Monday, October 17, 2011

da'wa adalah kehidupan


dakwah adalah kehidupan.bermacam-macam orang memberikan pengertian dakwah.dakwah itu ini dan itu.dakwah adalah menyeru manusia kepada tuhan.dakwah itu adalah mengajar cara hidup islam.apa yg dapat disimpulkan,dakwah merupakan mengajak manusia kepada cara hidup islam.

ramai manusia tidak mengert,bila kata dakwah ..
'mesti ana enta...'
kalau berdakwah mesti
'dalam masjid ,pakai jubah+kopiah+tudung labuh....'

tapi kebenarannya,kerja dakwah itu lebih mulia daripada erti yang 'SEMPIT' itu.

APLIKASI DAKWAH DALAM DUNIA REALITI
Ali r.a pernah berkata
'siapa yang menyebut TIADA TUHAN SELAIN ALLAH.maka dialah daie'
secara mafhumnya,setiap yang mengucapkan kalimah syahadatain ,maka serta merta dia ditaklifkan menjadi daie.bukan tunggu untuk hafal 30 juz,bukan tunggu bila dah jadi imam muda,bila dah sandang label mufti atau terlibat dalam kerjaya agama.
jadi kita perlu menyeru manusia kepada cara hidup islam utk mentatbiqkan hadis Rasulullah s.a.w
'sampaikan dariku walaupun satu ayat'
tidak kira sesimple2 mana,seciput mana perkara yg kita nak sampaikan,takpe teruskan perkongsian. biar orang pandang nasihat kita tahap lekeh punya,kita tetap buat kerja.sebab bukan ramai penyeru yang bercakap dan bergerak,tapi majoritinya bercakap tak buat-buat.nauzubillah.

mad'u.siapakah mad'u?
bila dtanya masyarakat siapa mad'u dalam alam realiti dmalaysia?
mereka akan nampak
'tuh..geng-geng rempit .mat motor pe kebenda ntah..'
'artis2 seksi yang suka cetus kontroversi..'

ustaz ada berkongsi,dia pernah bertanya pada anak seorang selebriti

'.....,kamu nak jadi macam ayah kamu?'
"tanaklah ustaz"

mereka tahu masyarakat mmndang serong terhadap profesyen ayahnya.

tapi bila dtanya pada selebriti
'ustaz,saya tahu saya mmg macam ini,tapi jauh disudut hati kami,kami mahu anak-anak kami menjadi anak yang soleh dan solehah'
kita tgok naluri manusia yang memng fitrahnya mahukan kebaikan,walaupun dia tahu kesalahan yang dia lakukan.ibaratnya pencuri tidakkan mengajar anaknya mencuri.

tapi ada golongan penyeru/daie ini ,mereka yang mencari mad'u.
mereka turun padang mencari manusia-manusia yang perlukan dirinya.nak tunggu mad'u cari kita,sampai bila-bila kerja dakwah tak jalan.famous sangatkah kita sampai orang nak cari-cari?
tapi inilah golongan pendakwah yang paling minoriti.
siapa yang join kelab rempit???,nak lepak ngan budak skinhead,???nak borak-borak dengan bapok-bapok kat lorong haji taib tuh?

ustaz kongsi pengalamannya mendekati remaja2 skinhead,ustaz terpaksa botakkan rambut.
satu hari,ustaz tanyalah seorang perempuan yg berjenama SHead juga,nak minta perkhidmatan.ketika itu dia bersama seorang lelaki dekat bus stop.apa jawapan perempuan itu? anytime.anytime.
terkedu tak terkedu!
tapi nak masuk atau mendekati golongan-golongan bermasalah ni perlu ada orang atas yang menjaga kita.macam cth,kalo tade orang yang bimbing ustaz malam itu,boleh jadi ustaz hanyut.itu bahaya!

tapi timbul permaslahan bagi golongan yang turun padang ini.
mereka dituduh golongan yang tidak tsiqah(yang tidak boleh dpercayai)sebab bergaul dgan mad'u2 seperti remaja skinhead tadi.
nak turun mencari mencari mad'u perlukan persediaan dan ilmu yang sangat banyak.bukan bidan terjun yang mencari masalah.

apabila kita mengaku dakwah sebuah kehidupan maka ianya bukanlah komitmen.saya ulang sekali lagi,
apabila kita mengaku dakwah adalah sebuah kehidupan maka ianya bukanlah komimen.
sekiranya kita faham dakwah itu bergerak sehari-hari bersama dalam hidup kita,maka kita tidakkan menganggap dakwah itu sekadar waktu/tempoh2 tertentu atau bila mendapat tanggungjwab tertentu.sebab bila kita jadi naqibah,baru nak jalankan dakwah,dan bila habis liqo' terakhir maka tamatlah komitmen kita.bukan begitukan??

