Monday, June 27, 2011

important

saat diri dikerah untuk menulis 50 perkara terpenting dalam hidup
lantas aku mncapai pen dan memulakannya
1-Allah
2-Rasulullah s.a.w
3-Al-Quran
4-Sunnah
5-fikrah islamiyah
6-ilmu
7-tarbiyah
8-dakwah
9-tilawah
10-mak
11-abah
12-adik-beradik
13-agama
14-nasihat
15-belajar
16-amal
17-islah diri
18-sahabat
19-usrah
20-daurah
21-matlamat hidup
22-hati
23-ikhlas
24-doktor(guru)
25-duit
26-kesediaan
27-waktu
28-pengorbanan
29-buku
30-meja
31-kepercayaan
32-kenal diri
33-masak
34-ziarah
35-kebersihan
36-laptop
37-sokongan
38-dorongan
39-filem islam indonesia
40-hidayah
41-hiburan islam
42-masjid
43-mandi
44-redha
45-senior
46-junior
47-perubahan
48-jam
49-motivasi
50-pancaindera

setelah siap menulis,
"tolong shortlistkan 10 perkara terpenting dalam hidup kamu!"
dari 40
tinggal 30
semakin berkurang tinggal 20..
dan akhirnya
inilah sepuluh perkara terpenting yang aku perlu hidup dgnnya
1)ALLAH
2)Rasululullah s.a.w
3)Al-Quran
4)sunnah
5)fikrah islamiyah
6)ilmu
7)tarbiyah
8)dakwah
9)hati
10)pengorbanan

aku mohon doakan aku
jangan sekali-kali pisahkan aku dgan yang sepuluh ini..
Allah
tsabbit qulubana a'la deenik wa'ala toa'tik..

wallahu'alam

Thursday, June 23, 2011

mengapa kita sering hilang MOMENTUM>??

ibnu rajab berkata..
"Barang siapa yang memelihara ketaatan kepada Allah di masa muda dan masa kuatnya,maka Allah akan memelihara kekuatannya di saat tua dan saat kekuatannya melemah.Ia akan tetap diberikan kekuatan pendengaran,penglihatan,kemampuan berfikir dan kekuatan akal"



WAKTU KITA SEDIKIT..perasan atau tidak?
Imam Syahid Hassan Al-Banna mengatakan,
"Ketahuilah,kwajipan itu lebih banyak daripada waktu yang tersedia,maka bantulah saudaramu untuk menggunakan waktunya dengan sebaik-baiknya dan jika anda punya kepentingan atau tugas,selesaikan segera."

perkataan ini menggambarkan betapa sedikitnya waktu kita dibandingkan dengan "pekerjaan besar" yang harus dikerjakan,amanah mulia yang harus ditunaikan,obsesi besar yang mesti direalisasikan.Akan halnya kita,kadang tak merasa memiliki sebuah kewajipan sehingga banyak waktu dibuang -buang,kesempatan dilelang,momentum ditendang.nasihat dtentang,sehingga kebaikan pun melayang.Ironisnya,kita sering beralasan dan mengeluh karena banyaknya beban dan tak mampu menunaikan kewajipan,lalu waktulah yang akan dpersalahkan.Padahal itu terjadi lebih kerana kita tak menata waktu dengan cermat,suka menunda-nunda pekerjaan sehingga tak mampu menolong diri sendiri apatah lagi orang lain.

Menurut Hassan Al-Basri,waktu hanya ada tiga
WAKTU KELMARIN YANG SUDAH BUKAN MILIK KITA,
ESOK HARI YANG BELUM KITA PUNYAI,
DAN SEKARANG YANG ADA DITANGAN KITA.

sedarilah bahawa waktu kita sangat sedikit.Imam sufyan As-Sauri mengatakan..
"Sesungguhnya aku sangat menginkan satu tahun sahaja dari seluruh usiaku seperti Ibn Mubarak.tapi aku tak mampu melakukannya.Bahkan dalam 3 hari sekalipun.(Nuzhatul Fudhala,2/655)-dari buku Berjuang di Dunia Beraharap Pertemuan di Syurga)
Mengapa Sufyan berkata seperti itu padahal beliau adalah ulama terkenal luar biasa dalam beribadah sampai-sampai ada salah seorang salaf di zamnannya mengatakan,"Sufyan itu di zamannya seperi Abu Bakar dan Umar di zamannya"
Bagaimana pula dengan kualiti ibadah Ibn Mubarak yang dirindukan Sufyan?
Begitulah cara salafus solih memandang berharganya waktu dalam kehidupannya,menyedari sedikitnya kesempatan yang tersedia untuk bisa memperbanyak ibadah kepada RABBNya,Mereka berlumba-lumba di zamannya utk menjadi yang terbaik.Berprestasi untu mengukir amal mulia.Bekerja keras untuk merintis amal unggul.Berfikir cerdas untuk melopori kebaikan.



