Thursday, December 16, 2010

Ayuh Bersatu
Jum, 17 Dis 2010 11:53 | Irsyad Syafiq | Editor: Isyrak
PDF
alt
118Share

Ketika Saidina Ali mengetuai kerajaan Islam, ramai kumpulan orang Islam yang keluar dari pemerintahannya kerana merasakan kepimpinan beliau tidak betul dan salah. Suatu hari seorang sahabatnya bertanyakan soalan tentang golongan tersebut.

"Ya Amirul Mukminin kafirkah mereka?"

"Tidak, kerana mereka mengucap kalimah tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah, sedangkan orang kafir mendustakannya."

"Munafikkah mereka?"

"Tidak, kerana mereka mendirikan solat, sedangkan orang yang munafik mendirikan solat dalam keadaan yang malas."

"Maka siapakah mereka?"

"Mereka itu saudara kita, cuma mereka bukan sekumpulan dengan kita. Hadapilah mereka jika mereka menyerang kita, tetapi berpalinglah dari mereka jika mereka tidak mengganggu kita."

MasyaAllah sangat indah kata-kata yang dilafazkan oleh Khulafa' Al-Rasyidin yang terakhir ini. Kata-kata ini bagaikan satu penyelesaian di atas perbalahan yang berlaku di dalam dunia Islam sekarang.

Berbilang-bilang Jamaah

Realiti perjuangan Islam di Malaysia ini banyak mendedahkan kita dengan situasi taadud jamaah (kepelbagaian gerakan yang memeperjuangkan Islam), jika dibilang, lebih dari sepuluh yang sudah didaftarkan samada menjadi NGO ataupun parti politik. Contohnya PAS, IKRAM, ISMA, HALUAN, ABIM dan lain-lain. Itu belum termasuk jamaah yang tidak didaftarkan secara sah dengan kerajaan dan hanya bergerak di bawah tanah sahaja.

Biarlah banyak manapun jamaah yang ada hakikatnya kita semua mempunyai satu tujuan yang sangat besar, iaitu untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam di atas muka bumi ini.

Tetapi, kebelakangan ini kita sering terdengar tentang banyak berlaku pertelingkahan di antara jamaah sehingga fokus yang ditetapkan oleh setiap jamaah ditinggalkan kerana lebih banyak masa dan tenaga digunakan untuk memenangkan jamaah masing-masing dan bukannya memenangkan Islam.

Akhlak Kita Yang Ditarbiyyah

Sebagai seorang ahli gerakan yang ditarbiyyah dengan sistematik dan mempunyai manhaj yang jelas, kita seharusnya faham dengan realiti ini dan seharusnya lebih matang dalam mengendalikan isu-isu sedemikian.

Bukankah Imam Hasan al-Banna sudahpun berpesan kepada kita tentang perkara ini di dalam Arkanul Baiah (rukun-rukun komitmen terhadap perjuangan Islam) yang pertama iaitu al-fahmu (faham). Dalam penjelasannya, beliau banyak menyatukan hati-hati orang mukmin ini agar sentiasa berada pada landasan yang benar supaya pembaziran tenaga tidak berlaku kerana perbalahan yang timbul dek kerana hal-hal yang furu' (perkara cabang) dan tidak meningkatkan amal.

Ukhuwah

Sesungguhnya darjat ukhuwah yang paling rendah adalah berlapang dada terhadap shabat lain dan tingkatan tertinggi adalah ithar, iaitu mengutamakan sahabat lebih dari diri sendiri.

Nah, cuba tanya kembali dimanakah darjat ukhuwah kita sesama Islam? Adakah masih ada di dalam lingkungan ukhuwah yang dimaksudkan, ataupun sudah jauh lari kerana kepura-puraan.

Sikap Taksub

Kadang-kadang kerana taksub terhadap jamaah menjadikan kita hilang punca dan arah tuju yang sebenarnya. Adakah kita berintima' (memberikan komitmen) di dalam jamaah ini semata-mata kerana jamaah atau kerana ingin menegakkan agama Allah?

Betul, memilih jamaah yang terbaik perlu untuk kita merasa yakin dalam perjuangan ini, tetapi itu tidak bermaksud kita boleh sewenang-wenangnya mengatakan jamaah lain salah dan hanya jamaah kita sahaja yang betul.

