Sunday, February 27, 2011

Soalan:



Jika orang yang sedang solat itu ragu-ragu sama ada dia telah buang angin (kentut) atau tidak, atau dia merasakan sesuatu pergerakan dalam tubuhnya, maka adakah dia harus menghentikan solatnya atau dia teruskan saja?



Jawapan:



Kalau dia yakin yang dia memang telah buang angin (kentut), dia hendaklah menghentikan solatnya, tetapi jika dia tidak yakin atau ragu-ragu, janganlah dia menghentikan solatnya - sehingga dia benar-benar telah yakin, sama ada dengan mendengar bunyi atau mencium bau yang tidak enak. Jika dia pasti yang dia telah buang angin, dia hendaklah menghentikan solatnya, kalau tidak, maka jangan pedulikannya. Dalil mengenai hal ini adalah hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah SAW bersabda:



"Jika salah seorang daripada kamu sedang solat dan tiba-tiba merasakan suatu pergerakan di duburnya, dan merasa ragu-ragu samaada dia terkentut atau tidak, dia tidak perlu menghentikan solatnya sehinggalah dia mendengar bunyi atau menghidu baunya."



(Abu Daud, 177; juga lihat Sahih al-Jami'; 750.)



Ini adalah salah satu kaedah dalam Islam untuk mengubati penyakit was-was (bisikan tipu daya syaitan.)



*Jika terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh 'inbox'kan pada al-Syekh Muhammad Asrie Sobrie di;

http://www.facebook.com/profile.php?id=100000416468410

d0ktor ingat kat aku....

wahh tadi balek kelas istidraki lalu ikut belakang
tanpa disangka-sangka
terserempak ngan dok. fanun kitabah..
dok. fasal madi...
ak pun cakap assalamualaikum ya duktur...
dia jawab salam..
kamu pelajar saya?sapa name kamu...??
waaaahhh duktur ingat.
waaaahhh terharunya...
nih kalo jumpa dok riadhah un msti camnieyh..
tapi mlgnye da ta p binayah riadhah...
hrrrmmm
semoga doktor2ku sehat sentiasa...

Thursday, February 24, 2011

---------=====----------------

"salam,kamu,maafkan diriku kerana merahsiakan usahaku membantu pihak kolej dan pihak polis menumpaskan GENG PEROSAK UMMAH.aku terpaksa menukarkan identitiku. semoga Allah melindungiku.aku tak pernah melupakan sahabat-sahabatku terutamanya kau.kau yang sentiasa bersamaku dikala susah dah senang.sedikit masa lagi aku akan kembali bersama semua ikhwah dalam meneruskan dakwah ILALLAH.sampaikan salamku dan sampaikan pesananku "Aku akan bersama korang semua tak lama lagi;..."terima kasih sahabat dan semua nasihat yang kau beri sebelum ini amat berguna untuk diriku. semoga ISLAM kembali dan senantiasa subur.dan ingatlah duhai sahbatku..
"orang mukmin takkan merasa lemah bila ditimpa bencana dan dugaan apabila berjuang di jalan Allah (imran146)"

sebiru hari ini-edcoustic

untuk sahabat-sahabat seperjuangan ...
moga2 aku dan kamu saling bersahabat dan saling mencintai kernaNya..

A.L.L.A.H

KAU campakkan rahmatMu
KAU campakkan keredhaanMu
KAU izinkan aku merasai manisnya berada dekat dgnMu
KAU izinkan aku mengaut segala ilmu di duniaMU..
KAU izinkan aku thabat di jalanMu
KAU izinkan aku jadi khalifah
KAU izinkan ak jadi hamba y sedar diri..
yang tahu asal-usul kejadiannya..
yang jelas matlamat hidupnya..
yang hidup matinya hanyalah utk berbakti kpdMu

Friday, February 18, 2011

giliran aku pulak..