Kebiasaan manusia-manusia besar adalah mengurangi jam tidurnya,waktu bekerja dan kesibukan menguruskan duniawi untuk memenuhi kebutuhan ukhrawi.Mereka menyedikitkan waktu tidur untuk bisa bangun malam.Mereka sedikit bercanda untk merasakan nikmatnya ibadah.Mereka tidak berlebihan dalam bergaul untuk merasakan lazatnya iman.Mereka menahan diri daripada kemaksiatan agat tubuhnya tetap sehat.

Tuesday, June 21, 2011

jom wangi dunia akhirat!

kisah luar biasa yang akan dikongsi buat semua.
........................................................
MEMPERSEMBAHKAN
Kisah Abu Bakar Al-misky...
siapa tahu maksud al-misky?maknanya wangian kasturi..
takjub tak..
kenapa tiba-tiba dia dapat gelaran tuh..
jom selongkar cerita di sebaliknya..


seumur hidupnya..
beliau tidak pernah memakai minyak wangi.
katanya.."Adapun aroma mewangi tubuh sebabnya begini.Suatu ketika ada seorang wanita yang memperdayaiku.Ia memasukkan aku kedalam rumahnya lalu ia mengunci pintu-pintunya.Selanjutnya,ia pun merayuku dengan berbagai cara untuk memperdayaiku dan menjerumuskanku.."
"Aku pun bingung dan tertekan dengan tipu dayanya,lalu aku berkata padanya."aku mahu ke belakang terlebih dahulu".Aku meminta ia mengirim pembantunya untuk menyertaiku ke tandas.Ia pun setuju.Ketika aku masuk ke kamar kecil,aku ambil kotoran dan aku lumurkan ke seluruh tubuhku.Selanjutnya aku pun ke tempat wanita itu dalam keadaan yang berlumuran dengan kotoran.Nah,ketika ia melihatku,ia pun kaget,lalu memerintahkan pembantunya untuk mengeluarkan aku.Lalu aku pergi dan membersihkan diri ,dan pada malam harinya aku bermimpi melihat seseorang berkata kepadaku:
"ENGKAU TELAH MELAKUKAN APA YANG BELUM PERNAH DILAKUKAN SESEORANG SELAINMU.SUNGGUH AKU MENJADIKAN BAUMU WANGI DIDUNIA DAN AKHIRAT."

Maka,pada pagi harinya aku terbangun dengan bau kasturi yang keluar dariku.Yang demikian itu terus berlanjut sampai sekarang.

inilah kenikmatan terindah hasil daripada menghindari nikmat syahwat.Awalnya sakit karena harus menahan diri ,lalu kreatif mencari solusi dan berakhir dengan nikmat dari Allah Rabbul I"zzati.

Sunday, June 19, 2011

jahat

bismillahirrahmanirrahim.

memori silam menerjah kembali..
detik demi detik..
sungguh aib bila diceritakan ..
tetapi ambillah iktibar moga tidak berulang lagi..

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


dulu aku pernah dilantik menjadi prs waktu f1..
aku teruja dan terima jawatan tuh..
lepas tuh..
sesi pencarian pengawas pula dijalankan..
jdi akak2 pgawas tya2 aku..
tentg kawan2 aku..
dia tnya ..
"agak2 ada tak kawan2 awak yg boleyh jadi pengawas??"
biasalah manusia,
dah diberi sesuatu , nak yg besar lagi..
perasaan jeles terbit di hati...
"akak dulu nak amek awak jd pengawas..tapi prs amek awak dulu.."
dalam hati..
alamak..........
dalam hati terdetik..
'aku tak dapat jadi pgawas..dorg pun tak boleh jd pengawas.'
aku pun cakap..
"kawan kita yg tuh.....entahlah.kdg2 dia tid0 dalam kelas"
"kawan kita yg sorg lagi tuh...hrmmm..akak kenal dia kan..?"
aku cuba memburukkan2 mereka
dengan mmberi tanggapan negatif kat akak tuh..terhadap memberku sendiri..
tak lama kemudian....
aku dgar mereka tak dilantik menjd pengawas...
dalam hati gembira
tak terkata..
.......................................................
keesokan hari ad surat kat katil..
"kita tak sangka **** sanggup buat kitorg macam nih.sanggup burukkan nama kitorang.kitorang tak kesah pun dengan jawatan tuh.tapi kita kawan!janganlah kerana kepentingan diri,persahabatan kita terjejas"

aku tersentap.........................................................................................................................................................................................................................................................................................................

sejak dari hari tuh aku mula menyedari..
tiada apa pun yg dapat memutuskan persahabatan kami.....


sekarang musim lamar-melamar..
pencarian biro2..
wahai sahabat2ku.....
andai dirimu dilamar...
aku besedia mendorongmu...
aku akan menjadi penyokongmu..
disaat kau jatuh aku akan membela dirimu..
jika kau di pihak yg benar..
andai kata satu hari nanti..
kita berselisih pendapat..
kau mahu menang,dan aku juga mahu menang..
ingatlah..
sesungguhnya destinasi kita sama....
menuju matlamat yg sama..
walaupun wadah yg berbeza...