Sebaliknya kita perlulah menyedari tentang peranan jamaah yang berbeza-beza. Hiduplah seperti satu tubuh yang saling lengkap melengkapi diantara satu dengan yang lain. Andai anggota lain hilang, maka ia akan menyulitkan pergerakan anggota yang lain.

Dalam Naungan Mahabbah

Islam menganjurkan kita bersederhana di dalam melakukan setiap perbuatan. Jangan terlalu melampau dan jangan pula terlalu sedikit melakukan amalan. Marilah bersatu di dalam naungan rasa mahabbah dan kasih sayang. Andai kata ada yang silap, perlulah ditegur dengan penuh hikmah dan perlulah sentiasa siap untuk ditegur semula.

Jalan perjuangan ini memerlukan orang yang benar-benar ikhlas dan kita pasti tidak terlepas daripada tapisan Allah. Berjuanglah di medan masing-masing, andaikata seorang rebah, maka papahlah ia bersama menuju ke destinasi.

Ayuh Bersatu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Ayuh Bersatu | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Allah nak tunjukkan sekejap je....

bismillahirrahmanirrahim......
ad cite baek punya mengenai diriku...memori ..saat2 cemas buat diriku...
kisahnya bermula begini...
hari tuh beras da abes,ayam pon da tade,suruhlah roomate g beli...tak jadi pulak...
abes tuh pegi jugaklarh membeli barang2 umah yang da habis petang tuh...kat area syari' jamiah ke mende ntah..kitorang tahan teksi kat depan bab janubiah..kalau diikutkan hati,nak je jalan kaki,tapi risau kalau2 tak sempat masak,dah larh dorang nak berbuka hari tuh...nak dijadikan cerita ,kitorang tahan teksi,tapi dye tolak kitorang...agak kasar layanan yg diberikan kepada kami yang baik ini(amiiin)..pastuh tak lama kemudian,datang satu lagi teksi..."tafaddhol2,leysh??"
dye tanya knape teksi sblum tuh tanak ambil kitorang...??kitorang jawab tatau knapa..pastuh pak cik tuh cakaplarh , tak sepatutnya dye buat kitorg macam tuh..kamu baek,kami di urdun hormat kaku..kamu tak buat masalah...kitorang pun angguk jelarh..snanye tak makan pujian sbb kitorg pernah kena tipu..tapi tanak larh su'udhz0n kat pak cik tuh..dye tumpangkan skali jiran dye...kitorang pun borak2 dalam bi ngan jiran dye tuh.Jiran dye f.4,sama tempat tinggal, pagi petang dye amek n anta jiran dye tuh pergi skewl.borak punya borak..da sampai ke destinasi yang ingin dituju..ak pun bersalaman dgn jiran dye..hari tuh ak tak bawa beg pun..jadi hp ltak dalam poket blazer n wallet pgg kt tgn kiri..
dah melintas jalan,ak meraba-raba poket....dupdapdupdap//cuak gileeerr...wallet takde...tyme tuh terus pusing kot2 larh jatuh tyme lintas jalan..ak patah balik kat tempat tuh..tyme tuh roommate da tngkan ak..ak ok je..tapi ak nak pastikan y wallet ak ad dalam tejksi,dan bukan tercicir kt jalan..ak tak kesa dapat lambat lagi ke..sebab aku tau pak cik tuh baek..dan jujur..aku harap jiran dye nampak wallet tuh n pulangkan kat aku....walaupun cuak..ak masih meneruskan misiku untuk membeli barang rumah.. dalam hati ini hanya bertawakkal kpd Rabbi..kitorang jalan dan tiba-tiba aku ternampak susuk tubuh yang amat ku kenali,bajunya ak macanm pernah...di tangannya ad 2 kad..dupdapdupdap..korang tau tak dye sape..????????????????!!dyelarh pask cik tuh...alahamdulillah ku panjatkan seribu sejuta sebanyak2nye kesyukuran kepada Allah di atas pertoliongan pak cik tuh..ak cakaplah "saya cari pakcik kat semua tempat..".pak cik tuh senyum sahaja.dye suh ak cek kot2 ad yang hilang ke....betapa luhurnya hati pakcik tuh...betapa jujurnya sikapnya..betapa susahnya nak jumpa orang sebaik dye..lagi2 di bumi asing bagi diriku nini...kat sini ak nak wat konklusi..tyme mula2 tuh aku rase Tuhan turunkan ujian nih sebab ak buat salah ...kat sini korang dpt tgok..betapa cepatnya Tuhan nak balas kesalahan kita.pastu ak berdoa..dan cepat juga Tuhan kabulkan doa aku.Intabih ye,satu benda je aku nak kongsi kat sini,yakinlah kat Allah,dan tawakkal sepenuhnya kepadaNya..sentiasa bermuhasabah diri n yakin setiap kejadian pasti ada hikmahnya.memang senang nak cakap,tapi susah nak buat...tapi ingat kita ada Allah.kita hidup sebab Dia,kita mati untuk Dia..wallahua'lam.

