapku?syurga itu berada dalam jiwaku.Jika mereka memenjararakanku ,maka itu adalah masa penyepianku dgn RabbkuJika mereka mengasingkan aku ke satu tempat yang jauh,maka itu masa pengembaraan buatku.Jika mereka membunuhku ,itu adalah kematian yang semoga menjadikanku syahid"

memiliki visi yang besar merupakan sebuah keharusan agar langkah-langkah yg bisa dicipta terukur,menjadikan kehidupan teratur seterusnya menghasilkan amal shalihnya yang subur.
orang yang mempunyai matlamat hidup akan berfikir lebih cepat daripada masanya.Dengannya ia bisa mengusung keberanian.menepis ketakutan dan sekaligus menghilangkan keraguan.

"orang muslim adalah orang yang menyelamatkan orang muslim lain daripada kejahatan lidah dan tangannya"
(HR Muslim)

jika dilihat dari kacamata tarbiyah,ia berada dalam tahap shalihun linafsihi.yang bermaksud solehkan diri.inilah yang dikatakan qudwah qobla da'wa,dan cara ini telahpun ditunjukkan oleh murabbi besar kita Nabi Muhammad sallahua'laihiwasallam.Bagindalah qudwah hasanah.Bagindalah sebaik-baik makhluk yg dicipta di atas muka bumi ini.
seterusnya.jom kita lihat dari kacamata ukhuwah pula,ia adalah salamatus shadri iaitu bersih dan selamat hatinya daripada kedengkian terhadap saudaranya.
kadang-kadang kita dengki dgan orang lain yang mampu buat kebaikan lebih daripada kita.tapi,apa yang harus kita buat ialah kita yang kena melebih-lebihkan perbuatan baik kita bertepatan dgan "fastabiqulkhairat" yang sering kita tuturkan, bukannya kita menghalang kebaikan yang dia ingin lakukan.salah methode tuh.



Rasulullah s.a.w bersabda
"orang mukmin yang kuat lebih dicintai Allah berbanding dgan orang mukmin yang lemah,dan pada diri masing-masing dari keduanya terdapat kebaikan.Bersungguh-sungguhlah dalam meraih apa yang bermanfaat bagimu,mohonlah pertolongn Allah,dan jangan merasa lemah.Jika sesuatu menimpamu maka janganlah kamu mengatakan sebegini..
"seandainya aku begini.mesti begini dan begini"
akan tetapi katakanlah
"Allah telah mentaqdirkan hal itu,dan apa yang dikehendakiNya itu pasti akan terjadi"
karena sesungguhnya perkataan 'seandainya" itu akan membuka perbuatan syaitan"
rasa terkena tak?kita selalu merungut.selalu flashback",kalaulah aku pergi tadi,mesti tak jadi macam nih punya..."
"kalaulah.." dan "kalaulah..."tapi sangat berbeza bila kita yakin memang Allah taqdirkan hal itu berlaku pada waktu itu dan ketika itu,tak semestinya disebabkan aku buat sesuatu itu mahupun tidak.

sebaik-baik>
Rasulullah s.a.w bersabda lagi
"sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lainnya"
"serbaik-baik kalian adalah orang yang panjang umurnya dan baik amlnya"
"sebaik-baik manusia adalah paling baik akhlaknya"
"sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Quran dan mngajarkannya kepada orang lain"

perasan tak . Nabi bersabda tentang sebaik-baik manusia berbeza2 mengikut keadaan manusia yang bertanya.Itulah namanya hikmah dalam menerikan nasihat.saya pernah terbaca blog seorang sahabat,dia kongsikan cara berda'wa.
Ada seorang pakcik kampung bertanya."ustaz agak2 babi masuk syurga tak?".haaa terkelu.tergamam.tak tahu nak jawab apa.Ustaz yang ditanya pula lepasan timur tengah,amat mengaibkan jika tidak mampu menjawab soalan dari pakcik tersebut
.Ustaz pun menjawab
"yang pakcik sibuk2 nak tahu babi masuk syurga ke tak,yang pakcik tuh dah jamin ke masuk syurga ke??"
itulah,materi da'wa nih bebeza2 mengikut siapa yang bertanya.berda'wa kepada bos tidak sama berda'wa dgan orang kampung.begitu juga cara berda'wa dengan anak muda dengan orang tua.

