setelah lama blog berdebu dek mencari rawahil yg tegar di bukit sahara.setelah mngharungi liku-liku peperangan waraqah demi SIS tercinta,setelah berair-air mata melihat segala video-video masa dan ke0semannya.saya diberi kudrat lagi utk memacu laju pada hari ni.sungguh syukur.alhamdulillah.
bacakan alfatihah buat almarhum ilham ellani,sahabat saya di jordan.
kematian itu benar-benar peringatan yg mematikan lamunan.
dulu saya penat berlari-lari cari alasan mendekati golongan yg tiba-tiba datang.tak pernah kenal pun tapi sgt baik budi pekertinya,akhlaknya bahkan tyap-tyap tutur bicaranya.
itu tidak mnjadi masalah tetapi masalah bila TIBA-TIBA.
tapi bila difikirkan apa masalah dgn TIBA-TIBA?org nak belanja makan,sibuk nak su'udzhon.org nak ajak rehlah free,sibuk cari alasan.org nak ajak sharing,sibuk nak pertikaikan.
itulah perasaan saya sewaktu menjadi "yg dibawa".
alhamdulillah kini saya dan sahabat mampu mmgang erat mggembleng tenaga sambil bahu-membahu ,urat-urat sendi kami bertaut,kami terpilih utk bercircle.
dulu waktu dapat lain rasanya,tak baca buku dulu pun takpe,tapi bila mahu mmberi,bila kena stadi dulu,baru rasa nikmatnya mmberi.terima kasih tuhan.
SHARING SURAH AN-NAS bergabung meletup bersama-sama
combat-kit yg perlu dibawa bersama
-Al-quran
+tafsir fizilalil Quran
+nota
+pen
++++++++++ hati yg bersedia utk menerima
bismillah
seusai pembacaan surah dan terjemahannya.
ayat 1-3
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (١
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.
مَلِكِ النَّاسِ (٢
2. "Yang Menguasai sekalian manusia
إِلَهِ النَّاسِ (٣
3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,
kalau diperhatikan ad 3 istilah yg merjuk pada Allah iaitu
-rabb
-malik
-ilah
apa rahsia Allah guna 3 term yg berbeza?jom z00m!saya tanak bagi bahan kering,jadi cepat-cepat muntahkan fikrah anda dan salurkannya ke urat-urat nadi anda dan sebarkan virus itu.
definisi-
rabb = tuhan yang memelihara,membimbing,menjaga,mengarah dan melindung
malik = memilik,memerintah dan mentadbir
ilah = sifat Allah yg menguasai sehgala-galanya
tiga ayat pada permulaan ini adalah permohonan perlindungan dipanjatkan kepada Allah tuhan yang memelihara manusia,yang menguasai manusia dan yang disembah manusia.
rasakan tak bezanya sifat2 yang Maha Agung ini.??rasa tanak main2 bila baca surah nih nanty.
jom teruskan ayat ke 4-6
مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (٤
4. "Dari kejahatan pembisik penghasut yang datang dan menghilang,
الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (5
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia,
6) من الجنة والناس
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.
tertib susunan ini mmbangkitkan kesedaran dan perhatian utk mngenal HAKIKAT syaitan pembisik yang datang dan menghilang itu dan cara-cara ia bekerja melaksanakan kejahatannya dan persediaan utk menolak dan mengawasi gerak langkahnya.
kita manusia tak sedar bila setan nak datang,tapi kita boleh agak bila setan gemuk sudah tinggalkan kesan cth rasa malas nak bangun bila dgar azan,rasa nak berteleku menjamah link-link aneh dialam maya,rasa seronok bila mnceritakan perihal seseorang.kita dapat merasainya.
kita tahu bahwa pertarungan diantara Adam dan iblis adalah pertarungan yg sgt lama.ia adalah war luar biasa.syaitan telah mengisyhtiharkan perang berterusan dan menolak untuk berdamai dgn cara baik.kita juga tahu bahwa permohonan syaitan sudah diluluskaN olehnNya.bukan lulus saja2 tapi ad hikmah terbesar dari sisiNya yang terbatas kemampuan kita utk memahaminya.
tapi sahabat,
Allah tak tinggalkan kita terkapai-kapai berperang tanpa persiapan yg secukupnya,nak perang, ruhi dan fizikal kena bagi makan dulu.
syarat sebelum semasa dan selepas berperang
wahai askar2 Allah,kita akan serang musuh tegar Adam bila-bila masa sahaja
pastikan disisi anda ada bersama :
perisai = keimanan
kelengkapan perang = zikir
senjata = doa
serangan akan berlaku secara bertubi-tubi.kuatkan benteng anda .anda akan menang!
