Tuesday, May 31, 2011

bahaya P.A.R.A.S.I.T korea!!

bissorohhah...!1
aku benci korea
aku benci korea
aku benci korea..
ya Allah kau tanamkanlah kebencian semaksimum yang mungkin terhadap korean drama or film atau apa2 yang seangkatan dgannya..
di dalam hati sahabat2ku..
bangkitlah wahai pemudi ISLAM
bukankah kita mengimpikan syurgaNya
bukankah kita yang sepatutnya menyambung rantai perjuangan kekasihNya
bukankah kita yang menegah maksiat itu??
bukankah kita...
bukan kita yang seharusnya download cerita2 nih..
bukan kita yang sepatutnya jadi hamba cerita2 nih..



disaat kau tertawa gembira melihat adegan mereka..
aku merana..
cuba kau bertanya sebentar
pada imanmu..
imanmu merana sahabatku...
aku pernah terjebak dunia ini..
aku tidak mahu mengulanginya..
bebaskan fitnah mereka yang mengatakan..
akhowat takkan lari dari gilakan pemuda2 korea..
aku sedih segelintir mereka memfitnah golongan hawa..
golongan kita wahai muslimah..
bukankah kita berjanji...

..............................................

WAHAI DAIE’, KITA PERLU BEKERJA!

Siapapun diri kita, kita perlu bersiap sedia untuk memproses diri supaya menjadi seorang daie’.

Daie’ sejati akan simpati, sedih dan bimbang melihat keadaan ummat.

Ia tidak menyalahkan kerosakan yang ada, tetapi ia akan kembali melihat dirinya yang mungkin masih belum maksimum usaha ataupun mungkin masih belum buat apa-apa!

Daie’ perlu turun ke medan amal. Turun untuk dilukai.

Memang itulah kerja daie’ . Ia mendapat luka demi ummat. Apalagi yang lebih besar daripada itu?

Kita perlu bangun, bekerja dan terus mengajak. Jika duduk berehat, tidak menghadapi masalah, kita hanya akan lebih banyak teoritikal daripada praktikal.

Ilmu lebih banyak dalam catatan, tetapi sedikit yang digunakan.

Rugi. Sangat merugikan. Proses tarbiyah yang dilalui seorang daie’ hanya akan menjadi excessive waste sahaja bagi dirinya.

Bahan lebihan (tarbiyah) yang menjadi buangan? Terima banyak, buat kerja cuma sikit sahaja atau tak buat langsung.

Samalah seperti kita makan. Makan banyak jika tidak gunakan untuk bekerja, hanya akan menjadi tenaga lebihan dalam badan. Akhirnya, malas dan tidurlah ubatnya !

Yang bernama DAIE’ tidak mungkin menzalimi dirinya sebegitu!

tersentap langsung bertambah roh dakwah itu...
terima kasih sahabat..
Oleh : Afdholul Rahman
Blog Penyejuk Jiwa
http://tinninun-alislam.blogspot.com

aduhai anak

Wahai anak!

Nasihat itu mudah, yang sulit adalah menerimanya; karena terasa pahit oleh hawa nafsu yang menyukai segala yang terlarang. Terutama di kalangan penuntut ilmu yang membuang- buang waktu dalam mencari kebesaran diri dan kemegahan duniawi. Ia mengira bahwa di dalam ilmu tak bersari itulah terkandung keselamatan dan ke bahagiaan, dan ia menyangka tak perlu beramal. Inilah kepercayaan filsuf-filsuf.
Ia tidak tahu bahwa ketika telah ada pada seseorang ilmu, maka apa yang memberatkan, seperti disabdakan Rasulullah saw, "Orang yang berat menanggung siksa di hari kiamat ialah orang yang berilmu namun tidak mendapat manfaat dari ilmunya itu."
Wahai anak!

Janganlah engkau hidup dengan kemiskinan amal dan kehilangan kemahuan kerja. Yakinlah bahwa ilmu tanpa amal semata-mata tidak akan menyelamatkan orang.
Jika di suatu medan pertempuran ada seseorang yang gagah berani dengan persenjataan lengkap dihadapkan dengan seekor singa yang galak, dapatkah senjatanya
melindunginya dari bahaya, jika tidak diangkat, dipukulkan, dan ditikamkan? Tentu saja tidak akan menolong, kecuali jika diangkat, dipukulkan, dan ditikamkan!
Demikian pula, jika seseorang membaca dan mempelajari seratus ribu masalah ilmiah, jika tidak diamalkan maka tidaklah akan mendatangkan faedah.