CABARAN DAKWAH
kita tadabbur ayat cinta ini.

'sungguh Kami telah menciptakan manusia berada dalam keadaan susah dan payah'
al-balad;4
kita mahukan yang indah bukan mudah.kita mahukan syurga Allah,syurga itu mahal dan bukan calang-calang makhluk yang layak berteduh dsitu.
kalau nak makan durian,kita sanggup buka kulit durian yg berduri-duri untuk merasa kemanisan didalamnya.
kita mahukan bunga mawar,jari kita akan terluka ditusuk duri kerana mahukan kuntuman mawar yang terindah buat hadiah yang tersayang.
kita sanggup buat kan?tapi bila bercerita tentang kemanisan syurga,tak sanggup terima ujian,tak sanggup hadapi tentangan dan cemuhan,tak tegar melawan musuh.
kita yang menjadikan ujian itu positif dan platform untk naik.kita terima ujian untuk ditapis.kita terima ujian utk matangkan diri.kita terima ujian utk menentukan siapa yang paling baik amalnya.

'Yang menciptakan mati dan hidup,untuk menguji kamu,siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya .
Dia Maha perkasa Maha pengampun'
al-mulk;2

nikmat atau musibah zahirnya kita mampu nampak,tapi hakikat maknawinya Tuhan lebih tahu.
jadi apa tindakan kita?baik atau buruk kita terima ,teruskan berbaik sangka pada Allah.sungguh itu lebih tenang dan lebih indah.

persoalan demi persoalan timbul
1)mahasisiwa yg ad ijazah agama pulang ke kampung dan mahu membetulkan pemahamn masyarakat tetapi sering dilabel daie suka menghukum.masalahnya kerja ustaz,mmg kena bagi hukum.

2)manusia sering melabelkan orang lain tsiqah atau tidak tsiqah.sekiranya seseorang ini mmg dibesarkan dalam keadaan yang tsiqah,yang bercakap menggunakan ana-enta,pakai kopiah,menjaga dirinya dikhalayak ramai tapi seolah-olah golongan ini selalu diperlekehkan dengan kestiqahannya itu.

pendapat yang dilontarkan
1)ustaz kerjanya mmg memberi hukum yang bertepatan dengan Quran dan sunnah.kalau itu memang dosa,mmg kita kena berterus-terang.maslahnya kita ni kadang-kadang terlalu berlapik sangat sehinggakan menyamarkan hukum demi menjaga kepentingan pihak tertentu.kita daie bukan penghukum.kita lihat cara nabi berdakwah yang mana mggunakan pendekatan yang halus dan sangat muntij

2)ustaz:
saya nak ceritakan pengalaman saya dulu.saya pernah mengajar di salah sebuah sekolah di kuala lumpur.saya dan keluarga berpindah ke kawasan perumahan yang baru.isteri saya berniqab,dan saya mempunyai anak yang masih kecil pada waktu itu.hari pertama dan hari kedua di situ,tiada seorang pun jiran yang datang menegur kami.siapa tak kecewa bila tidak diendahkan orang lain.malam itu, saya dan zaujah saya berbincang untuk menanggalkan niqab.keesokan harinya saja,makcik kat sbelah terus tegur kami dan mula bermesra dgan anak kami.
kamu nampak tak situasi ini?
bukan masalah tsiqah atau tidak tsiqah.tapi apa tujuannya tidak tsiqah ketika itu.macam cth,zaujah saya buang niqab demi kemaslahatan yang lebih besar,untuk menjaga hubungan sesama jiran.tapi masalahnya,orang yang suka-suka tanggal,kejap pakai,tinggalkan sesuatu tanpa ada tujuan tertentu,atau tiada niat pun atau tak buat apa-apa pun utk mendekati golongan2 mad'u ini.inilah salahnya!

apa-apa pun bidang kita,manhaj kita,matlamat tetap sama.kita tunggu bila tiba masanya..

1 comment:

  1. Subhanallah illani,lagaknya seperti Aisyah Muharikah
    begitulah manusia yang tidak punya fikrah islam kita
    sekular menguasai diri,maka kerja daie itu disempitkan untuk golongan ustaz/ustazah sahaja

    ReplyDelete