Wednesday, June 15, 2011

DAKWAH..ini cara aku..

bukan aku butuh pujian..
bukan aku butuh perhatian..
tapi sebarkanlah wallpaper nih..
hakmilikciptaterpelihara..
dhirar_alazwar.com..


JOM BeRDAKWAH...




Tuesday, June 14, 2011

TIRAI UKHUWAH

sudah lama jari ini tidak menari rancak diatas papan kekunci lappy tersayang.sudah lama juga diri ini tidak mengetahui khabar2 sahabat sana..apakah masih anda ditakuk yang sama.?oohh sudah bosan aku mendengarnya.alasan masih sama seperti dahulu.tiada perubahan.tiada peningkatan.tiada sesuatu yang menarik semuanya a'di..



malam tadi ...
kakak2 ku dari jauh datang ke sini..
ingin menziarahi..
ingin membina hubungan..
mengukuhkan tali sillaturrahim..
kami satu fikrah..
kami satu aqidah..
disitulah kami jumpa satu persefahaman
persepakatan..
kepercayaan
jiwa2 kami amat mudah tertarik..
jiwa2 yg memerlukan sahabat utk saling mengigatkan..
kerana adkalanya diri ini futur..
perlukan sokongan..
.......

utk mengenal lebih rapat lagi antara kami dan mereka..
kami buat satu game..
TIRAI UKHUWAH..itulah namanya..
tak kenal maka ta'aruf.
itulah cara kami..
lepas itu bolehlah kita bercinta..kan ukhti??!
kami kena sebut surah kegemaran+makanan kegemaran..
dalam masa beberapa minit..
kami kena hafal lebih kurg 20 lbeyh surh kegemaran dan makanan kegemaran org lain...
ya Rabb..
dah lama tak menghafal makanan..
ad yg sajadah+tomyam
luqman+mee goreng
insyirah+nasi lemak
toha+tomyam
insan+benda bersup..(bila sambung jadi insan bersup..seram pun ad)
saya punya senang..
al-mau'n+kuey tiow...
kena igt rupa..
payah tuh..
dan dan je..
lepas itu game bermula...gimana caranya sih??
begini..
kami dibahagikan kepada 2 kump..satu belah kanan,satu belah kiri..
dtengah2 kami ad tirai..
setiap kump kena hantar satu wakil ...duduk kat depan tirai..
pihak lawan tak boleh tahu siapakah gerangan dibalik tirai..
macam nak tunang pula..
apabila tirai dilabuhkan..
dengan sepantas kilat kami kena teka makanan kegemaran+surah kegemaran org tuh..
ajk game akan tentukan kita kena teka makanan kegemaran
ataupun surah kegemaran..
memang sangat menarik..
sangat terkejut..
kita dapat lihat orang2 yang tenang
org yg berusaha nak igt
org yg tergamam..terkelu tak tahu nak cakap apa
org yg konfiden tapi salh..ini tahap yg paling paling klaka..
ad sorg ukhti nih suka makan ubi dan cendawan..
yg ukhti sorang lagi nih teka DENGAN KONFIDENNYA>>ubi dan KENTANG!!
gelak sakan larh kami kat situ..
ada satu lagi yg best waktu nak tunjuk demo..
ukhti A suka kuey te0w kungfu..
uhkti B teka apa??cuba teka...dia jawab dgn lajunya.."kueytiow kungfu PANDA!!!!"
hahahaha..
sabar jelah...memandai saje tambah panda..
ad free kitorg tye2 sbb apa sister pliyh surah tuh
mesti ad sesuatu..
ad satu sister pilih ..addhuha..dan dye dah kongsi pun..nanty saya buat spesel post pasal sis tuh..
Ya Allah satukan hati-hati kami
sebab engkau YA RABB>...


hati yg rindukan sahabat-sahabat seperti kamu sis.
syuran

Saturday, June 4, 2011

assalamualaikum..
entry kali nih masih mahu promote film yang membsarkan jiwa.
daripada kita buang masa tgok cerita pelik-pelik
cerita2 kafir
cerita2 maksiat




jom kita tgok certa Sang Murobbi
cerita ini benar.
diceritakan tentang perjalanan hidup ustaz Rahmat Abdullah
sungguh besar jiwanya..
nampak kesungguhnnya
memberi kefahaman untuk ummah
dia sangat hebat dalam mentaati perintah Allah
dalam menghidupkan sunnah rasulullah
masyaallah..





lagi satu filem yg dah lama org promote
tapi baru dikesempatan ini
saya dapat habiskannya semalam
terimalah Sang Pencerah
kisah ni menceritakan tentang sang pencerah yg membawa kebenaran
di kampung halamannya
kepulangannya dari mekah utk membetulkan fahaman org2 kampung
berbeda dgan kiyai2 yg hanya memikirkan jawatan dan pgkt dunia
kisah ini benar2 mnyentuh hati kecil ni..

di jauh sudut hati ni
kau perlu jadi seperti mereka
aku mesti!
aku mesti buat sesuatu untuk ummah ni
ya Allah kau berilah kekuatan jiwa sehebat mereka..
syukran buat sahbat yg memperkenalkan aku kisah2 iktibar ini..