Andai manusia itu lupakan perisai,kelengkapan perang dan senjatanya, maka DIALAH SAHAJA YANG PATUT DISALAHKAN!!!!
bayangkanlah kita nak pergi berperang ni,tiba-tiba lupa.LUPA.lupa nak bawa bersama perisai sbg dinding utk penhalang virus bisikan jahat.lupa nak bawa kelngkapan perang utk serang balas kepada setan gemok dan agen-agennya yg datang dari pelbagai sudut atas bawah kiri kanan apatah lagi depan dan belakang.yang paling aneh lupa nak bawa senjata.alat pertahanan yg sgt urgen!!!!!!
bukan salah setan kalau dorang diishtiharkan menang tanpa bertanding.kita yg merelakan dikalahkan. kita yang layangkan bendera putih dihadapan mereka.siapa suruh..??!
'dari ibn abbas r.a katanya:sabda Rasulullah s.a.w."syaitan itu duduk mencangkung diatas hati manusia , apabila manusia menyebut nama Allah ia akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai ia akan membisikkan kejahatan"
dapat dismpulkan,ofis syaitan dekat hati.camna nak halau?sebut nama Allah.bila masa dia attack? bila kita buat kitaran bodoh yang tak mmbawa makna.
itu syaitan hakiki macamna nak tahu manusia yang bertopengkan syaitan pula ?
dalam tafsir ad menjelaskan beberapa kategori manusia syaitan ini.cuba anda analisis satu persatu ,takut-takut mereka ada disekitar anda atau yang lebih teruk lagi andalah SYAITAN tuh!!!!nauzubillah
1)teman-teman jahat yang menaburkan kejahatan kedlm hati dan akal kwnnya tanpa disedari olehnya
kerana ia teman yg dipercayai.
kita kena imani bahawa sahabat adalah cerminan kita.buruknya sahabat,itulah kita dan begitulah
sebaliknya.kawan benci org ini,kita pun benci juga sbb dia kawan aku.takkan dia nak tipu kot??!
memang dia boleh tipu!
2)pegwai2 atau org2 dalam pemerintahan yang mengelilingi para pemerintah yang membisikkan fikiran
fikiran yang jahat kepada mereka sehingga mereka bertindak ganas dan zalim terhadap rakyatnya.
isu ini tak perlu cakap panjang lebar semua boleh lihat,yang tidak pakai spek pun boleh nampak,
yang mata macam chinese pun boleh tahu dan boleh bezakan jenis pemimpin yang pelik dan yang 0sem
3)tukang-tukang umpat yang menabur fitnah, yang pandai bermadah dgn kata-kata yang indah dan licin
hingga apa yang dikatakannya itu kelihatan seolah-olah tiadak boleh disangkal lagi.
yang ini si provok yang masih mengharapkan popularitas murahan dgn suara-suara buruknya.suka
timbulkan fitnah dan tak senang dengan semua pihak.pihak ni nak buat kerja dia bangkang. pihak
yang lain nak buat kerja ,dia tentang.semuanya dia tak senang.ini parasit critical stage yg
perlukan rawatan!kalau boleh kuarantinkan supaya virus tak terjangkit.
4)penjual-penjual nafsu yg masuk dari pintu-pintu naluri dgn gaya yang amat menarik yang tidak
dapat ditolak melainkan dgn kesedran hati nurani dan pertolongan dariNya.
ini diri sendiri mmpu mmbezakannya yg mana nafsu yang baik dan yg manakah nafsu yang buruk.
mereka datang dgn gaya yg amat menggoda dan menggiurkan..melambai-lambai menampakkan keindahan
palsu yang dicipta-cipta.tapi habuk apa pun tade.