Wahai anak!

Berapa malam engkau berjaga guna mengulang-ulang ilmu, membaca buku, dan engkau haramkan tidur atas dirimu. Aku tidak tahu, apa yang menjadi pendorongmu. Jika yang menjadi pendorongmu adalah kehendak mencari material dan kesenangan dunia, atau mengejar pangkat atau mencari kelebihan atas kawan semata, maka malanglah engkau.



Namun jika yang mendorongmu adalah keinginan untuk menghidupkan syariat Rasulullah saw, dan menyucikan budi pekertimu, dan menundukkan nafsu yang tiada henti mengajak kepada kejahatan, maka mujurlah engkau. Benar sekali kata seorang penyair, "Biarpun ngantuk menyiksa mata, akan percuma semata-mata. Jika tak karena Allah semata."
Wahai anak!

Hiduplah sebagaimana maumu. Namun ingat! Bahawasanya engkau akan mati. Dan cintailah siapa yang engkau sukai. Namun ingat! Engkau akan berpisah dengannya. Dan berbuatlah seperti yang kau kehendaki. Namun ingat! Engkau akan menerima balasannya nanti. - Hujjatul Islam Imam Ghazali Rahimullah

uban


uban..
ad apa dgan uban
kita malu dgan uban
asal ad uban,kita cabut..
asal ad uban kita tarik..
apasal?
kita malu?
rasa tua?
dan hilang wajah muda?
tahukah kamu wahai saudara..


Pesan Rasulullah

الشيب نور المؤمن لا يشيب رجل شيبة في الإسلام إلا كانت له بكل شيبة حسنة و رفع بها درجة

“Uban adalah cahaya bagi seorang mukmin. Tidaklah seseorang beruban –walaupun sehelai- dalam Islam melainkan setiap ubannya akan dihitung sebagai suatu kebaikan dan akan meninggikan darjatnya.” (Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman. Syaikh al-Albani dalam Al Jami’ Ash Shogir mengatakan bahwa hadits ini hasan)

tapi bukanlah bermakna kita anggap orang tua itu semua baik..
semua orang beruban itu baik..
tapi orang beruban mukmin yang menjalankan tggungjwabnya..
yang menjadi hamba kepada Tuhan ang sebenar-benarnya..
jadi..
pakcik2,makcik2,atok,nenek,abang,kakak,mak,abah..
lepas nih kalo ad uban..
jgn malu2 ea....

Wednesday, May 25, 2011

transformasi

alhamdulillah...
alhamdulillah
alhamdulillah..
dalam 3 hari dah banyak yang kholas(arab)
alhamdulillah lagi..
lepas sahaja final exam menutup tirai..
kami mengambil langkah untuk terus mempersiapkan bayt baru kami.
pr0ses pembersihan,pemulihan berjalan dgan sangat lancar alhamdulillah
hari berikutnya..
kami meminta perkhidmatan senior utk ukur rumah nak pasang karpet..
mulanya nak suruh ukur sahaja..
tetibe bila kami listkan barang2 perabot yang nak dbeli..
senior kata..
"alang2 baik pergi beli terus hari ni!"
wahhh
berbunga hati bila ad yg sudi menghulurkan bantuan.
lepas tuh dalam pukul 3p.m kami menuju ke balad
satu tempat mahsyur...
dgan segala benda..
kami start pencarian dari hujung balad ..
karpet!
langsir!
katil+tilam
cermin
dan peralatan2 rumah lain.

sepanjang kat balad
tapi ad 2 mende aku nak higlightkan kat sini..
peristiwa 1..
aku jalan2..
ternampak penyidai baju
tak terniat nak berhenti..
dari jauh terus tye harga..
bila aku dtg dekat..
pakcik tuh kate..
"waalaikummussalam.."
terkedu kot!..
dye kate perlahan2..nih kamu datang terus tye harga..
respek sama kamu pakcik..
org arab kalo tegur straight to the point..
ta perlu kias2
asal benda baik
terus ajar..
bagus2 harap amek pelajaran

