Tuesday, February 7, 2012

sudah lama tak menangis . mendengarkan kisah sang manusia . syukur.... tak terungkap . hanya air mata membasahi . 'masyaallah'.. hebat pakcik makcik ini.

Friday, February 3, 2012

mencari hakikat

'saya pergi jaulah untuk merasai ketenangan RI disini'.
akak otai jawab: "awak nak cari ketenangan,kat mana-mana pun boleh dapat tapi dengan izin Tuhan" al-fajr mencatatkan 27."Wahai orang Yang mempunyai jiwa Yang sentiasa tenang tetap Dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! - 28. "Kembalilah kepada Tuhanmu Dengan keadaan Engkau redha (dengan Segala nikmat Yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! 29. "Serta masuklah Engkau Dalam kumpulan hamba-hambaKu Yang berbahagia - 30. "Dan masuklah ke Dalam SyurgaKu! " Allah kami pohon kebahagiaan dalam ketaatan kegembiraan dalam melaksanakan suruhan

Saturday, January 21, 2012

3 hari yg tepu


berbeza dunia manusia logam
dibanding manusia yang mahu menjadi biasa-biasa
jalannya penuh hadaf
hari-harinya meng'awla'kan proriti ummat
himmahnya,
nafsunya,
moga terarah.
berkiblatkan kompas ilahi.

Sunday, January 1, 2012

prasangka

bila ketidaksempurnaan terzahir,yang lain mula menjauhinya.
tetapi mampu meredakan hati.kerana aku sedang ditarbiyahNya.
bermadah memang mudah,bila dihentam baru tersedar
Allah mengirimkannya untuk menyempurnakan aku
tetapi mengapa kesalahan yang selalu aku rasakan
kadang-kadang jiwa tak terkata peritnya ujian
bila dia ibarat diri yang sangat disayang..





tika diuji dengan kelembutan
air mata hangat dipipi
mungkinkah aku yg terlalu kasar
untuk menyelinap masuk dunia itu

maaf

diri ini bukanlah sempurna
untuk berprasangka
apatah lagi menuduh sesuatu yang bukan miliknya

Allah
lembutkanlah hati ini
untuk menerima segala takdir
yg tercatat sudah di lauh mahfuznya..

Sunday, December 11, 2011

setelah.

setelah lama blog berdebu dek mencari rawahil yg tegar di bukit sahara.setelah mngharungi liku-liku peperangan waraqah demi SIS tercinta,setelah berair-air mata melihat segala video-video masa dan ke0semannya.saya diberi kudrat lagi utk memacu laju pada hari ni.sungguh syukur.alhamdulillah.

bacakan alfatihah buat almarhum ilham ellani,sahabat saya di jordan.
kematian itu benar-benar peringatan yg mematikan lamunan.


dulu saya penat berlari-lari cari alasan mendekati golongan yg tiba-tiba datang.tak pernah kenal pun tapi sgt baik budi pekertinya,akhlaknya bahkan tyap-tyap tutur bicaranya.
itu tidak mnjadi masalah tetapi masalah bila TIBA-TIBA.

tapi bila difikirkan apa masalah dgn TIBA-TIBA?org nak belanja makan,sibuk nak su'udzhon.org nak ajak rehlah free,sibuk cari alasan.org nak ajak sharing,sibuk nak pertikaikan.
itulah perasaan saya sewaktu menjadi "yg dibawa".

alhamdulillah kini saya dan sahabat mampu mmgang erat mggembleng tenaga sambil bahu-membahu ,urat-urat sendi kami bertaut,kami terpilih utk bercircle.

dulu waktu dapat lain rasanya,tak baca buku dulu pun takpe,tapi bila mahu mmberi,bila kena stadi dulu,baru rasa nikmatnya mmberi.terima kasih tuhan.

SHARING SURAH AN-NAS bergabung meletup bersama-sama
combat-kit yg perlu dibawa bersama
-Al-quran
+tafsir fizilalil Quran
+nota
+pen
++++++++++ hati yg bersedia utk menerima



bismillah
seusai pembacaan surah dan terjemahannya.

ayat 1-3
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ (١
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Aku berlindung kepada (Allah) Pemelihara sekalian manusia.