pertarungan ini merupakan pertarungan lanjut yg tidak akan tamat.syaitan akan berusaha tarik-tarik kita kearah jemaah mereka.JEMAAH?yup tak tahukah mereka juga punya jemaah yg ad organisasinya,yg ad planatnya.ad ajk2 bawahannya..yg pagi2 pergi mendakyah manusia,yg menang semakin gemok, yg bertembung dgn manusia soleh maka malanglah dia,dia akan ngadu pada bos utk tukar shift,mungkin cari manusia lain??
tapi ingat kawan-kawan
pertarungan itu akan senantiasa meletus.ada kalanya kita menang dan ada kalanya kita kalah.
tapi manusia tidak akan terus-menerus kalah kerana Tuhan yang peliharanya,Tuhan yang menguasainya dan Tuhan yang disembah berkuasa menguasai seluruh makhluknya termasuklah syaitan dan iblis itu.
apa yang pasti kita kena yakin TUHAN itu rabb kita,malik kita dan satu-satunya ilah kita,imanilah ia,pasti kamu akan ter0bsesi dgn janji-janjiNya yg pasti.
Tuhan dah bocorkan rahsia apa kerja makhluk2 yg jahat itu?
siapakah mereka?
dan bagaimana cara nak serang mereka?
Allah dah bagi petunjuk,pilihan ada ditangan semua manusia.
kini jelaslah bahawa kebaikan itu bersandar kpd kekuatan dan hakikat Ilahi yang pasti yang tiada kekuatan dan hakikat yang lain daripadaNya dan pastilah bersandar sepenuhnya pada Allah tuhan yang memelihara,tuhan yg memerintah dan Tuhan yang disembah , sedangkan kejahatn pula bersandar kpd bisikan iblis yang datang dan menghilang,yang lemah bila dtentang,yang mundur ke belakang bila ditempur dan yg tewas dihadapan naungan dan perlindungan dari Allah.
penutup.
إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ وَكَفَى بِرَبِّكَ وَكِيلا (٦٥
65. Sesungguhnya engkau tidak mmpunyai kuasa utk menguasai hamba-hamba kesayanganKu; cukuplah Tuhanmu (Wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
kitakah hamba-hamba kesayanganNya yg akan terselamat itu??
Sunday, December 11, 2011
Monday, November 14, 2011
Malukan?
wahai da’i,
kata mata sering membaca quran,
tapi mengapa masih mata daie gunakan,
melihat wayang yang merosakkan,
membaca komik yang melalaikan?
Malukan?
wahai da’i,
kata telinga sering mendengar peringatan,
tapi mengapa masih telinga daie gunakan,
mendengar lagu yang hanya untuk keseronokan,
mendengar bersama fitnah dan umpatan?
Malukan?
wahai da’i,
kata kaki sering menapaki jalan perjuangan,
tapi mengapa masih kaki daie gunakan,
menuju tempat yang jelas melalaikan,
bahkan jarang ke masjid kau langkahkan?
Malukan?
wahai da’i,
kata tangan sering menulis kebaikan,
tapi mengapa masih tangan daie gunakan,
menekan capaian (link) yang merosakkan,
menaip di ruang sembang tiada batasan?
malukan?
wahai da’i
kata hati ingin kau bersihkan,
tapi mengapa masih hati kau gunakan,
mengiyakan segala dosa kemaksiatan,
menyokong hasutan nafsu dan syaitan?
Sedarlah wahai da’i,
cukuplah pengkhianatan kita lakukan,
cukuplah menghampiri sifat kemunafikan,
walau ku tahu da’i bersifat kemanusiaan,
terkadang sering melakukan kesilapan,
tapi jangan jadikan itu alasan,
untuk berterusan mengulangi kesalahan,
namun jadikannya satu sumber kekuatan,
menanam azam untuk mengambil pengajaran,
ayuh da’i sejati perlu kita buktikan!

Thursday, November 10, 2011
bukan biasa
aku bangga menjadi sebahagian
aku bangga bersama-sama
sebab kita bukan akhawat biasa
pentajmi'kkan kita bukan biasa-biasa
usrah kita lain daripada yang biasa
daurah kita bukan biasa
explorace kita paling luar biasa
meeting kita sangat luar biasa
muhasabah kita dtutup dgn kecintaan padNya yg sgt utuh
kita buka dgn tadabbur
mohon terlindung bawah sayap malaikat
kita bincg masalah ummat
kita syurakan masalah bersama-sama
buka 0YEH!hehe
baru jadi GREAT.
iftitah yg mngesankan
tidak perlu video gempak
cukup dgn peringatan syahadah yg benar2 mggentarkan hati
permainan2 kita berhadaf
berkaitan tarbiyah.tarbiyah dan tarbiyah
hujung ke pangkal jalan
semuanya peringatan
akhir sekali terhenti d final destination
"alaaa sygnya ta bawa dslr..cantik sgt pmndgn kat atas ni!!"
ad ukht menganjakkan paradigma kami..