peristiwa 2
kami tye sorang pakcik
"ad tempat solat utk muslimah??"
"saya ad tempat kecik utk solat"
aku mati2 igt memang tempat solat tuh ruang utk wanita mmg terhad
lepas amek wuduk
dye tunjukkan bilik solat
rupa2nya bilik dye..
ad katil bagai
kirenya dia guard yg jage masjid 24 hours..
waaa nih
tabik spring gak kat dye..
moga2 kalian termasuk dalam golongan yg dirahmati Allah selamanya
................................................................................
malam tuh karpet sampai..
minta perkhidmatan pp permai utk
tukarkan silinder dan gerudikan kayu langsir..
alhamdulillah keje settle
sumenya beres dan sangat memuaskan hati..
hasil transformasi..
tapi semuanya masih in process....
........................................................
nak tunjuk bukti2 kami bertungkus-lumus menyiapkan bayt kami

yang ini musolla

master bedroom

bilik 2

bilik 3

solun..(ruang tamu)

dan dapur

terima kasih kepada semua yang membantu..
ahli bayt
jiran
abg fauzi n kak nadia
ajk pp
pak cik2 kedai..
pak cik teksi
sahabat
senior
yang bagi pinjam barang
yang tolong beri nasihat
yg tolong segala2nya
mabruk alaikum..
semoga bayt nih menjadi tempat penjanaan ilmu yg bermanfaat dunia akhirat..
insyaallah.

Friday, May 20, 2011

serah pada Allah

da ta follow imam muda 2...
syabas buat kamu wahai anak muda..
tuntutlah ilmu bukan populariti
sbb kelak ia akan kecundang juga...


mengenang pengorbanan As-syahid Syed Qutb

kopi pasta dari hasbiemuda.wordpress.com

Tanggal 29 Ogos 2008, genaplah 42 tahun kesyahidan Asy-Syahid Syed Qutb di tali gantung Regim Jamal Abdul Nasir. Syed Qutb digantung bersama 2 orang lagi rakan seperjuangannya dalam Ikhwan Muslimun pada pagi Isnin 29 Ogos 1966. Kebimbangan dan ketakutan yang melanda bukan sahaja buat Regim Jamal Abdul Nasir tetapi juga buat Imperialis Barat ketika itu.

Imperialis Barat amat takut dan bimbang terhadap pemikiran- pemikiran tajam Syed Qutb yang menghancur-leburkan Ideologi Sesat Barat dan Komunisme Timur, serta kemampuan beliau mengemukakan ‘Gagasan Islam’ dengan jelas dan mantap ke dalam Ummah. Kemampuan beliau telah menyeret Regim Mesir dengan desakan Imperialis mengambil tindakan ‘kejam’ menggantung Mujahid Agung Islam abad ini.

Sejarah Hidup Syed Qutb:-

(1) Tahun 1906:- Syed Qutb dilahirkan di Daerah Assyut, Mesir. Berkat didikan ibubapa, beliau telah menghafaz seluruh Al-Quran sejak kecil lagi. Beliau melanjutkan pelajarannya ke Darul Ulum (sekarang Universiti Qaherah) sehingga berjaya mendapatkan ijazah dalam bidang sastera (Pendidikan) . Selepas tamat pengajian, beliau ditawarkan mengajar di Darul Ulum. Selepas beberapa tahun di situ, beliau dilantik menjadi ‘Nazir’ sekolah-sekolah Kementerian Pelajaran Mesir.

Kementerian Pelajaran Mesir telah menghantar beliau ke Amerika Syarikat selama 2 tahun kononnya untuk mengkaji sistem pendidikan dan latihan moden yang ada di sana.Tujuan sebenar Kerajaan adalah untuk men’sekular’kan pemikiran beliau.Namun,Pengalaman singkat (ringkas) beliau berhubung dengan budaya Barat membolehkan beliau mendalami pemikiran-pemikiran dan sosio budaya orang-orang Amerika dan Barat sendiri.

Syed Qutb berpeluang melihat sendiri betapa runtuhnya pemikiran dan budaya Barat. Kembalinya dari Amerika, beliau mula berjinak-jinak dengan Ikhwan Muslimun dan akhirnya menyertai gerakan Islam itu pada tahun 1945.

(2) Tahun 1945:-

Syed Qutb menyertai gerakan Islam Ikhwan Muslimun.

(3) Tahun 1954:-

Ikhwan Muslimun melantik Syed Qutb sebagi Ketua Pengarang Majalah Al-Ikhwan Muslimun. Tetapi majalah ini hanya dapat dikendalikan oleh beliau selama 2 bulan sahaja kerana pada bulan September 1954, majalah itu diharamkan penerbitannya oleh Regim Jamal Nasir.