مَلِكِ النَّاسِ (٢
2. "Yang Menguasai sekalian manusia

إِلَهِ النَّاسِ (٣
3. "Tuhan Yang berhak disembah oleh sekalian manusia,

kalau diperhatikan ad 3 istilah yg merjuk pada Allah iaitu
-rabb
-malik
-ilah
apa rahsia Allah guna 3 term yg berbeza?jom z00m!saya tanak bagi bahan kering,jadi cepat-cepat muntahkan fikrah anda dan salurkannya ke urat-urat nadi anda dan sebarkan virus itu.
definisi-
rabb = tuhan yang memelihara,membimbing,menjaga,mengarah dan melindung
malik = memilik,memerintah dan mentadbir
ilah = sifat Allah yg menguasai sehgala-galanya



tiga ayat pada permulaan ini adalah permohonan perlindungan dipanjatkan kepada Allah tuhan yang memelihara manusia,yang menguasai manusia dan yang disembah manusia.
rasakan tak bezanya sifat2 yang Maha Agung ini.??rasa tanak main2 bila baca surah nih nanty.

jom teruskan ayat ke 4-6

مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ (٤
4. "Dari kejahatan pembisik penghasut yang datang dan menghilang,

الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ (5
"Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke Dalam hati manusia,

6) من الجنة والناس
6. "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia.

tertib susunan ini mmbangkitkan kesedaran dan perhatian utk mngenal HAKIKAT syaitan pembisik yang datang dan menghilang itu dan cara-cara ia bekerja melaksanakan kejahatannya dan persediaan utk menolak dan mengawasi gerak langkahnya.

kita manusia tak sedar bila setan nak datang,tapi kita boleh agak bila setan gemuk sudah tinggalkan kesan cth rasa malas nak bangun bila dgar azan,rasa nak berteleku menjamah link-link aneh dialam maya,rasa seronok bila mnceritakan perihal seseorang.kita dapat merasainya.

kita tahu bahwa pertarungan diantara Adam dan iblis adalah pertarungan yg sgt lama.ia adalah war luar biasa.syaitan telah mengisyhtiharkan perang berterusan dan menolak untuk berdamai dgn cara baik.kita juga tahu bahwa permohonan syaitan sudah diluluskaN olehnNya.bukan lulus saja2 tapi ad hikmah terbesar dari sisiNya yang terbatas kemampuan kita utk memahaminya.
tapi sahabat,
Allah tak tinggalkan kita terkapai-kapai berperang tanpa persiapan yg secukupnya,nak perang, ruhi dan fizikal kena bagi makan dulu.
syarat sebelum semasa dan selepas berperang
wahai askar2 Allah,kita akan serang musuh tegar Adam bila-bila masa sahaja
pastikan disisi anda ada bersama :
perisai = keimanan
kelengkapan perang = zikir
senjata = doa

serangan akan berlaku secara bertubi-tubi.kuatkan benteng anda .anda akan menang!

Andai manusia itu lupakan perisai,kelengkapan perang dan senjatanya, maka DIALAH SAHAJA YANG PATUT DISALAHKAN!!!!


bayangkanlah kita nak pergi berperang ni,tiba-tiba lupa.LUPA.lupa nak bawa bersama perisai sbg dinding utk penhalang virus bisikan jahat.lupa nak bawa kelngkapan perang utk serang balas kepada setan gemok dan agen-agennya yg datang dari pelbagai sudut atas bawah kiri kanan apatah lagi depan dan belakang.yang paling aneh lupa nak bawa senjata.alat pertahanan yg sgt urgen!!!!!!
bukan salah setan kalau dorang diishtiharkan menang tanpa bertanding.kita yg merelakan dikalahkan. kita yang layangkan bendera putih dihadapan mereka.siapa suruh..??!