semalam nak pergi beli barang2 dapur..
banyak da abes...
jalan kaki ke Syari' Jamiah pas kelas nahu...
tetiba nak melintas jalan kat lampu isyarat..
tetiba ada 3 dak2 arab..nak 30 qursy2..
ak malas nak layan..
pastuh ak cakap..LA'..
dye bengang..
aku tak pasti dya pukul ngan bakul sampah @ sepak ngan kaki dye,...
ak pusing..dye da lari.
aku ngan member lari..
ley plak dye kejar...
pastuh ak nmpak sorang dak tuh pgg sumthing sambil lari.
ak usha bet0l2..ak ingat dye amek wallet kwn aku..
rupanya dye tarik key chain bear,,..tape lagi..
mujur ad sorg laki arab kjar dak2 tuh..
laki tuh marah dorang..
last2 dak tuh pulangkan bear tuh balik...
ak rasa nak sepak aje...tapi masalahnya kejadian uh kt tgah jalan.....
ak nk lawan camne...
pesanan kat sini...
korang hargailah kanak2 malaysia...'
sgt2 berbeza ngan dak2 arab kat sini..
bila ak pkir2 balek..
mmg rakyat Malaysia sgt berbudi bahasa..
dorang tak biadap..
dorang tak kurg ajar,..
sekalipun dorg meminta2 ,..
dorang takkan membentak kalo aku tak kasi...
dorang ...
byk lagi...
orang arab nih agresif sket...
tak kasi...bengang..
kalo tak puas hati ....bengang.
lagi y baru2 nih...dorg baru abes exam@skewl..
teruja..pusing2 kat jalan sambil maen2 hon..
keluar, duduk atas tingkap...
ak igt laki je..
perempuan un ad..pakai tudung un ad..
macam meraikan apa je...
..................
ak em0 sket..
sbbbbbbb saket hatii...
tapi..
aku tahu byk lgi kelebihan bgsa ko..
oleh itu ak hormati ..
sbb ak dtg sini nak tuntut ilmu..
nak dptkan barakah kat negara niyh..
ak tak kesah larh ngan korg...

Tuesday, February 15, 2011

dinaren..

tajuk tanbeh semalam pasal sillatrrahim..
syaikhah cakap kalo kita nak merapatkan silaturrahim
dgan keluarga sedare-mare member..
kita tak mampu nak ziarah ..
atau tak mampu nak balek tyap2 tahun kat malaysia..
kita slalu larh bagi mesej..
tye kabar je pun da ok..
dye kata ala 5,6 qursy je..bukan mahal mne un..
ak cakap larh "6 qursy, 7 qurys lme2 jd dinar"
pastuh taw tak syaikhah balas ap..??
"2 DINAR TAK MAMPU BAYAR HARGA SYURGA"
zappp..terdiam.terkelu.terduduk(mmg ngah duduk un)..
hahaha padan muka ko..kena balik..
aah mende larh sgt wet 2 dinar tuh utk kita dptkan syurga Khaliq tuh..

..........share..........

nak share sket..
semalam g tanbeh al-gh0filin...
dgar syaikhah cakap...
nih menunjukkan ak tak tido...
ad 3 akhlak ahli jannah y tidak ad pdnya melainkan kemuliaan..
1-berbuat baik kepada orang yang wat jahat
2-memaafkan org y mnzlimi dirinya
3-sedekah pada orang yg kedekut

susah an.rase mcm bertntgn ngan fitrah.sebab manusia suka balas ikut apa y org wat kat dye.kalo baek , balas baek.kalo tak baek, balas lebih2.
nak maafkan org y wat jahat?
haiissyh susa tuh..
tuh pasal dye kate sifat ahli jannah..
nak menunjukkan betapa susahnya dan tingginya darjat firdaus tuh..
bukan calang2 golongan y terpilih..
adakah AKU dan KAMU termasuk dalam golongan itu...???
tanye iman sat...

Monday, February 14, 2011

tanggungjawab..

saya tahu semua orang dah lali bila cakap pasal 2 tggungjawab kita kat dunia..pasal semua orang da tahu.(tapi kalo tak tahu, tatau larh).bila tye semua orang ley elaborate siap bagi dalil quran lagi.tapi adakah kita sedang melaksanakannya?persoalannya ,kita paham tak ap tggungjawab kita yang sebenarnya.meh sini saya terangkan balik, terutama utk diri ni dan sape2 y terlihat atau terbaca blog nih..
1)beribadah kpd Allah (51:56)



korang tau tak semua benda y kita ibadah kalo niat kita beribadah untuk Allah
hatta makan pun,orang kdg2 pandang 'makan' tuh keje cikai jehh.tapi cuba pkir
pnjg sket,kita makan utk bagi tenaga nak belajar, nak bgun malam...nih tak
makan sekadar isi perut.hobi.lagi bes kalo ad org kate "sian nasi tuh terbiar,
aku rase bertggungjwb utk abeskan".tyme nih rase tggungjwb teroverd0s pulak..
sbb orang skunk mereka tak paham, ckap ibadah trus nmpak rukun islam yang 5..
solat , pose sume tuh..tu memanglarh adek oii ,da wajib namenya..