Regim Mesir ketika itu mengambil langkah kekerasan terhadap gerakan Ikhwan dan menangkap ribuan pendukungnya termasuk Syed Qutb. Penyeksaan yang ‘teruk’ terhadapnya menyebabkan Syed Qutb menderita penyakit yang ‘teruk’ di dalam penjara.

(4) Tahun 1955:-

Pada Julai 1955, Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman 15 tahun penjara dengan ‘kerja berat’ oleh Mahkamah Rakyat Mesir. Semasa di dalam tahanan inilah, Jamal Abdul Nasir telah menawarkan pembebasan terhadap beliau dengan syarat Syed Qutb menulis ‘pernyataan’ memohon maaf kepada Regim Jamal Abdul Nasir. Tetapi tawaran tersebut ditolak oleh Syed Qutb dengan kata-kata yang amat bermakna dan berharga buat setiap pendukung Islam di sepanjang zaman.

Kata Syed Qutb: “Aku merasa hairan dengan mereka yang mahukan manusia yang ditindas dan dizalimi berlutut memohon kepada penzalim dan penindas itu. Demi Allah, kalaupun dengan perkataan itu dapat menyelamatkan aku daripada tali gantung sekalipun, sesekali aku tidak akan mengucapkannnya. Aku lebih rela kembali menemui Allah dalam keadaan Ia meredhai aku dan aku meredhaiNya”

(5) Tahun 1964:-

Syed Qutb dibebaskan apabila Jamal Abdul Nasir memenuhi permintaan Presiden Iraq yang meminta supaya Syed Qutb dibebaskan. Pembebasan itu dilakukan oleh Jamal Abdul Nasir kerana beliau ingin menjalin hubungan baik dengan Iraq.

Tetapi tidak sampai 1 tahun dari pembebasan itu, Syed Qutb ditahan kembali dengan tuduhan ingin merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan dengan mengggunakan kekerasan. Turut ditangkap bersama beliau ialah adik-adiknya Muhammad Qutb, Hamidah Qutb, Aminah Qutb dan puluhan ribu anggota Ikhwan Muslimun yang lain.

(6) Tahun 1966:-

Syed Qutb bersama rakan-rakan seperjuangannya iaitu Muhammad Yusof Hawwash dan Abdul Fatah Ismail telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tentera Mesir.

Pagi Isnin 29 Ogos 1966,

Asy-Syahid Syed Qutb telah dijatuhkan hukuman gantung sampai mati..

Al Fatihah.

malaysia yang ku cintai

bila negara kita nak jadi daulah islamiyah...???!!
aku teriak....
aku mengharap...
tapi aku duduk diam
tercegat.
termenung.
mengharap
dan terus mengharap.


tindakan aku itu sangatlah tidak bijak.
aku nak keluarga aku..
kawan aku..
jiran aku..
guru2 aku..
pekerja2 malaysia..
artis2 malaysia..
media cetak malaysia..
media masa malaysia..
tv kat malaysia
kedai2 kat malaysia..
tempat membeli-belah malaysia
fesyen2 malaysia..
pemimpin2 malaysia..
seluruh sistem malaysia...
kembali kepada islam..
pulang kepada fitrah
iaitu islam celup
bukan islam salut...


aku kena bejihad..
aku kena keluar dari kepompong ..
aku kena menyeru..
aku kena sambung rantai perjuangan kekasihMu Rabbi..
jadi apa kesimpulannya..
untuk kita jadikan Malaysia yg kita cintai ini benar2 1 malaysia dibawah naungan islam yang menyejahterakan semua makhluk,semua bangsa,semua pangkat darjat...
tanpa mengira aku hitam atau kau putih.
tanpa mengira aku kurus atau kau gemuk
tanpa mengira aku cantik atau kau hodoh
tanpa mengira aku bijak atau kau bodoh..

aku dan kau sama..tak kira kau perdana menteri sekalipun..
kita hamba depan Dia..hanya TAQWA yg bezakan kita..
sebelum kita pergi jauh nak menbubarkan kilang arak atau tempat2 judi
bar2 dan kasino d genting highland..
marilah kita betulkan saf solat kita..
luruskan ia..dan pandanglah tempat sujud itu..
betulkan niat kita.luruskan hati kita.
sucikan hati kita..
bersihkan diri kita dari karat jahiliyah yg membelit diri.
pastuh kita tarik orang sekeliling kita..
mak abah kita,kakak ,abg dan adek kita,...
pacik2 macik2..jiran tetangga semuanya kembali kepada maksud islam sebenanrnya
PENYERAHAN DIRI SEPENUHNYA KEPADA ILAHI..
bila tapak kita kuat..
kita akan saling mengukuhkan
kita takkan goyah dek jahiliyah...
BANGUN
BANGKIT
JALANKAN TGGUNGJAWABMU WAHAI ANAK MUDA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

dengan nama Allah moga Allah redhai jihad kita!!