'dari ibn abbas r.a katanya:sabda Rasulullah s.a.w."syaitan itu duduk mencangkung diatas hati manusia , apabila manusia menyebut nama Allah ia akan mengundurkan diri dan apabila manusia lalai ia akan membisikkan kejahatan"

dapat dismpulkan,ofis syaitan dekat hati.camna nak halau?sebut nama Allah.bila masa dia attack? bila kita buat kitaran bodoh yang tak mmbawa makna.
itu syaitan hakiki macamna nak tahu manusia yang bertopengkan syaitan pula ?
dalam tafsir ad menjelaskan beberapa kategori manusia syaitan ini.cuba anda analisis satu persatu ,takut-takut mereka ada disekitar anda atau yang lebih teruk lagi andalah SYAITAN tuh!!!!nauzubillah

1)teman-teman jahat yang menaburkan kejahatan kedlm hati dan akal kwnnya tanpa disedari olehnya
kerana ia teman yg dipercayai.
kita kena imani bahawa sahabat adalah cerminan kita.buruknya sahabat,itulah kita dan begitulah
sebaliknya.kawan benci org ini,kita pun benci juga sbb dia kawan aku.takkan dia nak tipu kot??!
memang dia boleh tipu!
2)pegwai2 atau org2 dalam pemerintahan yang mengelilingi para pemerintah yang membisikkan fikiran
fikiran yang jahat kepada mereka sehingga mereka bertindak ganas dan zalim terhadap rakyatnya.
isu ini tak perlu cakap panjang lebar semua boleh lihat,yang tidak pakai spek pun boleh nampak,
yang mata macam chinese pun boleh tahu dan boleh bezakan jenis pemimpin yang pelik dan yang 0sem
3)tukang-tukang umpat yang menabur fitnah, yang pandai bermadah dgn kata-kata yang indah dan licin
hingga apa yang dikatakannya itu kelihatan seolah-olah tiadak boleh disangkal lagi.
yang ini si provok yang masih mengharapkan popularitas murahan dgn suara-suara buruknya.suka
timbulkan fitnah dan tak senang dengan semua pihak.pihak ni nak buat kerja dia bangkang. pihak
yang lain nak buat kerja ,dia tentang.semuanya dia tak senang.ini parasit critical stage yg
perlukan rawatan!kalau boleh kuarantinkan supaya virus tak terjangkit.
4)penjual-penjual nafsu yg masuk dari pintu-pintu naluri dgn gaya yang amat menarik yang tidak
dapat ditolak melainkan dgn kesedran hati nurani dan pertolongan dariNya.
ini diri sendiri mmpu mmbezakannya yg mana nafsu yang baik dan yg manakah nafsu yang buruk.
mereka datang dgn gaya yg amat menggoda dan menggiurkan..melambai-lambai menampakkan keindahan
palsu yang dicipta-cipta.tapi habuk apa pun tade.

pertarungan ini merupakan pertarungan lanjut yg tidak akan tamat.syaitan akan berusaha tarik-tarik kita kearah jemaah mereka.JEMAAH?yup tak tahukah mereka juga punya jemaah yg ad organisasinya,yg ad planatnya.ad ajk2 bawahannya..yg pagi2 pergi mendakyah manusia,yg menang semakin gemok, yg bertembung dgn manusia soleh maka malanglah dia,dia akan ngadu pada bos utk tukar shift,mungkin cari manusia lain??


tapi ingat kawan-kawan
pertarungan itu akan senantiasa meletus.ada kalanya kita menang dan ada kalanya kita kalah.
tapi manusia tidak akan terus-menerus kalah kerana Tuhan yang peliharanya,Tuhan yang menguasainya dan Tuhan yang disembah berkuasa menguasai seluruh makhluknya termasuklah syaitan dan iblis itu.

apa yang pasti kita kena yakin TUHAN itu rabb kita,malik kita dan satu-satunya ilah kita,imanilah ia,pasti kamu akan ter0bsesi dgn janji-janjiNya yg pasti.
Tuhan dah bocorkan rahsia apa kerja makhluk2 yg jahat itu?
siapakah mereka?
dan bagaimana cara nak serang mereka?
Allah dah bagi petunjuk,pilihan ada ditangan semua manusia.

kini jelaslah bahawa kebaikan itu bersandar kpd kekuatan dan hakikat Ilahi yang pasti yang tiada kekuatan dan hakikat yang lain daripadaNya dan pastilah bersandar sepenuhnya pada Allah tuhan yang memelihara,tuhan yg memerintah dan Tuhan yang disembah , sedangkan kejahatn pula bersandar kpd bisikan iblis yang datang dan menghilang,yang lemah bila dtentang,yang mundur ke belakang bila ditempur dan yg tewas dihadapan naungan dan perlindungan dari Allah.

penutup.