" kalaulah kita da sampai kat atas nanti
jumpa dgn Allah
tiba-tiba kita terlumpa bawa amalan-amalan kita "
terkedu kami di bukit Ajl0un.
jzkk ukht
muhasabah secara rawak
sebelum pikap sampai
semua rasa rendah diri tak mampu buat yg terbaik
tapi indah bila lihat semua saling support
dan Allah itu penyupp0rt yg tertinggi .
Allahuakbar.
saya tanak sumpah osem
tapi saya berjanji saya akan jaga tali KITA sampai bila-bila.amiiiin

Wednesday, October 26, 2011
wasiat
hari semakin tua.semakin melaju.siapa yang tidak mahu matang,akan ketinggalan.
sudah 18 tahun,kini beranjak satu lagi tangga kematian..
semakin lama hidup,semakin mencari matlamat hidup.
bila sudah jumpa apakah muntij pelaksanaannya..?
malam itu kami berbulatan gembira
bersama menghadirkan hati keranaNya
saling wasiat-mewasiati utk keuntungan saham diakhirat
tidak mahu dilabel manusia yang berada dalam kerugian.
tugas memberi nasihat pada malam itu
khas buat sahabat bersebelahan..
hadiah sahabat buat diriku
jazakillah mengingatkan Tuhan sentiasa mengawasiku.
kami bahagia bersama.melakukan kebajikan bersama.saling teguh-meneguhi tika futur menyerang secara peribadi.
kami gembira dgn nikmat ukhuwah ini.
malam itu,
tiba-tiba hp berbunyi meninggalkan sms dari kejauhan
sungguh terharu
sungguh indah bila benar-benar disisi
kita janji kita akan berkumpul kembali djannahNya bukan?
dan pagi itu,
ukhti itu,
mmberi kata semangat,
aku fikir barangkali ukhuwah kita merenggang kerana situasi itu
tapi engkau tidak menghendakinya
aku benar-benar bertuah bersahabat denganmu..
selamat hari lahir.
sekian.

Monday, October 17, 2011
da'wa adalah kehidupan
dakwah adalah kehidupan.bermacam-macam orang memberikan pengertian dakwah.dakwah itu ini dan itu.dakwah adalah menyeru manusia kepada tuhan.dakwah itu adalah mengajar cara hidup islam.apa yg dapat disimpulkan,dakwah merupakan mengajak manusia kepada cara hidup islam.
ramai manusia tidak mengert,bila kata dakwah ..
'mesti ana enta...'
kalau berdakwah mesti
'dalam masjid ,pakai jubah+kopiah+tudung labuh....'
tapi kebenarannya,kerja dakwah itu lebih mulia daripada erti yang 'SEMPIT' itu.
APLIKASI DAKWAH DALAM DUNIA REALITI
Ali r.a pernah berkata
'siapa yang menyebut TIADA TUHAN SELAIN ALLAH.maka dialah daie'
secara mafhumnya,setiap yang mengucapkan kalimah syahadatain ,maka serta merta dia ditaklifkan menjadi daie.bukan tunggu untuk hafal 30 juz,bukan tunggu bila dah jadi imam muda,bila dah sandang label mufti atau terlibat dalam kerjaya agama.
jadi kita perlu menyeru manusia kepada cara hidup islam utk mentatbiqkan hadis Rasulullah s.a.w
'sampaikan dariku walaupun satu ayat'
tidak kira sesimple2 mana,seciput mana perkara yg kita nak sampaikan,takpe teruskan perkongsian. biar orang pandang nasihat kita tahap lekeh punya,kita tetap buat kerja.sebab bukan ramai penyeru yang bercakap dan bergerak,tapi majoritinya bercakap tak buat-buat.nauzubillah.
mad'u.siapakah mad'u?
bila dtanya masyarakat siapa mad'u dalam alam realiti dmalaysia?
mereka akan nampak
'tuh..geng-geng rempit .mat motor pe kebenda ntah..'
