Wednesday, July 27, 2011

tak sangka

hari ini aku tak punya hati
rasa sangat-sangat tak semangat
nak buat semua perkara
semua sendiri
sendiri dan selamanya menyendiri
hari aku akan bersatu dgan ahli baru
tapi tak tahu kenapa
rasa tak punya perasaan
tak seperti hari-hari sebelum ini
tertunggu saat-saat penantian liqa' bermula
kenapa Ya Allah
kenapa wujud rasa ini
wahai pemilik hati yang agung
peganglah sekeping hati yang mudah kecai ini
yang mudah berbolak-balik lebih cepat kadarnya daripada panasnya suhu air..
ya Allah bila aku tatap wajah2 sahabat
kenapa terbit dan wujud rasa rindu itu?
kenapa tiba-tiba aku rasa kehilangan
aku rasa aku dah tak rapat seperti dulu
aku nampak usaha mereka
keterujaan mereka mngenal ahli-ahli baru
aku tak mahu mereka nampak riak wajahku
mujur hati ini Allah yang pegang
andai mereka melihat hati ini
tentu kecewa sama aku,perasaanku tak seperti yang dijangka mereka
mengapa hati ini melayang memikirkan yang lama??
ya Allah jika ini untukku
Kau izinkan aku all out bersama-sama mereka
sesungguhnya pilihan Kau itu jauh lebih baik daripada mereka..
aku tidak mampu melihat hikmah yang selitkan dibalik itu
apa yang aku mampu katakan
aku rasa kehilangan mereka,aku harap perasaan ini cuma andaian sahaja
ya Allah aku mohon kekuatan
kekuatan
kekuatan
kesabaran
dalam menuntut dan meraih muttaqin
ya Allah..
aku sayang mereka
aku syang yang lama
dan tanamkan kecintaan aku pada yang baru..
bantu aku ya Rabb

3 comments:

  1. sahabatku yang semakin laju dalam jalan dakwah dan tarbiyah
    membacakan ini aku menitiskan air mata
    sungguh,melihatkan kita terpisah daripada bulatan yang sama kadangkala menggugat juga heartyy ini
    tetapi biller memikirkan yang kita cari adalah Allah
    aku jadi pasrah,dan aku jadi yakin
    siapa pun dalam bulatan itu
    semuanya adalah sama
    semoga walau kita tidak lagi dalam bulatan yang sama
    kita masih mampu meniupkan semangat dan ruh perjuangan dalam jalan ini sahabatku

    from the deep of my heart
    i love u illani

    ReplyDelete
  2. salam'alaik ilani..;).

    kte faham perasaan lani tu, hakikatnya mmg sukar bila kte dah rapat dan lama bersama dgn seseorang itu ttbe kena pisah..lebih2 bila sm2 dlm satu bulatan.

    tapi sama2 kte jelas apakah yang menggerakkan dakwah & tarbiyyah ini?
    ada 3 jenis hadaf; sama ada kerana kebajikan, perasaan dan fikrah.
    dalam 3 jenis ini, fikrah lah yang menjadi asas kita bergerak...=)..

    insyaAllah, bila kita faham ttg ini, kita akan cool & steady andai di campak ke mana2 bulatan pun bersama ahli baru...krn ahli baru punya fikrah yang sama ttg kita. Dan kawan kita yang lama juga turt bernafas dlm fikrah yg sama..kita masih tidak khilangan mereka. Kte buat kerja sama2~...rasa kebersamaan walaupun tidak scr fizikal.

    lani~, semoga kamu kuat dari hari ke hari..membina individu muslim yang mapan dalam diri. Nasihati saya juga...T_T.

    wassalam, <3~..

    ReplyDelete