إِنَّ عِبَادِي لَيْسَ لَكَ عَلَيْهِمْ سُلْطَانٌ وَكَفَى بِرَبِّكَ وَكِيلا (٦٥

65. Sesungguhnya engkau tidak mmpunyai kuasa utk menguasai hamba-hamba kesayanganKu; cukuplah Tuhanmu (Wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).



kitakah hamba-hamba kesayanganNya yg akan terselamat itu??

Monday, November 14, 2011

Malukan?
wahai da’i,
kata mata sering membaca quran,
tapi mengapa masih mata daie gunakan,
melihat wayang yang merosakkan,
membaca komik yang melalaikan?

Malukan?
wahai da’i,
kata telinga sering mendengar peringatan,
tapi mengapa masih telinga daie gunakan,
mendengar lagu yang hanya untuk keseronokan,
mendengar bersama fitnah dan umpatan?

Malukan?
wahai da’i,
kata kaki sering menapaki jalan perjuangan,
tapi mengapa masih kaki daie gunakan,
menuju tempat yang jelas melalaikan,
bahkan jarang ke masjid kau langkahkan?

Malukan?
wahai da’i,
kata tangan sering menulis kebaikan,
tapi mengapa masih tangan daie gunakan,
menekan capaian (link) yang merosakkan,
menaip di ruang sembang tiada batasan?



malukan?
wahai da’i
kata hati ingin kau bersihkan,
tapi mengapa masih hati kau gunakan,
mengiyakan segala dosa kemaksiatan,
menyokong hasutan nafsu dan syaitan?




Sedarlah wahai da’i,
cukuplah pengkhianatan kita lakukan,
cukuplah menghampiri sifat kemunafikan,
walau ku tahu da’i bersifat kemanusiaan,
terkadang sering melakukan kesilapan,
tapi jangan jadikan itu alasan,
untuk berterusan mengulangi kesalahan,
namun jadikannya satu sumber kekuatan,
menanam azam untuk mengambil pengajaran,
ayuh da’i sejati perlu kita buktikan!

Thursday, November 10, 2011

bukan biasa

aku bangga menjadi sebahagian
aku bangga bersama-sama
sebab kita bukan akhawat biasa
pentajmi'kkan kita bukan biasa-biasa
usrah kita lain daripada yang biasa
daurah kita bukan biasa
explorace kita paling luar biasa
meeting kita sangat luar biasa
muhasabah kita dtutup dgn kecintaan padNya yg sgt utuh


kita buka dgn tadabbur
mohon terlindung bawah sayap malaikat
kita bincg masalah ummat
kita syurakan masalah bersama-sama
buka 0YEH!hehe
baru jadi GREAT.
iftitah yg mngesankan
tidak perlu video gempak
cukup dgn peringatan syahadah yg benar2 mggentarkan hati
permainan2 kita berhadaf
berkaitan tarbiyah.tarbiyah dan tarbiyah
hujung ke pangkal jalan
semuanya peringatan
akhir sekali terhenti d final destination

"alaaa sygnya ta bawa dslr..cantik sgt pmndgn kat atas ni!!"
ad ukht menganjakkan paradigma kami..

" kalaulah kita da sampai kat atas nanti
jumpa dgn Allah
tiba-tiba kita terlumpa bawa amalan-amalan kita "

terkedu kami di bukit Ajl0un.
jzkk ukht


muhasabah secara rawak
sebelum pikap sampai
semua rasa rendah diri tak mampu buat yg terbaik
tapi indah bila lihat semua saling support
dan Allah itu penyupp0rt yg tertinggi .
Allahuakbar.




saya tanak sumpah osem
tapi saya berjanji saya akan jaga tali KITA sampai bila-bila.amiiiin