milik misi diri
hakikatnya saya mahu share tentang misi hidup orang2 hebat . macammana kita tentukan matlamat hdup kita??tidak perlu stress memikirkan matlamat hidup yang GAH,sedangkan usahanya kearah matlamat tersebut tidaklah seGAh mana.kalau nak tahu matlamat kita tepat atau tidak,mari kita bandingkan matlamat kita dengan 3 persoalan ini.
-dari mana kita datang
-untuk apa kita hidup
-kemana kita akan kembali
satu jawapan yang mampu merungkai 3 persoalan .ALLAH.
sekarang cek balik matlamat hidup kita,kalau takat didunia kita akan terkandas diakhirat.dirbalik (hati-hati) ye sahabat!

saya mahu nukilkan beberapa misi org2 hebat.
1)Umar al-Khattab ketika menjadi khalifah
-"sekiranya aku tidu pada siang hari ,aku telah mengabaikan hak rakyatku.kalau aku tidur pada malam hari,aku telah
mengabaikan hakku utk beribadat kepada Allah"

kalau kita tidur siang + tidur malam = semua hak terabai

2)Rib'iy bin Amir ketika memasuki istana Rustum
-"kami diutus untk memerdekakan manusia dari pemghambaan manusia atas manusia kepada penghambaan manusia
kepada Rabbnya.membebaskan manusia dar kesempitan hidup didunia menuju keluasan akhirat.dan membebaskan
manusia dari kezaliman dan kekejaman kepada kedamaian dan keadilan Islam"

3)Umar Mukhtar ktika melwan kolonialisme Itali
-"mereka boleh mematahkan pedangku,tetapi sekali-kali tidak kebatilan yang mereka usung selama ini bisa mematahkan
kebenaran yang aku bawa"

rasa hammasah a'liyah bila dengar visi2 hidup mereka.mereka benar2 rasa WAJIB dan PERLUnya menegakkan kalimah tauhid dibumiNya.mereka ada saksi jika dipersoalkan tugas khalifah diakhirat nanty.kita?mari koreksi diri bukan utk hari ni sahaja tapi setiap hari.

4)As-Syahid Syed QUtb
-"sesungguhnya keberanian tidakkan mempercepat ajal kerana ajal telah ditetapkan.Sesungguhnya sikap pengecut juga
tidakkan memperlambat ajal,kerana ajal telah diitetapkan"

benarlah kata Syed Qutb,kadang2 kita fikir orang yang pergi berperang mesti menemui maut dalam pertempuran,tapi kita lihat seerah Khalid Al-walid yang mengimpikan syahid tapi akhirnya mati dalam pembaringan.Dan kita merasa orang yang lari dari berperang akan mati lambat sebab dia tak ambil risiko utk join perang,tapi jika Allah menetapkan dgan kuasa 'kun fayakun' hal itu tetap saja kan terjadi.

5)Imam Ahmad
- suatu saat Imam Ahmad ditanya
"kapankah saat seorang muslim iru bisa beristirehat?"
Beliau menjawab "ketika kakinya menginjak ke syurga"




khulasotulqaul,lihatlah mreka,jadikan mereka inspirasi utk kita bisa melakar mimpi2 besar.mereka orang-orang biasa.sama seperti kita.Mereka menmpuh jalan menjadi besar melalui cara-cara yang tak biasa.mereka melewati ujian yang luarbiasa,sehingga prestasinya pun luar biasa.itulah mereka.kita pun bisa.yakinlah.
doakan aku juga bisa seperti mereka..
wallahua'lam

No comments:

Post a Comment