2)khalifah..(2:30)
ramai orang masih konpius tntg tggungjawab dye sbgai khalifah.dorang ingt tugas
sebarkan dakwah nih keje2 pak ostad aje.dorang rasa diri dorang
tak layak, tak mampu nak betulkan orang , sebab diri sendiri masih terkapai-kapai
habis tuh sampai bila2 tade larh org nak wat keje2 dakwah nih..kita nasihat orang
sambil tuh kita terima kritikan orang.jangan touching pulak bila org buat-buat
tak layan.biasa larh tuh.bukan semua orang suka orang buat benda2 baik nih.
kita kena memakrufkan bumi nih dan menegah y mungkar..Solat mampu menegah maksiat
dan mungkar.tapi kalo kita masih ad karat2 jahiliyah iaitu maksiat maknanya ad
sumthing wr0ng ngan solat kita..j0000m cek balik..!!



kat sini ad satu contoh..
pernah dengar pasal kandang ibadaH..???
kita hidup dalam satu kandang..
kita laksanakan ibadah,
kita wat baik, kita solat, wat amar makruf nahi mungkar..
n sume perkara y Allah suka..
kita hidup dikalangan orang2 y juga suka wat kebaikan..
TAPI..
malangnya..
di luar kandang tu..
ad keluarga kita..
sedare mare kita.
sahabat2 sekolah ..
member2 lama..
yang terpesong akidahnya..nauzubillah
yang sonsang pahamn islamnya..nauzubillah
yang terlalu leka mnjadi hamba dunia..
SAPE YANG SELAMATKAN MEREKA>>???
haaa nih lah dye tugas khalifah ..
kita y bertggungjawab utuk tarik dye..
kita y bertggungjwb utk bagi dye rasa kemanisan ISLAM y kita rasa..
kita y bertanggungjwb utk bagi fahaman sebenar pada dia..
ia menjadi kewajipan keatas AKU KAU DIA MEREKA..

Tuesday, February 1, 2011

biarkan aku mengucup dahimu..

Aku ingin sekali berkongsi rasa, sangat menyentuh hati, ingin aku nukilkan terjemahan satu kisah yang berlaku di Bandar Riyadh ini,

Seorang lelaki salih, katanya , 'aku sedang memandu kereta berhampiran pasar 'uwais, tiba-tiba aku melihat seorang pemuda sedang mengusik seorang pemudi. Aku merasa ragu-ragu untuk menegur mereka, aku berazam juga untuk menasihati mereka, turun sahaja aku dari kereta, pemudi itu melarikan diri, pemuda itu pula menyangka aku adalah dari Badan amr ma'ruf nahi munkar, aku pun memberi salam, kataku : "aku bukanlah polis, ataupun badan pencegah maksiat, aku hanyalah seorang saudara yang sukakan kebaikan padamu dan aku suka untuk menasihatimu"

Kami pun duduk dan aku mula mengingatkan dia tentang Allah sehingga jatuh air dari matanya, kami bertukar nombor telefon sebelum berpisah.. selepas dua minggu, aku meraba-raba telefon di poketku, terdetik ingin menghubungnya, aku terus menghubunginya, "assalamualaikum, apa khabar, kenal aku?" jawabnya : " bagaimana aku tidak kenal suara yang aku dengar darinya hidayah, menunjukkan aku cahaya dan jalan kebenaran?

Kami membuat temu janji untuk bertemu selepas asar hari tersebut..ditakdirkan Allah, aku didatangi tetamu sehingga aku terlewat sejam daripada waktu yang dijanjikan, aku berfikir samada hendak pergi ataupun tidak..? "aku telah berjanji, aku mesti pergi walaupun lewat," ketika aku mengetuk pintu rumahnya, bapa pemuda itu yang membukanya..

Tanya aku : assalamualaikum, adakah fulan ada?"

Jawab bapanya : "waalaikumussalam," dia hanya memandang aku,

Tanya aku lagi, "fulan ada?"

Dia memandang aku dengan pelik sekali, kemudian dia berkata :" ini tanah quburnya, kami baru mengebumikannya sebentar tadi.."

Kataku : "dia baru berbual dengan aku pagi tadi"

Bapanya berkata :"dia bersolat zuhur di masjid, kemudian dia membaca al-quran, kemudian pulang untuk qailulah(tidur sebentar diwaktu petang), ketika kami ingin mengejutnya untuk makan tengahari, Allah telahpun mencabut nyawanya.."

Katanya lagi : "anak aku adalah seorang yang suka menzahirkan kemaksiatan, tapi…sejak dua minggu yang lalu, dia dah berubah, dia yang mengejut kami bangun menunaikan solat subuh, sedang sebelum itu, dia enggan bangun ketika kami mengejutnya..Allah telah menganugerahinya hidayah.."

Sambungnya : " bila kamu kenal anakku wahai saudara? "

Kataku : " dua minggu yang lalu "

Kata bapanya : "egkau yang menasihatinya?"

Jawabku : " ya"

"biarkan aku mengucup dahimu.."

*artikel asal