Wednesday, December 15, 2010

ketuk.ketuk.ketuk....

nak kongsi satu kisah realiti yang berlaku pada diriku ini...sebelum saya membuka bicara..sebelum saya menutur kata-kata..nak tanya sket..kamu pernah tak dipersalahkan sedangkan kamu tak tau pun apa salahnya kami disisinya....tapi tak bley nak blame dye..sbab tuh kita kena muhasabah diri,,..mungkin kesalahan tuh kita wat tanpa kita sedar...biasalarh manusia..buat baek ingat, jahat lak buat2 lupa..
kisah ku bermula begini...hari tuh ad exam,semangat larh nak jawap ..
ak baru nak bercakap(mungkin doktor perasan kowt)....tapi..tiba-tiba tanpa ku sedari ....PPPPappp..waaa doktor pukul kepalaku....secara spontannya ak berkata.."takutnya...apa yang aku wat..???"seribu tanda tanya menerjah ke fikiranku....yang pleknye ak ta sempat un cakap ape2...tak sdey un kne pukul.
tak malu un kena ketuk...tapi nak tau kenapa...??kenapa ..dan kenapa...???...
kadang-kadang kita tak perasan disebalik kepahitan itu ad terselit seribu kemanisan..apa hikmahnya..ak dapat full mark dalam exam tuh
....khulasotul kaul...bukan nak suh doktor ketuk kepala korang ntuk dapatkan full mark...tapi nak ingatkan yang setiap kejadian ad hikmahnya yang tersendiri...biarlah lambat atau cepat..tapi kita akan dapat merasainya bila sampai waktunya...buat doktor yang kusayangi..terima kasih atas segalanya..

Sunday, December 5, 2010

alhamdulillah

hari ni baru nak plan join solat istisqo' di mal'ab kuliyah tarbiyah...nak solat dgan org arab..nak rase suasananya di irbid...sbab ta pernah solat istisqo' di malaysia....tapi hari nih Allah Maha Mengetahui segalanya.....alhamdulillah itulah kata2 y sering ku tutur hari ini....sempena hari y mulia ini...hari ni diari kita da nak diangkat....kita da nak tukar diari baru...kita akhirkan coretan kisah kita hari ini dengan sesuatu yang sangat bermakna...dan azamlah..dan lakukanlah perubahan demi perubahan demi mendapat cinta Rabb...semoga segala y kita lakukan disini akan menjadi saham di akhirat nanti..insyaallah..jangan lpe bace doa akhir taun lpas asar..n doa awal taun lpas magrib....

Wednesday, December 1, 2010

markaz lughoh

tip tap ti tap..
masa berlalu sangat cepat,,,rase macam aku baru datang jordan semalam.ingat lagi waktu fes datang....angin malam dye...ooohhhhh tak bley blah....sejukkkk sangat..
tibe2 teringat kat markaz lughoh..
da nak abes da...byak sangat ilmu2 dpt kat situ...nty mesty rindu kt dr....semua dr..makcik2 cleaner(y dorg jmpe kt balad tuh...huhuu)...da tade orang nk kte..
ya sobaya2...unzuri ilayya..roja'an..hudu'...uskuti ya...????/hehehe...byk pengalaman n crita kita kongsi same2 waktu kt kelas...tgok zingo ringo larh..... ...سباق السيارات semoga semua ilmu y kita dapat kt markaz lugoh dapat memantapkan base arab kita..arap2 bile balek msia..ak tak terkial2 lagi utuk bercakap arab..amiin insyaallah..

Albi Nadak Malay Translation