lasykar pelangi

pagi tadi tgok movie nih...
dari dulu baca je semua karya Andrea Hirata...
tapi ta pernah imagine kanak2 sama lasykar pelanginya di STMuhammadiyah...


cerita nih amat bermakna buat aku
smangat anak kecil ini menuntut ilmu agama
hammasah sekali..
betul2 mengagumi diri ini...
jika aku jumpa jiwa anak kecil yg tegar jiwanya seperti
Lintang dan Ekal...


aku juga menyelusuri karyanya dalam Meniti Mimpi dan kisah si Ai Ling dalam Maryamah Karpoov....
ta semua orang mehamami simboliknya cerita niyh
tapi bagi aku ad seninya disitu

kredit to Andrea Hirata..

Wednesday, May 18, 2011

tak mampu

pagi nih buka fb ad org tulis>


Janganlah engkau putus asa, kerna putus asa bkn akhlak seorng mslim. Ketahuilah bahawa kenyataan hari ini adalah impian kelmarin, dan impian hari ini adalah kenyataan hari esok.Yang lemah tdk akn lemah sepanjang hidupnya dan yang kuat tidak akan selamanya kuat..

11 hours ago · LikeUnlike
likelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelikelike

sebab semalam
ad berita sedih
Allah uji aku
nak tgok setebal mana iman ak
aku reti bersyukur atau nak putus asa
.............................................
jarang aku menangis kat tanah syam ini
tapi kali nih betul2 menyentuh sanubari
peristiwa yg takkan terjadi
semuanya boleh terjadi disini
dgan takdir Ilahi
waktu tuh juga aku rase aku perlukan panggilan
mak abah tolonglah call...
tak lama tuh..
bunyi fon...
..............
nom abah tertera di skrin nokia
aku bertambah pilu...
ya Allah
Allah perkenan sekelip mata
Abah tye khabar..
duet da masuk
nape still tak gune..??
tape2 nty org bawak byk hadiah utk mak abah ea...ok??
aku rindu nak cakap ngan mak
abah kata mak nk cakap...
ya Allah
hati nih rse perit..
suara mak d ganggang telefon
ceria..
aku tak mahu kecewakan hati dya..
aku pohon doa darinya..
dye seakan2 mampu meneka dari getarnya suaraku..
.................................................
tapi aku tak mampu berterus-terang
aku terus ke topik lain
aku tak mampu
aku tak mampu
mak....
Allah yg tahu
Allah kuatkan aku
jadikan aku hamba yg sedar diri
aku hambaMu
Engkau penciptaku....


anakmu.

Thursday, May 5, 2011

imtihan nihaie

mak..abah..ezi,eka,bila,balqis n mmutaz...
korang ....exam nihaie da nah dekat..
selalunya mesti belajar kat rumah...
tension2 sikit ley tgok tb...
kadang2 kita kuar jalan2 sekeluarga...
nak bagi tenang sikit..
tapi kat sini sorang2.
pagi2 nak exam..
ataupun sebelum balik asrama..
mesti kita salam2 kan..
mintak restu mak abah..
tapi bila dah kat sini sensorang..
belajar sensorg
hadapi ujian sensorang..
mak abah tade kat sini..
korang2 semua tade kat sini...
.............
...........
............
...........
....
............
tapi
ALLAH ad kat mana2 kan mak abah
Allah sentiasa ada
Allah tahu segalanya..
orang janji akan buat yang terbaik..
takkan hampakan mak abah
akak2 dan adekku terCHENTA!
orang akan cuba ..
belajar
menelaah..
biar sampai muntah..
akan cuba sedaya-upaya
lpas tuh..
kita serahkan
kita tawakkal
sepenuhnya..
dari awal lagi sampai bila2..
kepada ALLAH
sebab usaha kerja kita
dan natijahnya urusan DIA..
Allah yusahhil wala tua'ssir
Allah yuqawwi..
ya rabb..ya rabb..ya Rabb
atina fi duniya hasanah
wa fil akhirati hasanah
waqina a'zabannar...


wallahua'lam..anankkmu d perantauan..