'artis2 seksi yang suka cetus kontroversi..'
ustaz ada berkongsi,dia pernah bertanya pada anak seorang selebriti
'.....,kamu nak jadi macam ayah kamu?'
"tanaklah ustaz"
mereka tahu masyarakat mmndang serong terhadap profesyen ayahnya.
tapi bila dtanya pada selebriti
'ustaz,saya tahu saya mmg macam ini,tapi jauh disudut hati kami,kami mahu anak-anak kami menjadi anak yang soleh dan solehah'
kita tgok naluri manusia yang memng fitrahnya mahukan kebaikan,walaupun dia tahu kesalahan yang dia lakukan.ibaratnya pencuri tidakkan mengajar anaknya mencuri.
tapi ada golongan penyeru/daie ini ,mereka yang mencari mad'u.
mereka turun padang mencari manusia-manusia yang perlukan dirinya.nak tunggu mad'u cari kita,sampai bila-bila kerja dakwah tak jalan.famous sangatkah kita sampai orang nak cari-cari?
tapi inilah golongan pendakwah yang paling minoriti.
siapa yang join kelab rempit???,nak lepak ngan budak skinhead,???nak borak-borak dengan bapok-bapok kat lorong haji taib tuh?
ustaz kongsi pengalamannya mendekati remaja2 skinhead,ustaz terpaksa botakkan rambut.
satu hari,ustaz tanyalah seorang perempuan yg berjenama SHead juga,nak minta perkhidmatan.ketika itu dia bersama seorang lelaki dekat bus stop.apa jawapan perempuan itu? anytime.anytime.
terkedu tak terkedu!
tapi nak masuk atau mendekati golongan-golongan bermasalah ni perlu ada orang atas yang menjaga kita.macam cth,kalo tade orang yang bimbing ustaz malam itu,boleh jadi ustaz hanyut.itu bahaya!
tapi timbul permaslahan bagi golongan yang turun padang ini.
mereka dituduh golongan yang tidak tsiqah(yang tidak boleh dpercayai)sebab bergaul dgan mad'u2 seperti remaja skinhead tadi.
nak turun mencari mencari mad'u perlukan persediaan dan ilmu yang sangat banyak.bukan bidan terjun yang mencari masalah.
apabila kita mengaku dakwah sebuah kehidupan maka ianya bukanlah komitmen.saya ulang sekali lagi,
apabila kita mengaku dakwah adalah sebuah kehidupan maka ianya bukanlah komimen.
sekiranya kita faham dakwah itu bergerak sehari-hari bersama dalam hidup kita,maka kita tidakkan menganggap dakwah itu sekadar waktu/tempoh2 tertentu atau bila mendapat tanggungjwab tertentu.sebab bila kita jadi naqibah,baru nak jalankan dakwah,dan bila habis liqo' terakhir maka tamatlah komitmen kita.bukan begitukan??
CABARAN DAKWAH
kita tadabbur ayat cinta ini.
'sungguh Kami telah menciptakan manusia berada dalam keadaan susah dan payah'
al-balad;4
kita mahukan yang indah bukan mudah.kita mahukan syurga Allah,syurga itu mahal dan bukan calang-calang makhluk yang layak berteduh dsitu.
kalau nak makan durian,kita sanggup buka kulit durian yg berduri-duri untuk merasa kemanisan didalamnya.
kita mahukan bunga mawar,jari kita akan terluka ditusuk duri kerana mahukan kuntuman mawar yang terindah buat hadiah yang tersayang.
kita sanggup buat kan?tapi bila bercerita tentang kemanisan syurga,tak sanggup terima ujian,tak sanggup hadapi tentangan dan cemuhan,tak tegar melawan musuh.
kita yang menjadikan ujian itu positif dan platform untk naik.kita terima ujian untuk ditapis.kita terima ujian utk matangkan diri.kita terima ujian utk menentukan siapa yang paling baik amalnya.
'Yang menciptakan mati dan hidup,untuk menguji kamu,siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya .
Dia Maha perkasa Maha pengampun'
al-mulk;2
nikmat atau musibah zahirnya kita mampu nampak,tapi hakikat maknawinya Tuhan lebih tahu.
jadi apa tindakan kita?baik atau buruk kita terima ,teruskan berbaik sangka pada Allah.sungguh itu lebih tenang dan lebih indah.
persoalan demi persoalan timbul
1)mahasisiwa yg ad ijazah agama pulang ke kampung dan mahu membetulkan pemahamn masyarakat tetapi sering dilabel daie suka menghukum.masalahnya kerja ustaz,mmg kena bagi hukum.
2)manusia sering melabelkan orang lain tsiqah atau tidak tsiqah.sekiranya seseorang ini mmg dibesarkan dalam keadaan yang tsiqah,yang bercakap menggunakan ana-enta,pakai kopiah,menjaga dirinya dikhalayak ramai tapi seolah-olah golongan ini selalu diperlekehkan dengan kestiqahannya itu.
pendapat yang dilontarkan
1)ustaz kerjanya mmg memberi hukum yang bertepatan dengan Quran dan sunnah.kalau itu memang dosa,mmg kita kena berterus-terang.maslahnya kita ni kadang-kadang terlalu berlapik sangat sehinggakan menyamarkan hukum demi menjaga kepentingan pihak tertentu.kita daie bukan penghukum.kita lihat cara nabi berdakwah yang mana mggunakan pendekatan yang halus dan sangat muntij
2)ustaz:
saya nak ceritakan pengalaman saya dulu.saya pernah mengajar di salah sebuah sekolah di kuala lumpur.saya dan keluarga berpindah ke kawasan perumahan yang baru.isteri saya berniqab,dan saya mempunyai anak yang masih kecil pada waktu itu.hari pertama dan hari kedua di situ,tiada seorang pun jiran yang datang menegur kami.siapa tak kecewa bila tidak diendahkan orang lain.malam itu, saya dan zaujah saya berbincang untuk menanggalkan niqab.keesokan harinya saja,makcik kat sbelah terus tegur kami dan mula bermesra dgan anak kami.
kamu nampak tak situasi ini?
bukan masalah tsiqah atau tidak tsiqah.tapi apa tujuannya tidak tsiqah ketika itu.macam cth,zaujah saya buang niqab demi kemaslahatan yang lebih besar,untuk menjaga hubungan sesama jiran.tapi masalahnya,orang yang suka-suka tanggal,kejap pakai,tinggalkan sesuatu tanpa ada tujuan tertentu,atau tiada niat pun atau tak buat apa-apa pun utk mendekati golongan2 mad'u ini.inilah salahnya!
apa-apa pun bidang kita,manhaj kita,matlamat tetap sama.kita tunggu bila tiba masanya..
Wednesday, October 5, 2011
rasuk
terketuk.diketuk .tembakan bertubi-tubi.pembunuhan depan mata.
itulah das-das peluru yang keluar dari mulut seorang akhawat.
rasa macam mati hidup semula.baru tersentap dan tersedar dari lamunan yg sengaja dicipta .
fatamorgana demi fatamorgana yang ntah pape ntah
saya mengaku saya dah dapat SH tapi apa yang saya buat.
saya mengaku saya dah dapat QS tapi apa yang saya ubah.
saya mengaku saya dapat SU tapi apa yang saya sebar.
apa yg saya buat nih??
sayakah ahli ibadat yang main-main tuh?
yang mahukan kebaikan sensorang,duk dalam bilik bertafakur sampai bila-bila.
yang sungguh-sungguh hafal quran
nak laju,tapi tak muntij
langit cerah ke,awan merudum ke.
tak peduli.aku tetap dgn tuhanku.
muhasabah.
'sungguh orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan berupa keterangan-keterangan dan petunjuk,setelah Kami jelaskan kepada manusia dalam Kitab (Al-Quran),mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat pula oleh mereka yang melaknat'
mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat pula oleh mereka yang melaknat'
mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat pula oleh mereka yang melaknat'
mereka itulah yang dilaknat Allah dan dilaknat pula oleh mereka yang melaknat'
siapa yang sudah diberi keterangan ini?siapa yang sembunyikan kebenran ini?
dan siapa pula golongan yang Allah nak laknat ini?
nauzubillah.
'dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim saja diantara kamu.ketahuilah bahwa Allah sangat keras siksaNya'
yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim saja diantara kamu.
yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim saja diantara kamu.
yang tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim saja diantara kamu.
Allah laknat semua.bukan orang berkapel sahaja.bukan pemimpin diktator yang kuku besi sahaja.bukan ikon yang membawa padah buat umat sahaja.buakn pengamal riba,judi dan segala angkatan kotornya.
tapi Allah balas kat semua.
habis itu,apa guna baik nafsi-nafsi.konon nak jaga diri,tapi tak bina manusia.
takut dijenamakn 'ahli-ahli thiqah yang perasan bagus'
Abu dzar yang pernah islamkan satu kampung pun ditegur Nabi Muhammad sallallahualaihiwasalam kerana mengejek Bilal,muazin hitam rupanya suci hatinya.
'wahai abu dzar,sesungguhnya pada dirimu masih terdapat sisa-sisa jahiliyah'
tengok itu,Abu dzar .sekali lagi Abu dzar!
kita membina manusia sambil membina diri.sebab itu tarbiyah dzatiyah itu penting.kita nak naik satu tangga cangkuk-cangkuk jahiliyyah menarik.naik lagi ditarik.memang itu sunnatullah.mem,ang Allah dah kata siapa yang mahu ditapis olehNya akan melalui jalan-jalan duriNya.
ketika itulah proses intiqa' berlaku.satu persatu rebah dan yang masih utuh akan bersama di akhirnya.tapi tempoh tarbiyahkah kayu ukurnya?
tidak
tidak sama sekali.
tetapi siapa yang masih berdiri bersama kita sampai akhir nanti.
mungkinkah kita tertewas?
chewing gum jahiliyyah melekat dan meninggalkan kesan yang buruk pada diri.
malah menrik jahiliyyah2 lain utk melekat sekali.
nauzubillah.
kenapa bila balik daurah perasaan membuak-buak.update blog.buat note.tagged sahabat. tapi sayang,fatrah itu tidak lama.
mungkin masalah hati.
hati penceramah.
hati pendengar.
atau bahan yang bermasalah.
pencermah tak merasuk utk bergerak.rasuklah diri saya.rasuk dan terus merasuk.
biar saya sebrkan virus rasukan itu pada masyarakat.
kita balik malaysia,terasa bila ustaz yang bagi terkesan.tapi turn kita,pendengar blur.proses evaluasi buntu mencari jalan.
'ustaz sebenarnya terlau banyak berkorban nak datang utk bagi daurah.sebab itu segala pengisian yang beliau bagi menyentuh hati-hati mad'u yang dahagakan pengisian. tersentuh dan cukup menyentuh'
yang lain berkata
'kita tgoklah apa yang kita dah korban dalam jalan kita ni'
'muntij ke'
jadi apa kesimpulan entry ini.
jom cari manusia.kongsi pengisian pada semua.rakyat biasa atau rakyat berfikrah. semuanya ada hak utk faham islam.
jom naik super duper car dgn saya!!

Monday, October 3, 2011
perlukah tergugat bila yakin benar?
bila digugat,bila diancam mula rasa goyah dan sedikit ragu-ragu
mula rasa tidak yakin
dan berasa sedikit gelisah
tapi macammana boleh terbit perasaan itu,sdgkan selama ini kuat dan teguh bersama
dan bukan lalang longlai yang tidak ad pendirian.
mungkin hadaf tersasar
merasa terkena sebab tersembunyi agenda
mengikut prioriti dan kepentingan tersendiri
mungkin rasa berat
sebab hati berbelah bahagi,sayangkan disana dan sini
tapi apa kesudahannya
persoalan dijawab dengan persoalan
'perlukah rasa tergugat bila yakin benar?'
terus dan tetap terus
apakah islam itu diterima begitu shaja
berkembang merebak tiba-tiba
dengan tidak semena?
tidak ad perkataan yang baik melainkan menyeru kepada kebaikan.
itukan yang kita kejar?bukan nama bukan sesiapa dan bukan apa-apa.
jadi.pemikiran rakyat mengikut neraca yang berbeza.
lain neraca,lain fahaman.
kita mohon Allah beri neraca yang terbaik dari sisiNya
wallahua'lam

Subscribe to:
Posts (Atom)